Ada lebam di dahi & pendarahan otak, bapa kongsi anak tak sedar diri saat diambil dari rumah pengasuh. Anak merupakan pengikat kasih suami isteri. Tiada kata-kata mampu terluah andai anak kecil yang membesar sihat namun kemudian diuji dengan kehilangannya.
Luahan seorang bapa yang dikongsikan di fbnya, See Kay menarik perhatian ramai apabila anak sulungnya, Nur Awliya Delisha binti Mohd Khairul, 10 bulan ditemui tidak sedarkan diri ketika dalam jagaan pengasuh.
Berikut kes ini, pihak polis telah menjalankan siasatan selepas bayi kecil ini disyaki ada lebam di dahi dan mengalami pendarahan di otak pada 19 Ogos lalu dan tiga hari selepas bertarung nyawa di Hospital Shah Alam, Allah menjemput kembali anak syurga ini.
Berikutan kes ini menjadi viral, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, bayi itu disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam pada 22 Ogos lalu, selepas tiga hari menerima rawatan.
Dalam pada itu, bapa kepada anak syurga ini memaklumkan, berkaitan kes kematian anaknya yang tular di media sosial, dirinya berharap tiada yang membuat sebarang spekulasi tidak tepat.
Kes masih lagi dalam siasatan dan punca kematian masih belum diketahui dan berdasarkan kenyataan pihak berkuasa, pengasuh berkenaan belum ditahan. Jelas See Kay di fbnya, apapun kita berdoa semoga dipermudahkan urusan pihak berkaitan untuk membuat siasatan.
“Tujuan posting saya sebelum ini bukan bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi sekadar untuk pemberitahuan mengenai apa yang berlaku pada anak saya dan peringatan kepada semua supaya lebih berhati-hati dalam penjagaan anak-anak.
“Memang berat hati untuk saya menerima apa yang telah berlaku tetapi saya dan isteri redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Semuanya milik Allah dan yakin semuanya hanya sementara Dia Memberi pinjaman dan Dia Mengambil kembali milikNya. Walau bagaimanpun setiap kesalahan perlu ditegakkan demi kebaikan bersama.
“Sama-sama kita berdoa semoga segala urusan dipermudahkan dan tindakan yang sewajarnya sekiranya terdapat pihak yang bersalah.Aminn, tulisnya.
Ads
Bahkan di postingnya sebelum ini, dirinya memaklumkan keadaan anaknya yang sangat-sangat kritikal dan peluang untuk bertahan sangat nipis.
Bahkan kongsinya lagi, sehari sebelum anaknya meninggal pada 22 Ogos lalu, doktor memaklumkan, andai anak kecilnya itu tidak menunjukkan sebarang respon, bantuan pernafasannnya terpaksa dibuka jelasnya memaklumkan semasa mengambil anak di rumah pengasuh, keadaan anaknya sudah lembik tidak bermaya.
Bila dibawa ke hospital ada keretakan dan pendarahan dalam kepala sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi.
JOM SERTAI BENGKEL JAHIT BERSAMA KAMI PADA OKTOBER INI.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cerita jemputan makan langsat percuma sepanjang cuti sekolah dah viral di kalangan netizen. Agak-agaknya dah ada yang siap sedia nak menyinggah ke Kg Bukit, Senaling, Kuala Pilah. Sebab tawaran ini bermula esok.
Ketika wartawan Mingguan Wanita menghubungi Khamaruzaman Yusof maklumnya ada cerita di sebalik posting bertarikh 12 March lepas.
“Inilah power of derma.” Khamaruzaman percayakannya dan idea sedekah sebegini sudah dipraktikkan sejak tahun 2011.
“Waktu itu mana ada fb. Saya jemput mulut. Adalah geng sekolah datang rumah makan buah-buahan. Ikut rezeki, kalau ada durian belanda, itulah yang saya sedekah. Macam sekarang ini yang ada langsat. Insya-Allah lepas ini dokong pula.
Konsep Sedekah
Bersedekah tak menjadikan dirinya miskin. Ada rezeki lain yang Allah beri padanya. Pokok-pokok berbuah lebat, hasilnya di sedekahkan kepada orang ramai.
“Saya tak jual pokok dekat rumah saya. Pokok durian Belanda yang dimasukkan dalam beg polybag saya dijual di sekitar Kuala Terengganu, ada juga di Shah Alam.
“Saya pernah bawa pokok durian belanda dalam 1000 pokok. Kadang saya letak di masjid Al-Huda, Seksyen 19 Shah Alam. Pernah saya bertemu seorang pelanggan, Haji Basar Juraimi yang beli dua beg durian Belanda. Bila masuk dalam kereta saya buka sampul, dia beri lebih dari harga pokok. Saya hubungi semula bimbang ada kesilapan, rupa-rupanya begitulah Allah jalankan kerjanya.
“Dalam al-Quran juga ada sebutkan hal sedekah ini. Ganjarannya berlipat kali ganda. Saya percaya dengan janji Allah ini.
“Macam-macam ujian dah saya lalui. Pada 27 Januari 2007, saya tebang pokok misteri dekat belakang bus stand Kuala Pilah. Tiba-tiba saya tumbang dan alami kecacatan. Kaki kiri pendek 5 inci. Jauh saya berubat sekarang pulih sedikit demi sedikit.
“Orang rumah saya pun terkena. Dah 16 tahun lumpuh. Alhamdulillah, saya setia pada yang satu.
Bukan itu saja, Khamaruzaman juga pernah terpaksa menjual segala harta yang ada demi merawat sakitnya. Ketika jatuh terduduk, Allah hantarkan pertolongan untuknya. Dari situlah dia nampak dengan jelas ganjaran melalui sedekah yang diamalkan sebaik melalui ujian yang amat perit.
Dari Pilah Ke Chiang Rai
Dalam usia 56 tahun Khamaruzaman memasang impian; memandu Dutsun lama dengan enjin yang dibaiki sendiri dari Kuala Pilah ke Chiang Rai, Thailand dan terus ke Laos.
“Ikut perancangan saya bertolak dari Pilah sebelah pagi, Subuh di Ipoh, memandu 17 jam non-stop, singgah di Phuket dan direct ke Chiang Rai.Dari Chiang Rai ke Laos.”
“Ada yang kata dulu bolehlah sebab muda, kudrat sekarang dah berbeza. Tapi saya tahu kekuatan saya. Saya yakin kerana saya tahu sistem kenderaan saya.
“Muda dulu saya pernah memandu dari Illinois ke Arizona. Dan beberapa siri jelajah pernah saya buat. Kali ini saya mahu penuhi impian dalam usia ini. Nanti setiap tempat yang ada perkataan ‘Welcome to…” akan saya abadikan dalam bentuk kenangan bergambar.”
Keturunan Bertukang
Kecacatan tak pernah halang tenaga tua ini hasilkan kerja seni yang gah. Berdekatan kebun langsat seluas 2.4 hektar itu ada kerja-kerja seni ukiran yang tinggi nilainya.
“Meja kraf ini saya jual. Saya memang dari keturunan pandai bertukang. Ada juga yang bertanyakan meja-meja kayu yang saya buat ini. Yang itu, boleh dirunding sampai jadi.”
Dan percayalah, dengan konsep bersedekah yang Khamaruzaman praktikkan Allah telah memudahkan rezeki lelaki ini mencapai impiannya. Mari kita sama-sama doakan kejayaan beliau.
Semoga kisah beliau menjadi cerita inspirasi rakyat Malaysia. Tika ini, ada di kalangan anak-anaknya mengikut jejak beliau bermurah hati dalam soal bersedekah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai wanita dah makin sedar menjaga kesihatan tubuh melalui pemakanan. Salah satunya Eat Clean atau clean Eating. Bermakna seseorang perlu mengambil makanan semulajadi seboleh mungkin tanpa melalui proses memasak yang lama.
Gula, garam, minyak malah makanan berlemak perlu dikurangkan. Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Protien hendaklah dikekalkan sebab itu penyediaan makanan lebih kepada kukus, rebus dan panggang.
Ini salah satu perkongsian menu Eat Clean yang diperkenalkan oleh Coach Abrani Yunus.
“Eat clean masak tanpa bahan-bahan yang aneh. Saya turun berat 20kg lemak badan dalam 6 bulan. Fokus pada 80% sumbangan nutrisi pada badan. Makan tak lebih dari 1200kcal sehari.”
Menu Eat Clean Umai Ayam
1. Rebus dada ayam sehingga pecah minyak.
2. Celur sayur-sayuran dalam air rebusan ayam.
3. Dalam masa yang sama, tumbuh 2 tangkai cili padi, 2 ulas bawang putih, perah lemon, limau nipis dalam lesung.
3. Masukkan hirisan bawang merah dan daun limau purut.
4. Carik-carikkan isi ayam tadi. Gaul rata dalam lesung.
5. Siap untuk dinikmati.
Hidang Bersama
1 penumbuk beras perang
1 gelas teh herba
Average kcal – 500kcal
Info
Terlalu berlebihan perasa tambahan menyebabkan vili di dalam usus kecil kita gagal menyerap zat nutrisi dengan baik.
Tak perlu nak susah-susah buat sarapan pagi ni, mak-mak boleh cuba buat resipi Pizza tanpa uli ni yang cara yang paling mudah.Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini tak lagi. Mak-mak boleh guna roti paratha je sebagai ‘base’ untuk pizza.
Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, resipi pizza paratha ni mesti anak-anak suka dan boleh buat sendiri je.
Bahan-Bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Info Ektra:
Selain sosej, boleh juga gantikan dengan udang, hirisan ayam, daging dan sebagainya tetapi sebaiknya masak dulu hingga separa masak.
Guna 3 jenis topping sahaja. Ikut style dominos pizza. Topping tak perlu banyak jenis. Itulah yang menyebabkan sesuatu topping pizza menyerlah rasanya.
Norazian pilu suami terkorban nahas FRU, kehilangan orang tersayang bukanlah satu fasa yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi suami tercinta.Pagi tadi negara dikejutkan dengan...