Seorang pesara guru kini berada dalam kebuntuan selepas dimaklumkan perlu menyediakan dana lebih RM70,000 bagi menampung kos pembedahan jantung anak bongsunya yang dijadualkan berlangsung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 8 Disember depan.

Salehudin Mat Rasad, 67, berkata anaknya, Muhammad Azim, 18, telah lama berdepan dengan masalah jantung sejak masih bayi dan sebelum ini pernah melalui tiga pembedahan utama.

Beliau yang kini bekerja secara sambilan sebagai wartawan mengakui ujian kali ini amat berat apabila semua kos rawatan perlu ditanggung sendiri kerana anaknya tidak lagi layak menerima bantuan kerajaan selepas mencapai usia dewasa.

Pesara Guru Rayu Bantuan RM70,000 Untuk Biaya Pembedahan Jantung Anak Bongsu Di IJN

“Saya pernah bantu ramai pesakit melalui surat khabar, tetapi kali ini saya sendiri diuji. Sebagai pesara, amat berat untuk mencari jumlah sebesar itu dalam tempoh singkat,” katanya.

Derita Anak Pesara Guru Menunggu Pembedahan Jantung

Menurut Salehudin, pemeriksaan terkini mendapati terdapat satu lubang besar pada jantung Muhammad Azim yang menyebabkan degupan jantungnya semakin lemah. Beliau berkata, walaupun sudah melalui tiga kali pembedahan utama sebelum ini, kali ini keadaannya lebih berisiko dan memerlukan pembedahan segera di IJN.

“Kami hanya mampu berdoa agar ada insan prihatin yang sudi membantu,” ujarnya dengan nada sebak.

Ads

Sejarah Pembedahan Jantung Sejak Kecil

Mengimbas semula sejarah rawatan anaknya, Salehudin berkata Muhammad Azim mula dirujuk ke IJN ketika berusia setahun setengah selepas dikesan mempunyai kecacatan jantung dan ketiadaan salur darah utama menuju ke paru-paru.

“Pakar IJN melakukan pembedahan jantung pertama untuk memasukkan salur darah ke paru-paru hasil pendermaan. Pada usia lapan tahun, dia menjalani pembedahan kedua untuk menutup lubang di jantung pada 13 Januari 2015. Kali ketiga pula ketika berusia 10 tahun, doktor menggantikan salur darah mengikut kesesuaian usianya,” jelasnya.

Sejak itu, Muhammad Azim menjalani pemeriksaan berkala setiap enam bulan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh serta di IJN yang kini sudah dianggap seperti ‘rumah kedua’ buat mereka sekeluarga.

Pesara Guru Rayu Bantuan RM70,000 Untuk Biaya Pembedahan Jantung Anak Bongsu Di IJN

Ads

 

Ujian Terbaru Dan Kos Pembedahan Yang Tinggi

Namun, ujian datang sekali lagi selepas hasil pemeriksaan pada 11 Jun lalu mendapati muncul satu lagi lubang besar di jantungnya yang tidak dapat dikesan sebelum ini walaupun melalui prosedur kamera dari paha kanan dan kiri.

Pembedahan jantung kali ini perlu dilakukan segera pada 8 Disember depan bagi mengelakkan komplikasi lebih serius,” tambahnya.

Salehudin berkata sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai penjawat awam, segala kos rawatan anaknya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Namun selepas bersara, tanggungan tersebut tidak lagi diteruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) bagi anak yang berusia lebih 18 tahun.

Ads

Rayuan Bantuan Kepada Orang Ramai

“Sekarang, segala kos rawatan perlu saya tanggung sendiri. Dengan pencen bulanan yang terhad dan tanggungjawab keluarga, saya benar-benar buntu. Saya hanya berharap ada insan dermawan yang sudi membantu kami demi kelangsungan nyawa anak saya,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun CIMB atas nama Salehudin Mat Rasad (7035214973) bagi membantu meringankan beban keluarga ini.

Keluarga ini turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudi berkongsi dan menyalurkan bantuan dalam usaha menjayakan pembedahan jantung anak bongsu mereka yang dijadualkan berlangsung di IJN pada Disember nanti.

Sumber: Sinar Harian 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI