Penantian 11 Tahun Nak Bernikah, Gigih Kumpul “Tabung Kahwin Lemang Duit”!

Share

11 tahun tempoh perkenalan dan 3 tahun tempoh menyimpan duit kahwin dalam menghalalkan seorang wanita untuk dijadikan isteri, bukan satu tempoh yang sekejap.Kepuasan pastinya dapat dirasai apabila gigih berusaha sendiri, tanpa mengharapkan bantuan kewangan daripada kedua mak ayah untuk mengadakan majlis perkahwinan mahupun belanja urusan hantaran ini.

Pecah Tabung Buluh “Lemang Duit”

Dalam satu perkongsian yang sedang viral di TikTok ‘Paansam’, lelaki ini dan beberapa orang ahli keluarga sedang mengira selonggok timbunan wang kertas nilai RM20, RM10 dan RM5.

Lelaki ini juga berkongsi detik memecahkan sebanyak 5 buah tabung daripada batang buluh yang dinamakan “Tabung Nak Kawen” setelah berusaha gigih selama 3 tahun untuk menyimpan duit di dalamnya.

Alhamdulillah, penantian selama 11 tahun berkenalan dengan pasangan hati, akhirnya pasangan ini berjaya diijabkabulkan baru-baru ini.Tahniah!

Rezeki Selepas Kahwin

Sementara itu, Paan juga menambah berkat rezeki selepas kahwin juga melimpah ruah. Tawaran kerja sebagai Deejay di kenduri majlis perkahwinan juga penuh.

Ramai yang berkongsi rasa terharu dengan kegigihan dan kesabaran lelaki ini dalam mengumpul duit untuk belanja kahwin, malah turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Kegigihan dan kesabaran lelaki ini dalam mengumpul duit demi tujuan menghalalkan pernikahan dengan pasangan tercinta wajar dijadikan inspirasi buat anak muda lain. Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

IKLAN