Pecah ‘Tradisi’ Susur Galur Keluarga, Akhirnya Dapat Waris Perempuan Selepas 138 Tahun Menanti

Share

Pecah ‘Tradisi’ Susur Galur Keluarga, Akhirnya Dapat Waris Perempuan Selepas 138 Tahun Menanti. Sebenarnya tak kiralah anak perempuan mahupun anak lelaki kedua-keduanya adalah amanah dan anugerah yang tidak ternilai dalam keluarga.

Namun siapa sangka, setelah berderet melahirkan anak lelaki, penantian untuk mendapat waris anak perempuan diperkenankan hanya selepas 138 tahun menanti.

Sepasang suami isteri di negeri Michigan, Amerika Syarikat memecahkan ‘tradisi’ susur galur keluarga apabila menyambut kelahiran bayi perempuan pertama selepas 138 tahun, lapor laman berita Indian Express kelmarin.

Pasangan tersebut, Carolyn dan Andrew Clark dikurniakan cahaya mata perempuan pada 17 Mac lalu.

Tak Pernah Dikurniakan Anak Perempuan

Menurut Carolyn, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa keluarga suaminya tidak pernah dikurniakan anak perempuan dalam susur galur keluarga berkenaan sejak 1885.

Bercakap kepada program bual bicara Good Morning America, Carolyn berkata:

“Saya bertanyakan ibu bapa Andrew untuk mengesahkan maklumat tersebut dan mereka menjawab bahawa keluarga itu tidak pernah mempunyai waris perempuan.”

Tambah Carolyn, ketika dia dan Andrew berkahwin, mereka pada awalnya menyangka trend itu akan berterusan disebabkan anak sulung mereka ialah seorang lelaki.

Namun pada 2022, ketika hamil sekali lagi, Carolyn diberitahu bahawa mereka akan menimang cahaya mata perempuan.

Kini, pasangan itu gembira kerana berjaya memecahkan trend tersebut dengan kelahiran bayi mereka, Audrey Marie Clark.

Mesti Baca:Titisan Air Mata Bahagia, 21 Tahun Suami Isteri Menanti Kelahiran ANAK PERTAMA
Baca Lagi Di Sini:25 Tahun Berkahwin, Suami Isteri Ini Bakal Timang Anak Yang Ke-21, Memang Betul-Betul Hebat!
Artikel Menarik:Berderet 14 Anak Lelaki, Yang Ke-15 Baru Dapat Anak Perempuan!

Sumber: Kosmo,

Good Morning America

Mingguan Wanita: Siapa sangka, rezeki dapat waris perempuan dalam keluarga besar selepas 138 tahun menanti. Pasti bayi comel ini dilayan istimewa dalam keluarga.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN