Peminjam meninggal dalam keadaan berhutang. Siapa perlu langsaikan, penjamin atau waris? Apabila seseorang meninggal dunia, sebelum arwah dibawa ke tanah perkuburan untuk pengkebumian, waris yang berucap akan memaklumkan begini. Seandainya arwah ada berhutang, halalkanlah atau bertemu kami selaku waris untuk menuntut hutang tersebut.
Jika hutang dalam jumlah kecil, mungkin kita akan menghalalkannya kerana tidak mahu menyusahkan arwah di alam barzakh. Tapi kalau jumlah hutang itu besar tambah-tambahlah lagi kita menjadi penjamin hutang banknya, sama ada kereta, rumah, pendidikan atau perniagaan, ini yang harus kita tahu.
Peminjam Meninggal Dalam Keadaan Berhutang
Waris tak akan mampu membayar hutang tambah lagi jika usia kecil dan isteri juga tidak bekerja sebelum ini
SIAPA YANG PERLU BAYAR HUTANG ARWAH, WARISNYA ATAU KITA YANG MENJADI PENJAMINNYA? ATAU ADAKAH HUTANG DI BANK SELESAI BEGITU SAHAJA?
Ramai menyangka bahawa apabila peminjam meninggal dunia, hutang mereka akan lupus secara automatik. INI SALAH! Kerana bank tak akan sewenang-wenangnya melepaskan hutang yang telah ditandatangani dan penjamin adalah orang pertama berisiko untuk membayar hutang tersebut.
Pertama perlu diketahui jika hutang arwah itu ada perlindungan insuran seperti MRTA/ MRTT. Hutang akan langsai kerana dilindungi insuran.
Kedua, jika peminjam tiada insuran. Institusi kewangan akan menuntut dari penjamin sepenuhnya. Amat jarang untuk bank menghalalkan hutang sedia ada kerana ia termaktub dalam undang-undang sah.
Seandainya arwah mempunyai harta pusaka, maka waris wajib menggunakannya untuk langsaikan hutang agar tidak menganiaya penjamin.
Sebelum jadi penjamin, fikirlah implikasinya? Nampak mudah kerana mahu menolong kawan dan kita hanya perlu tandatangan sahaja tapi risikonya sangat besar.
Siapa Perlu Langsaikan, Penjamin Atau Waris?
Hutang Orang Lain Menjadi Beban Sendiri
Ads
Salah satu risiko paling besar ialah penjamin terpaksa membayar hutang yang bukan milik kita. Beratnya beban memikul hutang kerana nama kita mungkin akan disenarai hitam jika tidak membayarnya pula.
Jika penjamin tidak mampu membayar baki hutang peminjam, nama mereka boleh dimasukkan dalam senarai hitam CCRIS/CTOS dan dianggap sebagai peminjam yang gagal. Ini menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk:-
i) Memohon pinjaman peribadi atau perumahan pada masa hadapan
ii) Menggunakan kad kredit atau mendapatkan pembiayaan lain
iii) Membeli kenderaan secara ansuran
Kesannya, penjamin boleh terperangkap dalam masalah kewangan sendiri hanya kerana ingin membantu orang lain.
Lebih teruk, penjamin juga boleh diganggu oleh pihak bank dan pemungut hutang, walaupun mereka tidak pernah menggunakan wang pinjaman tersebut.
Ads
Risiko kehilangan aset peribadi kerana menjadi penjamin.
Jika pinjaman bernilai besar seperti pinjaman perumahan atau perniagaan, dan penjamin tidak mampu membayarnya, institusi kewangan boleh mengambil tindakan lebih agresif seperti:
Menyita aset penjamin seperti rumah, tanah, atau kenderaan.
Membuat potongan gaji melalui arahan mahkamah.
Memfailkan saman terhadap penjamin untuk mendapatkan bayaran penuh.
Akibatnya, penjamin bukan sahaja menanggung beban hutang peminjam, tetapi boleh kehilangan segala yang mereka miliki.
Kesimpulan
Ads
Menjadi penjamin hutang bukan perkara kecil – ia boleh membawa risiko kewangan yang besar, terutama jika peminjam meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan bayaran. Jangan kerana kawan, akhirnya menjadi lawan kerana ada banyak kisah penjamin menanggung hutang ditinggalkan oleh arwah.
i) Jika peminjam meninggal dunia, penjamin perlu membayar baki hutang sepenuhnya jika tiada perlindungan insurans.
ii) Jika penjamin gagal membayar, mereka boleh disenaraihitamkan atau berdepan tindakan undang-undang.
iii) Sebelum menjadi penjamin, fikirkan dengan serius dan pertimbangkan langkah perlindungan.
Berhati-hatilah sebelum bersetuju menjadi penjamin kerana ia bukan sekadar ‘bantuan kecil’ tetapi boleh menjadi beban kewangan seumur hidup!
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memiliki sepasang anak kembar memang seronok dan menjadi impian kebanyakan pasangan suami isteri. Apatah lagi bayi kembar tersebut jenis seiras, memang comel walaupun pada permulaannya agak payah nak membezakan mereka. Sebenarnya macam-macam cara digunakan bagi mencari kelainan agar tidak tersilap dalam mengenali anak-anak kembar ini.
Demi Bezakan Kembar
Demi membezakan bayi kembarnya, seorang wanita di United Kingdom membuat keputusan untuk mencacah tatu pada kulit salah seorang daripada anaknya itu.
Wanita berusia 31 tahun terbabit berkongsi kisahnya dalam Reddit untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya itu.
Menurut wanita itu, ibu mentuanya sukar menerima keputusan itu dan masih marah dengan tindakannya.Namun, ibu kepada kembar bernama Adam dan Jack itu mempunyai alasan tersendiri.
Mudah Tersilap Membezakan Kembar
Katanya, Jack dilahirkan dengan keadaan yang memerlukannya diberi suntikan setiap seminggu, namun pernah suatu ketika, ibu mentuanya tersalah dengan menyuntik Adam.
“Jujurnya, saya dan suami kadangkala pun mudah tersilap membezakan kembar kami kerana keduanya nampak sama.
“Jadi tidak mustahil orang lain pun boleh membuat kesilapan sama.
“Ketika diasuh ibu mentua, dia tersalah suntik Adam menyebabkan Adam dimasukkan ke hospital kerana ubat itu bertindak balas membuatkannya cirit-birit selama beberapa hari,” katanya kepada Daily Mirror.
Diberi Ubat Pelali
Menurutnya, seorang doktor mengesyorkan mereka membuat tatu perubatan bersaiz kecil pada kulit salah seorang kembarnya dengan ubat pelalian diberikan ketika prosedur itu dijalankan.
Namun, wanita itu berkata, hubungannya dengan ibu mentua semakin dingin selepas dia melakukan tindakan itu.
“Apabila saya menjelaskan tindakan saya kepada orang lain, mereka masih boleh memahami dan menganggap saya mencacah tatu bukan untuk mengubah tubuh anak saya.
“Tetapi, apabila saya cuba jelaskan kepada ibu mentua, dia masih tidak dapat menerimanya dan marah,” katanya.
Stacy hamil 4 bulan, tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi popular Stacy Anam dan suaminya Akim Ahmad yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Stacy dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eshaal Afiq Hakim, 5. Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 9.
Stacy Hamil 4 Bulan
Perkhabaran gembira itu diumumkan sendiri Stacy ketika menjadi tetamu jemputan program MeleTOP.
Penyanyi kelahiran Sabah itu berkongsi berita gembira dan menyatakan dirinya kini sedang hamil anak kedua dan kandungan sudah berusia empat bulan.
Pemilik nama sebenar Ummu Syaikhah Stacy Anam, 31 menerusi program MeleTOP menjawab soalan yang diajukan oleh hos, Elly Mazlein berkenaan dakwaan dirinya sedang hamil cahaya mata kedua.
Lepas satu persatu, cabaran yang pelik-pelik dan tak masuk akal diperkenalkan dan menjadi trending di media sosial. Jika sebelum ini ‘Keke Challenge’, merupakan aksi tarian yang memerlukan individu untuk keluar kereta dalam keadaan kereta bergerak sambil mengikut rentak lagu, In My Feelings, sebelum memuat naik video berkenaan di media sosial, terkini ‘Falling Stars Challenge’ pula.
Trending Di Instagram
Cabaran yang semakin popular dan trending di laman Instagram menggunakan hashtag #fallingstars telah mendapat hampir 43,000 posting perkongsian gambar.
‘Falling Stars Challenge’ ini memerlukan individu untuk berkongsi gambar ‘dramatik’ keadaan diri bila ‘jatuh dari langit’. Kebanyakkan berkongsi gambar seolah-olah jatuh pengsan menyembah bumi dengan keadaan tangan, muka dan badan tertiarap, disamping barang-barangan turut bersepah disekeliling.
Selepas berkongsi gambar dan menyahut cabaran tersebut, individu tersebut perlu mengundi kawan-kawan mahupun followers yang lain pula untuk melakukan cabaran yang sama!
Tercetus Dari Rusia
Menurut sumber The Sun, Cabaran ‘Falling Stars Challenge’ ini mula tercetus di Rusia dan popular dikalangan para jutawan.Ramai jutawan yang berkongsi aksi dramatik, jatuh tertiarap di samping jet peribadi, kapal layar, helikopter, kereta mewah, sambil ‘menayang’ duit mahupun beg tangan mewah.
Tak taulah apa motif sebenar cabaran yang tidak berfaedah ini. Diharap, rakyat Malaysia tidak terikut-ikut dengan cabaran pelik-pelik yang kian trending di Instagram ini.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.