Pelajar Tingkatan 3 Kritikal, Disyaki Mangsa Buli Di Asrama

Share

Pelajar tingkatan 3 kritikal, disyaki mangsa buli di asrama. Seorang pelajar Tingkatan Tiga kini berada dalam keadaan kritikal selepas disyaki menjadi mangsa buli di asrama. Ibu mangsa, Siti Muhaini Mohammad Mansor, 43, berkata, anaknya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.

Pelajar Tingkatan Tiga Kritikal, Disyaki Mangsa Buli Di Asrama

Menurutnya, keputusan imbasan CT scan mendapati anaknya mengalami pada bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah serta kecederaan pada paru-paru.

“Kalau betul jatuh dari tingkat tiga, mestilah patah riuk. Tapi hasil imbasan hanya tunjuk rahang sahaja yang patah. Sebab itu kami syak ada unsur buli,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang didakwa lewat memaklumkan kejadian kepada penjaga.

“Keluarga hanya dimaklumkan pada jam 4 pagi, sedangkan kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi.

Warden kata Irfan jatuh dari tingkat tiga selepas makan mi segera. Tapi dalam laporan perubatan, dalam perutnya langsung tiada sisa makanan,” jelasnya.

Ditanya sama ada Ahmad Irfan pernah mengadu mengenai perkara tersebut, Siti Muhaini memberitahu anaknya sentiasa ceria malah aktif di sekolah.

“Sebelum ini dia tidak pernah tunjuk ada sebarang masalah dengan rakan-rakan. Ahmad Irfan memang aktif, dia ada jawatan dalam biro agama asrama,” ujarnya.

Ahmad Irfan kini dilaporkan ditidurkan di hospital dan masih dalam pemantauan rapi pihak perubatan.

Sumber: Sinar Harian 

Baca artikel lain juga: Kes Zara Qairina: Pelajar SMKA TDML Trauma Diejek ‘Pembunuh’ &  ‘Pembuli’

Gadis Mangsa Disimbah Cuka Getah Jalani Pembedahan Hidung, Tak Pernah Berdendam Perbuatan Bapa

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Has