
Keinginan untuk tampil menawan, langsing dan sempurna bukanlah satu dosa. Namun, bahaya bermula apabila kecantikan dijadikan matlamat segera. Dicapai melalui suplemen, pil atau jus yang menjanjikan keajaiban tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan dalaman.
Seperti yang digambarkan dalam drama bersiri Impiana Karma di Astro One dan aplikasi Sooka, watak-wataknya sanggup mempertaruhkan segalanya demi kecantikan, tanpa sedar setiap keputusan yang kelihatan tepat akhirnya membawa padah.
Realitinya, obsesi untuk kurus dan cantik kini menjadi budaya didorong oleh imej sempurna di media sosial sehingga ramai sanggup menelan apa sahaja walaupun berisiko merosakkan tubuh sendiri. Inilah mesej jelas yang disampaikan dalam siri yang mendapat perhatian ramai.
Dr. Malar Santhi Santherasegapan, seorang doktor perubatan mengingatkan jangan kejar sesuatu yang tidak dianugerahkan Tuhan.
“Minum jus atau makan suplemen tidak akan mengubah DNA kita. Kalau kulit gelap, ia kekal gelap. Begitu juga dengan bentuk tubuh. Tiada jalan pintas. Jangan terpedaya dengan influencer atau selebriti. Mereka tidak bergantung pada jus pasaran sebaliknya mendapatkan rawatan professional,”.

Beliau menegaskan, tiada jus yang mampu membakar lemak.
“Telanlah sebanyak mana pun, ia tetap keluar sebagai najis. Nak kurus dan cantik? Senaman, pemakanan sihat dan disiplin adalah kuncinya. Percaya jus boleh kurus? Sebenarnya anda sedang membakar duit sendiri.”
Dalam podcast Sembang Wanita Xtra, topik ini menjadi lebih nyata apabila Noraini Yassin, 40, berkongsi kisah tragis. Mengalami kerosakan buah pinggang tahap lima akibat gaya hidup tidak sihat dan pengambilan pil kurus tanpa kawalan.

“Saya terpengaruh dengan kawan yang kurus selepas ambil pil. Saya ikut tanpa peduli sama ada ia berdaftar dengan KKM. Akhirnya, buah pinggang rosak, saya perlu dialisis tiga kali seminggu. Ditambah kehilangan suami, saya hanya berserah kepada Allah.”

Impiana Karma yang dibintangi Che Puan Juliana Evans, Haneesya Hanee, Tiz Zaqyah dan Ezzanie Jasny membawa mesej yang jelas, tiada jalan pintas untuk cantik. Mereka yang memilih jalan mudah akhirnya membayar harga yang mahal iaitu kesihatan.
Dr. Malar menutup dengan peringatan keras:
“Mengabaikan rawatan untuk penyakit kronik seperti darah tinggi atau kencing manis kerana percaya mitos hanya akan memudaratkan tubuh. Ubat yang betul menyelamatkan bukan merosakkan.”

Saksikan rangkaian drama pilihan yang menggabungkan kisah lokal dan antarabangsa melalui Astro One, semuanya dengan hanya RM49.99 sebulan. Strim sehingga 4 peranti. Tidak sempat di rumah? Teruskan menonton di aplikasi Sooka, di mana sahaja anda berada, muat turun dan strim secara percuma. Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas!
Untuk tontonan penuh podcast Sembang Wanita Extra bersama Dr Malar berjudul Obses Cantik Sampai Jadi Karma, tonton di bawah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




