Pasang Sendiri Rumput Tiruan Untuk ‘Photoshoot Raya’, Berseri Laman Memang Puas Hati!

Share

Jika selama ni laman kosong je tiada rumput dan hiasan landskap menarik, sebenarnya kita boleh serikan dengan pasang rumput tiruan. Buat sendiri je, lebih jimat namun ada cara-caranya. Malah memandangkan tahun ni kita beraya di rumah sendiri, bolehlah dijadikan ‘spot’ menarik untuk photoshoot pagi raya nanti.

Boleh cuba idea yang dikongsikan oleh Muammar Arfa
ini;

Fuh…Puas hati geng..Benda boleh buat sendiri buat upah orang? Hahahaha.. Barang semua beli kat shopee. Cuma pasir je beli kat hardware. Cara pemasangan boleh tengok youtube geng.Ni semua untuk photoshoot raya. Raya kan kat ghumah je.

Barang Di Perlukan:

1.Rumput Artificial

2.Weedmart

3.Nail U Pin Stainless Steel

4.Weedmat Plastic Nail / Paku 11cm 15cm

5.Pasir halus pakai 1 ela (RM75)

Cara Membuat:

1.Cangkul rumput-rumput. Kalau tanah tak rata, lebih baik cangkul ratakan sikit.Nanti lepas letak weedmat, letak pasir baru levelkan.

2. Pasang weedmat.

3.Tabur pasir halus dan ratakan.

4. Pasang rumput tiruan. Paku simen belah dalam longkang tu.Paku simen setengah atau 1 inci.Paku bawah sikit supaya drain cover tu boleh masuk sebab paku tu saya tak tanam habis supaya tak terlucut.

Info Ekstra!

  • Rumput lama insya Allah tak naik sebab dah letak plastik hitam (weedmat).Dia akan tertutup and lama-lama akan mati sebab takda cahaya.
  • Pasu beli dekat Mr Diy, kualiti baik.

Baca Lagi Di Sini:
Air Rebusan RUMPUT PENDUL, Berkesan Rawat KUCING Sakit Parvo, Selsema Atau Demam

MW: Menarik juga idea pasang rumput artifisial ni. Terus laman nampak luas dan berseri-seri. Boleh buat sendiri je, lebih jimat.

Sumber: Muammar Arfa

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN