Nur Fatima Aisya Nama Pilihan Fazura, Fattah, ‘Berusia Seminggu, Muda Sangat Untuk Media Sosial’

Share

Setelah tujuh hari berlalu, pasangan selebriti yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata pertama, Fattah Amin dan Nur Fazura telah mengumumkan nama penuh puteri kesayangan mereka berdua.

Nur Fatima Aisya menjadi nama pilihan bagi Fazura dan pasangannya Fattah, baru berusia seminggu, muda sangat untuk didedahkan wajah penuhnya di media sosial.

Baca juga di sini:

Fattah & Fazura Timang Cahaya Mata, “Bayi Perempuan Sihat dan Sempurna Bahagiakan Kami Berdua”

Fattah Amin Tetap Sabar Layan, Penuhi Hajat Fazura Hamil Anak Sulung

Air Tangan Fazura Sangat Sedap, Sampai Fattah Larang Masuk Dapur

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Nama Pilihan Nur Fatima Aisya

Nama yang cukup manis telah dipilih oleh pasangan ini. Pasangan ini telah mendedahkan perkara ini menerusi perkongsian di akaun Instagram, Fattzuralovelife.

Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020.

Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia!

MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo 💗

Di samping itu, melalui perkongsian yang sama Fazura kelihatan begitu teruja mengendong Nur Fatima Aisya menerusi video yang turut dimuatnaik. Netizen hanya mampu melihat sekilas sahaja, kerana wajah penuh bayi pasangan ini belum ditunjukkan sepenuhnya.

Peminat dan pengikut pasangan ini tidak henti-henti memuji Nur Fatima Aisya selain mendoakan dia di ruangan komen.
MW: Tahniah buat Fattah dan Fazura atas kelahiran Nur Fatima Aisya. Semoga hubungan kalian akan kekal selamanya dan kehadiran anakanda Nur Fatima Aisya mampu memberi kebahagiaan berganda buat pasangan ini.
IKLAN