nenas

Mungkin ramai yang tak berapa suka nak makan nenas, sebab rasanya yang masam manis serta jika makan banyak boleh sebabkan lidah berasa lidas atau gatal dan pedih. Sebenarnya, banyak kelebihannya bila kita makan buah nenas, malah disarankan diambil setiap hari. Terutama dari segi kesihatan otak, emosi, serta kecantikan kulit.

Jemput baca pendedahan kelebihan nenas oleh DrRizal Abu Bakar ini.

Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

1. Kaya Vitamin C

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin yang cantikkan kulit. Vitamin ini penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

2. Kaya Dengan Bromelain

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

IKLAN

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak-jinaklah dengan nenas.

3. Bekalkan Tenaga Pada Sel Otak

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

IKLAN

4. Vitamin Anti Stress

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.

Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.

IKLAN

Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

MW: Jadi buat mak-mak yang selalu beli buah-buahan tu, apa kata ‘wajib’kan diri beli nenas untuk keluarga. Memang banyak kelebihannya bila amalkan setiap hari.

Sumber: DrRizal Abu Bakar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI