Pemergian Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, ketika menjalankan tugas meragut hati ramai, bukan sekadar kerana cara pemergiannya yang tragis, tetapi kerana beliau meninggalkan jejak kasih mendalam kepada keluarga, rakan setugas dan masyarakat.

Papa Pesan Jangan Tinggal Solat. Pesanan Terakhir Sebelum Gugur Dalam Tugas

Pada hari kejadian, bapa kepada empat cahaya mata ini dirempuh suspek pecah rumah di Taman Golf, Alor Setar. Beliau baru sahaja bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) selepas berkhidmat di Unit Peronda Motosikal (URB).

Tugasan baharu ini pernah membuatnya sedikit bimbang, namun amanah yang dipikul tetap dilaksanakan dengan penuh dedikasi.

Suami yang Bertanggungjawab, Ayah yang Penyayang

Bagi isterinya, Nur Azhanis Mohd Yusoff, 36, Allahyarham adalah lambang suami terbaik dan bapa penuh kasih. Walaupun tugas sebagai anggota polis menuntut masa dan tenaga yang besar, tanggungjawab terhadap keluarga tidak pernah diabaikan.

Ads

Papa Pesan Jangan Tinggal Solat. Pesanan Terakhir Sebelum Gugur Dalam Tugas

“Walaupun sibuk, arwah tetap ambil anak dari sekolah. Itu memang rutin dia… Dia suka tolong keluarga, mentua, semua orang. Tak ada tanda-tanda langsung dia akan pergi…” – Nur Azhanis

Malam sebelum kejadian, Hafizul pulang seperti biasa, menjemput anak dari sekolah walau dirinya kepenatan. Tiada tanda, tiada petanda, hanya sebuah hari yang disangka akan berakhir seperti biasa.

Ads

Papa Pesan Jangan Tinggal Solat. Pesanan Terakhir Sebelum Gugur Dalam Tugas

Pesanan Terakhir Seorang Ayah

Lebih menyentuh hati, anak sulung mereka, Muhammad Akif Naufal, 11, masih memegang pesan terakhir ayahnya: “Jaga solat, jangan tinggal solat.”

“Kali terakhir saya jumpa papa masa dia jemput saya balik sekolah… Lepas tu papa hantar saya balik rumah. Petang tu, anggota polis ambil saya dari Aman Sentral. Saya sangka papa suruh balik sebab ada kawan papa meninggal… Rupanya papa yang pergi…” – Akif

Akif hanya mengetahui berita pemergian bapanya setelah tiba di Hospital Sultanah Bahiyah, melihat ibunya menangis teresak-esak.

Ads

Papa Pesan Jangan Tinggal Solat. Pesanan Terakhir Sebelum Gugur Dalam Tugas

Pasangan ini sudah 12 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tiga cahaya mata. Kehilangan Hafizul bukan sekadar mengosongkan ruang di meja makan, tetapi meruntuhkan tiang kasih yang menjadi pelindung keluarga.

Gugur Sebagai Wira Negara

Menurut Ketua Polis Kedah, CP Adzli Abu Shah, Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian sebaik dirempuh ketika turun dari bahagian pemandu kereta. Empat suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh) dan Seksyen 457 (pecah rumah).

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI