Orang ketiga bukan punca perpisahan, bekas suami akui Irma Hasmie sudah dimaklumkan perkahwinan baru. Selepas timbul pelbagai spekulasi dan dakwaan berhubung perceraian pelakon Irma Hasmie, bekas suaminya Redza Syah Azmeer akhirnya tampil memberi penjelasan.
Orang Ketiga Bukan Punca Perpisahan
Memetik laporan Harian Metro, Redza berkata dia dan Irma telah menjalani proses perbincangan yang mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mengakhiri perkahwinan mereka.
“Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama dalam ‘co-parenting’.
“Saya dan Irma sudah pun menjalani proses perceraian pada tahun lalu,” katanya selain memperbetulkan salah faham atau ‘miscommunication’ yang berlaku selepas berkongsi mengenai perkahwinannya dengan wanita dikenali sebagai Fiza di Instagram pada 28 April lalu.
Katanya, pernikahan dengan Fiza juga tidak mengambil masa yang lama dan mereka sudah berbincang untuk menjalani kehidupan rumah tangga bersama.
Bekas Suami Akui Irma Hasmie Sudah Dimaklumkan Perkahwinan Baru
“Kami juga sudah mengambil kira pelbagai faktor seperti kebajikan kesemua anak-anak kami, restu kedua orang tua dan penerimaan keluarga kedua belah pihak,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, Irma juga sudah diberitahu mengenai perkahwinan itu.
Ads
“Jadi, tiada unsur orang ketiga. Ini kerana keputusan untuk bersama (kahwin) adalah selepas perceraian.
“Besar harapan kami untuk anda semua tenang, menghormati keputusan ini dan mengambil iktibar daripada cerita hidup kami. Tiada manusia yang berkahwin inginkan perceraian melainkan perkara itu lebih baik buat kedua-duanya,” katanya.
Menurut Redza, dia mohon agar semua pihak menghormati privasi dan sensitiviti setiap ahli keluarganya.
“Semoga kenyataan ini dapat menjelaskan status dan perkara yang sebenarnya.
Ads
“Sekali lagi saya dan keluarga sangat berterima kasih atas doa semua dan mengaminkan doa itu. Semoga Allah SWT merahmati dan meredai kehidupan kita semua, insya-Allah,” katanya.
Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Perkahwinan Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer sudah berakhir enam bulan lalu. Berita itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Instagram Story yang kemudian dikongsikan pengacara serta penceramah motivasi, Amin Idris menerusi platform sama.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Zulfadhli yang juga Pengarah Media Majlis Perundangan Islam Malaysia (MAPIM) dan delegasi ini terkandas berjam-jam di luar pintu Rafah Mesir malam tadi dan diarahkan masuk semula ke dalam Gaza. Malah tidak dibenarkan keluar dan perlu bermalam lagi di sana.
Seperti yang dimaklumkan Yatt Hamzah, delegasi Malaysia ini dalam usaha untuk keluar dari Gaza pada pagi ini. Jadual penerbangan mereka sepatutnya berlepas malam tadi.
Namun, insiden cemas yang sedang berlaku ini membuatkan mereka tidak dapat keluar dari Gaza apatah lagi pulang ke tanahair berjumpa ahli keluarga masing-masing.
Mohon rakyat Malaysia doakan keselamatan delegasi Malaysia yang mewakili MAPIM ini.
Mutakhir Dari Yatt Hamzah
Semalaman tak boleh tidur. Solat hajat dan doa jadi peneman. Dalam jam 2 pagi, baru suami dapat hubungi dan maklumkan yang MEREKA SEMUA SELAMAT.
MEREKA BUKAN DITAHAN ISRAEL TAPI TENTERA MESIR. ALLAHUAKBAR.. ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH, KAU DENGAR DOA-DOA KAMI. TERIMA KASIH ATAS DOA-DOA KALIAN SEMUA.
Barulah hati Bonda ini sedikit tenang dan lega.
Alhamdulillah. Rupanya kami dapat maklumat yang salah malam tadi. Namun tetap tiada jaminan bila mereka boleh keluar dari pintu Rafah MESIR itu kerana sikap tentera/polis MESIR lebih kurang sahaja dengan ISRAEL.
Delegasi Malaysia Diarah Masuk Semula Dan Bermalam Di Gaza
Mereka TERKANDAS BERJAM-JAM SEMALAM dan DIARAH MASUK SEMULA KE DALAM GAZA DAN BERMALAM DI SANA SEBELUM MENCUBA LAGI UNTUK KELUAR PAGI INI.
Sebab kenapa mereka ditahan, terkandas dan diarah masuk semula ke dalam GAZA? Masih menjadi tanda tanya dan kita sama-sama tunggu update berita terkini dari mereka. Sementara itu mohon semua teruskan berdoa agar mereka selamat keluar dari Gaza melepasi pintu sempadan Rafah dan terus pulang ke Malaysia ke pangkuan keluarga masing-masing..Aameen Ya Rabb.
Juga teruskan menyumbang ke TABUNG WWW.TABUNGGAZA.COM
Sayunya Doa Yatt Untuk Suami
Take care suamiku @zulfadhli_khiruddin , Dr @saniarabyalkahery , Mejar @zulhanisz77, shbt tersyg @nurhelizahelmi @hazwanihelmi dan anggota delegasi misi #wakeupforGaza yang lain. Allah sentiasa bersama kalian in shaa Allah. Saya dan semua tak berhenti mendoakan kalian.
MW : Semoga suami Yatt dan delegasi Malaysia termasuk Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi dapat keluar dari Gaza dan pulang ke Malaysia dengan selamat. Amin.
“Assalamualaikum Baby Sefriel”Dr Say Shazrilberasa sangat bersyukur apabila isterinya Dr Azura Abas telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya, pada 18 Ogos (semalam) jam 8.14 pagi.
Seperti yang dimaklumkan menerusi entri di akaun Instagram miliknya, doktor selebriti dan pengacara ini telah memuat naik satu gambar bersama anak lelaki keduanya yang baru sahaja dilahirkan.
Pasangan popular ini telah dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini yang bernama Aezil, setahun. Sebelum ini Dr Azura telah disahkan kembali hamil selepas tiga bulan mengalami keguguran sekitar bulan Ogos tahun lalu.
“Assalamualaikum Baby Sefriel” Anak Kedua Dr Say & Dr Azura
“Alhamdulillah, 8.14 pagi, isteri saya selamat melahirkan bayi kedua lelaki kami seberat 3.5 kilogram (Kg) dan sepanjang 51.5 centimeter.
“Syukur ke hadrat Ilahi atas pemberian yang cukup istimewa ini. Saya kini sebagai bapa kepada dua orang anak! Tidak sabar nak tengok reaksi Ace bila kami bawa Sef balik nanti,” tulisnya di Instagram yang sekaligus mengumumkan nama anak keduanya, Sefril.
Malah Dr Say juga sangat gembira kerana kali ini dapat menemani isteri untuk kelahiran anak keduanya.
“Saya terlepas waktu Ace lahir dulu maka kali ni saya takkan terlepas Sef lahir,” ungkapnya.
Dr Say juga turut menjawab persoalan yang diaju pengikutnya di Instagram, bagaimana di kala pandemic suami dibenarkan menemani isteri ke hospital?
“Menjawab persoalan “siapa jaga Ace?”, well Ace ada kat rumah dijaga family isteri saya yang sebelum mereka datang, mereka siap buat RTK test. Polisi @subangjaya_medicalcentre kepada para suami yang ingin menemani isteri di kala pandemik ini adalah once suami masuk bersama isteri ke hospital, suami tak boleh keluar sehinggalah isteri keluar sebab both suami isteri kena buat PCR test sebelum masuk wad,” terang Dr Say.
Dr Say juga menjelaskan isterinya terpaksa melahirkan bayi keduanya secara pembedahan atas faktor tertentu yang tidak dapat di elakkan.
“Isteri saya bersalin caesar disebabkan pakar kami memberitahu yang isteri ada 20% kegagalan untuk VBAC (Vaginal birth after caesarean) sebab long time back isteri pernah ada major operation pada perutnya yang menyebabkan ada banyak lekatan pada organ-organ dalamannya.
“Jadi kami tak mahu ambil risiko itu dan kami pilih caesar sebagai kaedah melahirkan anak kedua ini. Ace dulu pun dilahirkan melalui emergency caesar sebab tali pusat menjerut lehernya,” luahnya lagi.
Mingguan Wanita : Tahniah Dr Say dan Dr Azura!
Sumber / Sumber Foto : Instagram Dr Say Shazril
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tersentuh hati dengan keadaan kulit menggelupas lagi berdarah yang dialami baby Afiya, bayi berusia 5 bulan, Datin Paduka Eina Azman langsung hulur bantuan.
Malah, menjawab pertanyaan peminat yang mengikuti perkembangan pasangan dua beradik ini, maklum Eina adik beradik itu sudah pulih dari sakit kulit mereka.
Bila mana Eina menerima DM daripada adik kak Yani, hatinya mula tersentuh. Lihat gambar bayi lima bulan yang menggelupas kulitnya dan berdarah. “Sure pedih tu..” Kata Eina, langsung mengubah episod perawatan untuk bayi ini dan ahli keluarganya.
Kulit Menggelupas, Berdarah.. Sure Pedih Tu – Eina Azman
Tulis Eina di instagramnya,
Salam semua… today Eina nak share dengan u all about baby Afiya yang baru berumur 5 bulan.
Baby Afiya kena eczema since umur 2 bulan. So adik kepada kak Yani yang DM Eina bertanya mengenai budak-budak yang Eina pernah tolong sebelum ini. Dia tanya clinic atau hospital mana yang Eina bawa sebelum ni.
Dan dia ada hantar gambar baby Afiya. Terus Eina cakap nak tolong sebab tengok keadaan baby Afiya kulit dia yang dah menggelupas dan pedih-pedih berdarah. “Sure pedih tu.”
Eina Azman Bawa Baby Afiya Jumpa Pakar Kulit
So Alhamdulillah today all the way from Kluang Johor family kak Yani datang bawa baby Afiya untuk mencuba rawatan di klinik pakar yang Eina sering bawa budak-budak yang ada sakit kulit.
Hopefully kulit baby Afiya akan cepat sembuh. So for those yang nak membantu or menghulur kan apa-apa untuk baby Afiya boleh transfer ke account :
Kamal Adli menafikan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Uqasha Senrose. Pelakon itu turut mengaku merindui isterinya dan menegaskan, “Saya tak curang, saya hanya ada dia dan anak.”