Pelajar tahun lima meninggal akibat influenza, ibu kongsi lepas muntah badan Amsyar terus kejang. Tiada apa yang lebih menyedihkan saat diuji kehilangan anak dikasihi. Inilah yang harus dilalui oleh Normala Mohd Nor, 42, apabila diuji kehilangan anak bongsunya, Muhammad Amsyar Farhan Mohd Noor, 11 tahun, didakwa akibat influenza.

Menurut Normala, arwah anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mas, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di Dungun disahkan meninggal dunia jam 1.40 pagi di Klinik Kesihatan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) selepas mengambil ubat anti viral.

Ibu Kongsi Detik Akhir Sebelum Anak Kejang

Berkongsi kisah menyedihkan ini, jelasnya anak bongsunya itu pada awalnya hanya mengalami demam namun suhu badannya tidak terlalu tinggi.

“Saya bawa anak ke klinik swasta di Paka jam 12.30 tengah hari. Hasil ujian swab di klinik itu, doktor maklumkan arwah dijangkiti influenza sebelum diberi ubat antiviral,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), pada Rabu.

Namun keadaan anaknya yang dijangkiti influenza mula merosot pada malam hari selepas mengambil ubat seperti diarahkan doktor.

Pelajar Tahun Lima Meninggal Akibat Influenza, Ibu Kongsi Lepas Muntah Badan Amsyar Terus Kejang
Asalnya hanya demam namun tak terlalu tinggi. Namun malam terakhir arwah muntah2 sebelum badan jadi kejang

Detik Muntah dan Kejang Sebelum Pergi

“Malam itu dia muntah banyak kali tapi masih boleh makan. Lepas muntah kali ketiga, badannya tiba-tiba kejang dan saya terus bawa ke Klinik Kesihatan AMBS sekitar jam 11 malam.

Ads

“Masa tu suhu badannya tidak begitu panas dan dia masih boleh bercakap seperti biasa dengan ayahnya. Tapi, sekitar jam 1.40 pagi, doktor maklumkan anak saya sudah meninggal dunia,” katanya sebak.

Jenazah Muhammad Amsyar Farhan Mohd Noor dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSNZ untuk proses bedah siasat.

Pelajar Tahun Lima Meninggal Akibat Influenza, Ibu Kongsi Lepas Muntah Badan Amsyar Terus Kejang
Normala, arwah anaknya, Amsyar yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mas, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di Dungun disahkan meninggal dunia jam 1.40 pagi di Klinik Kesihatan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) selepas mengambil ubat anti viral.

Proses Bedah Siasat dan Pengebumian

Normala berkata, jenazah pada awalnya dijangka dikebumikan jam 10 pagi pada Rabu namun ditangguhkan kerana kes berkenaan perlu dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk siasatan lanjut.

“Saya terpaksa bawa anak dari Dungun ke HSNZ untuk proses bedah siasat. Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam AMBS,” katanya lagi.

Ads
Pelajar Tahun Lima Meninggal Akibat Influenza, Ibu Kongsi Lepas Muntah Badan Amsyar Terus Kejang
Arwah Amsyar perlu menjalani bedah siasat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),

Influenza Serang Tanpa Tanda Awal

Tambah Normala, arwah anaknya sebelum ini berada dalam keadaan sihat dan tidak pernah menghidap sebarang penyakit kronik. Kejadian ini membuatkan beliau tidak menyangka jangkitan influenza boleh menjadi begitu serius dalam tempoh singkat.

Sementara itu, abang mangsa, Muhammad Aniq Farhan Mohd Noor, 15, yang bersekolah di asrama, dilaporkan tidak mengalami sebarang gejala demam atau influenza.

Menurut laporan Sinar Harian, pihak media masih mendapatkan pengesahan lanjut daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berhubung kes berkenaan.

Kesedaran Tentang Bahaya Influenza

Kisah tragis pelajar tahun lima meninggal dunia akibat influenza ini diharap dapat meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap bahaya virus tersebut, terutama apabila anak menunjukkan simptom demam berpanjangan atau muntah berulang kali. Rawatan awal dan pemantauan rapi amat penting bagi mengelakkan komplikasi serius akibat jangkitan influenza.

Ads

Apa Itu Influenza dan Tanda-Tanda Awal

Influenza atau flu merupakan jangkitan virus yang menyerang sistem pernafasan. Ia biasanya disebarkan melalui titisan air dari batuk atau bersin. Antara gejala awal termasuk demam, sakit tekak, batuk, keletihan melampau dan sakit badan.

Dalam kes yang jarang, influenza boleh menjadi serius, terutama kepada kanak-kanak atau individu dengan imun rendah.

Langkah Pencegahan Influenza

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), vaksin influenza disyorkan terutama kepada kanak-kanak, warga emas dan individu berisiko tinggi.

KKM turut menasihatkan agar masyarakat segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom seperti demam berpanjangan atau muntah berulang kali.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI