Pendakwaan 5 remaja tetap diteruskan esok, -“We will proceed.” Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan prosiding pendakwaan terhadap lima remaja perempuan bawah 18 tahun akan berjalan di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah, esok seperti dijadualkan.
Pendakwaan 5 Remaja Tetap Diteruskan Esok -“We Will Proceed”
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan perkara itu.
“We will proceed (kita akan teruskan),” katanya ringkas.
Beliau memberikan maklum balas susulan kenyataan daripada pasukan guaman yang mewakili ibu kepada arwah Zara Qairina Mahathir, 13, yang memohon pertuduhan ditangguh dan dilaksanakan mengikut Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara.
Pasukan guaman berkenaan berpendapat pertuduhan sedia ada iaitu di bawah Seksyen 507C (1) terlalu ringan serta tidak setimpal dengan tragedi yang berlaku. Mereka juga menekankan isu double jeopardy iaitu larangan seseorang didakwa dua kali atas kesalahan sama.
Untuk rekod, Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Ia terpakai kepada individu yang menggunakan kata-kata atau komunikasi berunsur ancaman, kesat, atau menghina sehingga menyebabkan orang lain terganggu, tertekan, ketakutan atau kebimbangan.
Ads
Semalam, Mohd Dusuki turut mengesahkan bahawa kelima-lima suspek terbabit dalam kes buli pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Sabah akan dihadapkan ke mahkamah.
Sebelum ini, polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes kematian Zara Qairina kepada AGC untuk tindakan lanjut. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kertas siasatan tersebut siap selepas pihak berkuasa merakam keterangan daripada 195 orang saksi.
“Pihak polis sudah menyerahkan kepada Peguam Negara dan sekarang kita tunggu keputusan sama ada yakin dengan hasil siasatan untuk meneruskan apakah proses seterusnya,” katanya ketika sesi penerangan mengenai keselamatan dan ketenteraman awam di Dewan Rakyat semalam.
Beliau menjelaskan siasatan kes ini merangkumi tiga elemen utama iaitu buli, pengabaian dan gangguan seksual. Semua hasil siasatan itu kini dalam perhatian AGC untuk menentukan bentuk tindakan, sama ada pendakwaan dijalankan ataupun inkues diteruskan bagi meneliti bukti dengan telus.
Ads
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu sebelum ini menetapkan prosiding inkues kematian Zara Qairina akan bermula pada 3 September depan. Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz yang bersidang sebagai Koroner menetapkan perbicaraan selama 19 hari pada 3 dan 4, 8 hingga 12, 17 hingga 19 serta 22 hingga 30 September. Seramai 195 saksi akan dipanggil sepanjang prosiding tersebut.
AGC dalam kenyataan sebelum ini menyatakan inkues diadakan bagi menentukan punca sebenar kematian pelajar berkenaan, termasuk menilai sama ada terdapat unsur jenayah. Prosiding ini dibuat mengikut subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).
Untuk makluman, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada jam 3 pagi, 16 Julai lalu. Mangsa dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, namun disahkan meninggal dunia sehari kemudian.
Jangan main-main dengan gatal gegata ini. Bila dia mula serang satu badan, gatalnya merenyam habis. Petua sapu-sapu pun kadang tak jalan. Lebih baiklah dapatkan rawatan yang betul.
Pengalaman kena gegata ini dilalui penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah. Bila gatal gegata tu dah hilang, ada benda lain pula yang Cik Piah alami hinggakan perlu diwadkan dekat critical care unit (CCU).
Tapi lain yang jadi, netizen buat spekulasi kata Cik Piah hamil. Ini penjelasan Cik Piah atau nama sebenarnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan, 30.
Lepas Gegata Hilang, Jadi Sesak Nafas
“Ini antara pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kena duduk wad CCU okey, disebabkan sesak nafas.”
Pada mulanya, Cik Piah ke klinik kerana kena gegata satu badan.
“Bayangkan lah gatalnya macam mana? Allergic sebab salah makan ke apa. So, mintak doktor inject. Lepas itu memang hilang terus gegata tu.”
“Tup-tup lepas tu, kepala terus pusing-pusing. Rasa nak pitam. Terus rasa susah nak bernafas. Terfikir waktu tu, sebelum nak gi injection tu memang tak sempat breakfast. Perut kosong.”
“Mungkin jugak tindak balas ubat tu kot. Teruslah husband bawak gi hospital.”
Benda-benda Macam Ni, Puncanya Sikit Je..
“Sampai-sampai check pulak tekanan darah rendah. Tapi bila dia kasi neb tu lega rasanya. Oksigen waktu tu pun rendah.”
“So kenalah duduk CCU.”
“Jadi, janganlah memain dengan benda-benda macam ni. Puncanya sikit je.. nak hilangkan gatal. Tapi sudahnya mendapat kau duduk CCU.” Tulis ibu kepada 2 orang anak lelaki ini, Adam Malique dan Nuh Aryyan.
Cik Piah Bukan Hamil Ya..
Kadangkala tanpa sengaja kita terbuat spekulasi. Gambaran yang tidak betul hanya dengan dengar cerita cakap-cakap orang ini.
Dan itulah yang Cik Piah hadapi bilamana netizen sok sek kata Cik Piah hamil. Padahal Cik Piah rawat gegata je.
“Jadi desas desus yang kata Cik Piah pregnant lagi tu dan ucap tahniah, anda silap. Jangan buat sebarang spekulasi tanpa anda ketahui keadaan sebenar ya.”
“Tak pasti jangan kongsi. Terima kasih yang mendoakan saya.” Tegas isteri kepada Nurashid Wahab ini.
Antara contoh gegata. Kredit foto : infosantai.com
Info MW : Gegata ini ruam yang sangat gatal, perit dan membengkak (saiz yang berbeza) yang timbul di mana-mana bahagian badan secara tiba-tiba.
Gegata juga boleh disebabkan oleh alahan. Misalnya, alergik dengan ubat terutamanya ubat tahan sakit dan antibiotik.
Dato Seri Vida menangis saksi kalimah Allah tertera di langit selepas ziarah kubur arwah Nurly Sahirah. Doa yang terjawab secara langsung oleh Allah.
Itulah perasaan yang menyelubungi hati usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida apabila beliau menyaksikan dengan mata sendiri kalimah suci “Allah” terukir di langit pada hari Jumaat yang lalu.
Dalam satu perkongsian video menyentuh hati di akaun instagramnya @datoserivida usahawan ini berkongsi momen luar biasa yang berlaku sekitar jam 12.55 pagi Jumaat, di bawah langit terang disimbah cahaya bulan penuh.
Kebesaran Allah itu disaksikannya selepas balik dari menziarahi arwah Nurly Sahirah, pelajar hafizah yang meninggal dunia dalam nahas bas yang meragut 11 nyawa pada 9 Jun lalu.
Mengakui bauan harum seperti diperkatakan ramai orang ramai saat menziarahi pusara arwah, hal yang sama dirasainya saat membaca Al-Quran di tepi pusara arwah ketika ziarahnya itu.
“Allahuakbar, Allahuakbar, betul ke ini?Hebatnya kuasa Allah. itulah yang diucapkannya ketika menyaksikan kejadian itu sambil disaksikan anaknya Kacak.
Menjelaskan cuaca ketika itu bulan terang, Dato Seri Vida sedang merakam suasana di langit dan ketika itulah dirinya diperlihatkan kalimah tersebut.
Berkata hal ini, Dato Seri Vida memaklumkan dia ada berniat mahu menjadikan rumah lamanya di Jerteh sebagai pusat pengajian dan penulisan Quran Baitul Nurly Jannah.
“Saya niat nak namakan pusat pengajian sempena nama arwah Nurly Sahirah, bidadari syurga yang mengagungkkan Al-Quran. Allah jawab niat saya itu secepatnya di mana kalimah Allah itu dapat dilihat atas rumah lama saya.
“Sebak hati saya,”katanya yang kemudian memeluk anaknya Kacak dan berdoa agar niat dan usahanya dipermudahkan. Kredit :- IG Dato Seri Vida.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Aktiviti mendaki (Hiking) sejak kebelakangan ini menjadi satu fenomena ataupun hobi yang sangat menarik buat mereka yang suka cabaran dan aktiviti lasak. Tidak hairan juga kalau dahulu tidak ramai orang yang tahu tempat-tempat menarik untuk melakukan aktiviti ini tetapi sekarang? Lihat sahaja di laman sosial media. Ada sahaja tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi untuk melakukan aktiviti mendaki ini.
Tidak pernah takut untuk terokai cabaran baharu, Adam Azrulkhan Hasrullah tekad untuk mencuba aktiviti mendaki ini walaupun dirinya serba kekurangan. Bagi dia, aktiviti mendaki ini merupakan yang memuaskan tanpa boleh diungkapkan dengan kata-kata sebagai gambaran.
Kegagalan tidak mematahkan semangat dia apabila pernah gagal untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Cubaan kali kedua dia berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan bantuan kawan-kawan pendaki yang lain.
Pemburu Puncak (Hiking) Risiko menjadi pendaki gunung adalah tajuk kupasan topik menarik dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi di saluran Astro Prima 105 dan Prima Hd 121 pada jam 11 pagi hingga 12 tengahari. Antara tetamu jemputan, Nabila Huda, pelakon, Adam Azrulkhan Hasrullah dan Encik Mohamad, Timbalan Pengerusi Mencari & Penyelamat Gunung Malaysia (MOSARS).
Antara tip menarik yang dikongsikan oleh Encik Mohamad ialah:
Sentiasa bertenang dan jangan cemas.
Kumpul segala maklumat (seperti: kawasan sekeliling anda, cuaca, dan keadaan sekeliling).
Bawa powerbank bersama anda ketika mendaki.
Lari dalam larian zig zag jika anda terserempak dengan binatang buas dan tinggalkan segala barangan atau beg yang anda bawa.
Bagi yang ingin menonton siaran ulangan atau terlepas menyaksikan siaran langsung program bual bicara Mingguan Wanita, saksikan siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Astro Prima Hd 121 pada jam 5 petang nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!