Pelajar tingkatan 3 dibuli, dakwa dipukul, seluar dilondeh, nyaris dijerut dengan dawai. Seorang pelajar tingkatan tiga mengalami kecederaan selepas dipercayai menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar yang bertindak memukul, menurunkan seluarnya serta hampir menjerut lehernya menggunakan dawai dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Pasir Mas, Kelantan.
Pelajar Tingkatan 3 Dibuli, Dakwa Dipukul, Seluar Dilondeh, Nyaris Dijerut Dengan Dawai
Insiden yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu dikatakan melibatkan enam pelajar tingkatan empat. Tindakan mereka bagaimanapun sempat dikesan oleh seorang guru yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.
Menerusi Facebook, seorang wanita yang juga merupakan ibu saudara mangsa mendakwa kejadian tersebut amat keterlaluan apabila anak saudaranya bukan sahaja ditampar dan ditumbuk, malah seluar turut dilondehkan.
Malah katanya, anak saudaranya nyaris dijerut menggunakan dawai sebelum kejadian itu disedari oleh guru yang secara kebetulan melalui lokasi berkenaan.
Menurutnya lagi, anak saudara ditendang, ditumbuk, dipukul, ditampar, seluar dilondehkan paras lutut, leher hampir dijerut dengan dawai.
Ads
“Jika guru tidak melalui kawasan buli itu, mungkin anak saudara saya sudah mati di tangan pembuli.
“Malam tadi enam keluarga datang rumah mak abah saya minta kami tarik kes. Saya minta tolong supaya keluarga pembuli berkenaan tidak meminta adik saya menarik kes ini.
“Semua pembuli itu baru tingkatan empat, namun boleh berfikir dan melakukan sampai tahap ini. Apa akan jadi bila mereka berusia 20 tahun?” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed mengesahkan kejadian berkenaan.
Ads
Beliau berkata, enam pelajar berusia 16 tahun telah ditahan berhubung insiden itu dan pihak polis sedang menguruskan permohonan reman pada pagi ini.
“Saya akan mengeluarkan kenyataan lanjut selepas ini,” katanya.
“Tasbih sentiasa di tangan”, Ustazah Asma’ kongsi pramugari Emirates di sebalik penampilan tidak bertudung.
Tidak semua orang gembira dengan pekerjaan dilakukannya. Namun ada kalanya kita mempunyai sebab tertentu terus bertahan yang mana apa jua alasannya hanya mereka yang tahu selain Allah taala. Dan kita juga tak berhak untuk menghukum seseorang hanya melihat pada luarannya.
Tasbih Sentiasa Di Tangan
Satu perkongsian dari Ustazah Asma’ Harun yang dalam misi bantuan ke Ghana menemukan dirinya dengan dua orang pramugari yang berkongsi luahan hati mereka. Rasa tidak gembira dengan penampilan tidak menutup aurat namun masih terus bertahan kerana mahu membantu saudara muslim lain yang bertanyakan arah kiblat dan waktu solat.
Ketika dalam perjalanan menuju ke Ghana, saya bertemu dengan dua orang pramugari Malaysia dari Emirates Airlines, pramugari tersebut menyapa dengan penuh teruja.
“Ustazah, saya tak pernah rasa teruja macam ni” sambil air mata mengalir, saya terus peluk dengan seikhlas hati.
Keduanya tidak bertudung namun telah diedit sebagai tanda hormat dan sayang keduanya
Ceritanya, “kebiasaannya kami yang bertugas sebagai pramugari akan berjumpa dengan ramai orang yang terkenal seperti selebriti, perdana menteri dari seluruh dunia, dan ramai lagi mereka yang ternama”.
“Namun kami tak pernah sangat teruja seperti ini, saat bertemu dengan ustazah, tapi kami segan sebab penampilan kami, namun syukur ustazah tidak langsung memandang kami berbeza, itu membuatkan kami sangat terharu.” Saya peluk keduanya sekali lagi.
Ustazah Asma’ Kongsi Pramugari Emirates Di Sebalik Penampilan Tidak Bertudung
Cerita mereka, sudah 20 tahun berikhtiar untuk mencari pekerjaan lain sambil menitiskan air mata, namun sehingga saat ini, belum rezeki. Bahkan, kebanyakan pramugari di Emirates Airlines juga bukan Muslim.
Pengakuan begini bukanlah kali pertama, para pramugari MAS dan Air Asia juga kerap luahkan perkara yang sama.
Allahu Akbar, sambungnya lagi, “Ustazah, kenapa kami tetap bertahan sehingga kini, antaranya kerana jika bukan kami yang bertugas, bagaimana dengan penumpang Muslim yang akan bertanya setiap kali penerbangan terutamanya soalan tentang waktu solat, arah kiblat dan lain-lain kerana itulah kami tetap bertahan”.
Saya titipkan nasihat buat mereka berdua supaya terus sabar dengan ujian ini, tidak redha dengan apa pakaian ini – bermaksud di dalam hati tidaklah gembira, usaha menutup aurat diluar kerja, teruskan ikhtiar untuk mencari pekerjaan lain, insyaAllah semua usaha itu akan dipandang oleh Allah.
Bukan itu saja, mereka juga perlu untuk berusaha menyampaikan isu ini kepada pihak atasan supaya diberikan pilihan kepada pramugari Islam untuk memakai pakaian sesuai semasa bertugas.
Dua orang pramugari ini kelihatan sangat manis, dengan tasbihnya sentiasa berada di tangan. Jujurnya dalam hati sangat kagum dan malu dengan mereka berdua. Mereka berjuang dan bertahan demi memastikan Islam terus tersebar dan dipelihara, sedangkan kita sering terleka dan selesa dengan apa yang ada.
Semoga Allah sentiasa bersama mereka, dipermudahkan segala urusan untuk berhadapan dengan ujian ini.
Muhasabah bersama, jangan kita mudah bersangka tidak baik kepada orang lain, elakkan menghukum sesiapa yang kita lihat di sekeliling, sama ada dia berpakaian seksi, belum menutup aurat dan sebagainya, namun latihlah diri untuk mendoakan kebaikan serta berilah saranan dan nasihat yang terbaik buat mereka, semoga Allah permudahkan dan buka jalan keluar buat mereka
Marilah kita mendoakan satu hari nanti, semua syarikat penerbangan memberi pilihan kepada para pramugari muslimah untuk memakai pakaian indah menutup aurat dan patuh syariah. Allahumma aamin
*Keduanya tidak bertudung, tetapi telah diedit sebagai tanda hormat dan sayang keduanya
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesungguhnya ajal dan maut ketentuan tuhan. Satu kehilangan besar buat arena olahraga tanah air apabila dimaklumkan bekas pelari pecut wanita negara, Anita Ali meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pada usia 59 tahun, semalam di hari lahirnya.
Berita pemergian atlet yang pernah beraksi pada Sukan SEA era 80-an itu dikongsi Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama hari ini.
Meninggal Akibat Kanser Payudara
Beliau berkata arwah meninggal dunia kira-kira 7.15 malam akibat kanser payudara yang merebak ke hati dan tulang belakang.
“Pada Disember lepas, arwah dimasukkan ke PPUM, dan pihak YAKEB membawa beliau ke hospital swasta untuk imbasan PET (tomografi pancaran positron), dan kanser beliau didapati semakin parah,
“Beliau bersungguh-sungguh melawan kanser, namun meninggal dunia pada hari kelahirannya semalam,” katanya.
Anita Ali, Kredit Foto :Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)
Kehilangan Besar Arena Olahraga Negara
Noorul Ariffin berkata pemergian Anita yang pernah beraksi pada Sukan Asia di China pada 1990 disifatkan sebagai kehilangan besar buat arena olahraga tanah air.
Katanya, Anita yang juga ahli YAKEB, banyak memberi nasihat kepada atlet muda untuk terus mengharumkan nama negara.
Pada temasya Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur, Anita yang ketika itu berusia 21 tahun bersama gandingannya G Shanti, Sajaratuldur Hamzah dan Datuk Mumtaz Jaafar memperbaharui rekod kebangsaan acara 4×100 meter dengan catatan 45.37 saat.
Solok Lada adalah makanan biasa yang disediakan bagi orang-orang sebelah kawasan Pantai Timur.Ia bagaikan pelengkap untuk menu seperti Nasi Kerabu serta sebagai pembuka selera jika dimakan bersama nasi putih. Solok Lada merupakan isi ikan yang disumbat didalam lada hijau besar serta dikukus dengan sedikit santan.Rupanya untuk membuat Solok Lada cukup mudah! Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Hazlina Nadie ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Siapa suka ni angkat tangan.Makan dengan nasi putih sedap, makan dengan nasi kerabu lagi sedap.Kalau cara mak saya dia suka guna ikan rebus.Kalau ikut cara ibu mertua dia guna ikan mentah.”
Ni saya sertakan resepi Solok Lada:
Bahan-Bahan:
Lada hijau
Ikan selayang @ kembung @ lolong
10 biji lada hitam
2-3 ulas bawang merah
Sedikit halia
Kelapa parut ( agak-agak lebih kurang sama banyak dengan isi ikan)
Santan untuk merebus solok lada.
Cara Membuat:
1. Ambil isi ikan.(Boleh guna ikan rebus @ ikan mentah)
2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk semua bahan bagi lumat dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
5. Rebus @ kukus solok lada dengan sedikit santan. Siap..