Pemandu lori langgar anak gajah mohon maaf kepada rakyat Malaysia, “ketika itu kelajuan  30-40 KM saja. Ramai bersedih dengan kematian seekor anak gajah yang ditemui mati terperesuk di bawah lori membawa ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Perlakuan ibu gajah yang meratapi kematian anaknya termasuk cubaannya “meminta tolong” dari pemandu yang melalui kawasan tersebut termasuk dengan linangan air matanya membuatkan rakyat Malaysia yang sedang meraikan hari ibu pada hari tersebut turut sama banjir dengan air mata.

Pemandu Lori Langgar Anak Gajah Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Kata-kata seorang “ibu” yang tak akan pernah meninggalkan anaknya walau apa saja keadaan di mana ibu gajah ini dilihat setia berdiri lima jam selepas kemalangan itu termasuk terpaksa ditembak pelali untuk mengalihkannya. Bahkan ibu gajah ini dilihat turut cuba  menolak lori tersebut dengan belalainya seolah-olah mahu menyelamatkan anaknya yang ketika itu terperesuk di bawah lori dalam keadaan tidak bernyawa lagi.

Video yang tular di media sosial mengundang pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia. Ada yang menangis, ada yang sebak dan ada yang menghamburkan kata-kata kesat terhadap pemandu lori ayam terutama selepas tularnya video kelindan lori berkenaan yang didakwa tergelak ketika usaha menarik ibu gajah itu dilakukan.

Ubat pelali terpaksa diberi kepada ibu gajah bagi menenangkannya selepas dilihat agak agresif menolak lori berkenaan hingga rosak bagi mengeluarkan anaknya. Dan selepas diberi ubat pelali barulah ibu gajah kelihatan tenang dan menyandarkan kepalanya pada badan lori berjam-jam lamanya.

Susulan ramai mendakwa lori ayam dipandu laju (melihat kepada keadaan anak gajah itu selepas bangkainya dialih), seorang pengguna Tik Tok @kakakraptor telah menguraikan teori mengikut hukum fizik di mana jelasnya agak susah sebenarnya bagi kenderaan berat untuk menghentikan kenderaan serta merta berbanding kenderaan ringan seperti kereta.

Ads

Ramai menyetujui pandangannya yang dinyatakan secara berhemah kerana selain mengikut hukum fizik, jelasnya takdir telah tertulis dalam setiap kehidupan. Video perkongsiannya menerima tanda suka lebih dua juta.

“Ketika Itu Kelajuan 30-40 km/j Saja…

Terkini selepas videonya tular di media sosial, @kakakraptor sekali lagi memuat naik satu video di mana dia berkongsi permohonan maaf dari pemandu lori itu yang mahu disampaikan kepada rakyat Malaysia.

Malah pemandu ini berpengalaman memandu sekitar 7 tahun turut  memaklumkan, pada malam kejadian jarak penglihatan masih boleh dilihat dengan sedikit kabus. Dirinya memulakan pemanduan jam 2 pagi menggantikan sahabat (satu lori ada dua pemandu).

“Ketika sampai di tempat kejadian, kelihatan seekor gajah sedang meragut makanan ditepi penghadang jalan raya dan dirinya sudah memperlahankan lori dipandu.

Pemandu Lori Langgar Anak Gajah Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia, “Ketika Itu Kelajuan 30-40 km/j Saja…

Ads

Dirinya turut memaklumkan gajah itu tidak bertindak agresif dan kekal memakan tumbuhan dan kelajuan lorinya  ketika itu adalah sekitar 30-4-km/j. “Bukan laju seperti didakwa oleh netizen terhadapnya.

Pemandu Lori Langgar Anak Gajah Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia, “Ketika Itu Kelajuan 30-40 km/j Saja…

Pemandu lori ayam turut menjelaskan dirinya menurunkan lampu tinggi yang diguna sebelum ini kepada lampu rendah sambil mata masih memandang kepada gajah berkenaan.

“Sehinggalah tiba-tiba anak gajah meluru keluar dari sebelah kiri  hutan dan ketika itu saya hanya mampu menyebut perkataan Allah sahaja sebelum melanggar anak gajah berkenaan. Kegagalan clutch mengakibatkan saya tidak dapat menukar tual gear sebelum lori mati dalam gear.

Ads

Pemandu Lori Langgar Anak Gajah Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia, “Ketika Itu Kelajuan 30-40 km/j Saja…

Akhir kata, dalam DM kepada @akakraptor, pemandu lori yang melanggar anak gajah ini meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya tak mampu, saya hanya bergerak atas kehendak-Nya.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI