Bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi pastinya akan mengundang nostalgia dan menggamit memori. Apatah lagi terkenangkan menu berbuka puasa yang sedap-sedap sering dihidangkan oleh mak-mak kita. Sementelah, rentas negeri juga masih tidak dibenarkan, hanya mampu memendam rasa untuk menikmati hidangan buka puasa enak bersama keluarga di kampung.
Namun jangan kecewa, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur (BTHKL) kembali ke zaman 60-an di mana para pengunjung dapat menikmati lagu-lagu artis popular tahun 60-an sambil menikmati masakan Melayu kegemaran mereka untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Ramadan jatuh pada bulan April dan Mei tahun ini, pihak hotel menawarkan pelbagai jenis hidangan yang pastinya dapat memenuhi selera segenap lapisan masyarakat. Sekaligus mengubat rindu berbuka puasa dengan masakan kampung!
Pengurus Hotel BTHKL, Pn. May Cheong berkata, “Walaupun sambutan Ramadan tahun ini sedikit berbeza dari yang dulu, kita masih dapat meraikannya dengan bersederhana, namun meriah sesuai dengan norma baru. Tahun ini, kami mempunyai pelbagai promosi untuk ditawarkan kepada semua”.
BUFFET BUKA PUASA 2021 – TEMA 60-AN @ JUNIOR MANHATTAN
Istimewanya, stesen masakan secara langsung serta pelbagai masakan Melayu yang pastinya menyelerakan dengan hidangan utama bufetnya ialah Kambing Perap disajikan bersama Biriyani dan juga hidangan istimewa lain termasuk: Kari Kepala Ikan Istimewa “Kedah”, Sup Power, Satay Bakar, Sambal Udang Galah, Asam Pedas Ekor Sapi, Ayam Percik Putih, Daging Gulai Kampung, Dalcha Kambing Dengan Sayuran, Nasi Tomato dan untuk penutup, Aneka Kuih Melayu dan pelbagai jenis Kuih Raya.
Buffet Buka Puasa bertemakana 60-an ini akan diadakan bermula 16 April hingga 10 Mei 2021 dari 7:00 malam hingga 9.30 malam di Junior Manhattan, Level 14 Barat.
Rebut promosi jimat lebih banyak dengan mendapatkan baucar “Early Bird” sekarang dengan harga hanya RM68.00 bersih untuk dewasa dan RM34.00 bersih untuk kanak-kanak dari 17 Mac hingga 12 April 2021 ini.
Ini kerana mulai 13 April 2021, harga untuk orang dewasa adalah RM98.00 bersih sementara harga untuk kanak-kanak (berumur 4-12 tahun) adalah RM58.00 bersih. Namun demikian, menariknya pembelian baucar untuk 6 orang ke atas pada harga biasa layak untuk mendapat sebuah bilik rehat dari (6:30pm – 9:00pm).
Jangan bimbang, sesuai dengan SOP baru, jarak sosial meja dan jumlah tetamu di meja telah dirancang secara sistematik dan stesen sanitasi tangan berada di sekitar dewan. Di samping SOP wajib yang dikenakan iaitu mengimbas aplikasi MySejahtera dan pemeriksaan suhu semasa ketibaan, protokol hotel juga mewajibkan staf hotel memakai topeng muka dan sarung tangan pada setiap di samping dewan ini dibersihkan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan. Ruangan Solat yang kerap dibersihkan juga disediakan untuk kemudahan anda.
IFTAR WITH A TWIST @ BERJAYA CAFÉ
Ads
Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang unik untuk juadah buka puasa, Berjaya Café, restoran yang menyajikan makanan berasaskan tumbuhan yang popular di BTHKL menawarkan promosi Iftar with a Twist. Hidangan vegetarian khas untuk 3 orang termasuk Set Nasi Lemak dan sate yang unik akan benar-benar memberikan pengalaman buka puasa yang tidak dapat dilupakan.
Harga bermula pada RM168.00 bersih untuk Set Nasi Lemak dan RM218.00 bersih untuk Set Nasi Biryani, untuk 3 orang dan boleh juga dinikmati antara 16 April – 10 Mei 2021, 7:00 – 9:30 malam @ Berjaya Café, Level 14 Barat nanti.
FAMILY FEAST BUKA PUASA SPECIAL
Malah lebih menarik, sekiranya ingin berbuka puasa di rumah sendiri, tetapi masih mahukan pelbagai jenis hidangan, (BTHKL) juga mempunyai Family Feast Buka Puasa Special yang sesuai untuk 5 orang. Dengan harga RM388.00 bersih, keluarga dapat menikmati hidangan lazat termasuk Ayam Masak Ros, Daging Gulai Kampung, Tenggiri Masak Berlada, Labu Masak Lemak Cili Padi dan Nasi Tomato dan Nasi Putih dengan pelbagai jenis kuih raya, kuih Melayu dan Kek Gula Hangus boleh dihantar secara PERCUMA jika berada sekitar 20km dari BTHKL.
Ads
Pesanan boleh dibuat antara 13 April – 12 Mei 2021 dari 3.00 petang – 6.00 petang dengan memilih untuk membuat pesanan melalui Perkhidmatan Pemesanan Makanan Tanpa Kontak melalui https://berjaya.revahospitality.app/dining
GERAI PANDU LALU DAN SERVIS PENGHANTARAN BUKA PUASA
Bukan itu sahaja, bagi pelanggan yang mencari cara yang lebih mudah untuk menikmati juadah berbuka puasa dari BTHKL, boleh memilih Gerai Pandu Lalu Buka Puasal kami yang menawarkan Nasi Biriyani dengan pilihan Ayam atau Kambing serta Thai Beef Noodle Soup dan Thai Kway Teow dengan harga bermula dari RM11.00 bersih termasuk sebotol air mineral.
Ads
Gerai Pandu Lalu ini terletak di kawasan perhentian bas hanya beberapa langkah dari air pancut berhampiran pintu masuk hotel. Tidak dapat mengambil pesanan? Terdapat juga pilihan untuk memesan makanan dengan penghantaran percuma dalam jarak 10km dari BTHKL. Pesanan boleh dibuat melalui https://berjaya.revahospitality.app/dining
Berkunjunglah ke Bazaar Ramadan @ Foyer, Tingkat 14, Sayap Barat, terletak di sepanjang laluan menuju ke dewan Junior Manhattan untuk buka puasa. Boleh singgah ke barisan gerai yang menjual pelbagai pilihan barangan buatan tangan, pakaian dan banyak lagi untuk melengkapi bulan puasa nanti.
Peluang perniagaan ini diwujudkan untuk memberi platform kepada orang ramai untuk menjana pendapatan tambahan sepanjang bulan Ramadan ini pada harga RM1,250.00 untuk 25 hari, 5:00 petang – 9:30 malam , bermula 16 April hingga 10 Mei 2021.
Jadi jangan berlengah lagi, cepat rebut peluang menarik “early bird” yang pastinya lebih banyak jimat.Jadikan BTHKL sebagai sebahagian dari pengalaman buka puasa tahun ini dan ambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan yang tersayang dengan pelbagai pakej promosi yang ditawarkan.
Untuk membuat tempahan boleh klik di sini dan sebarang pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi 018-960 6888 atau e-mel ke bth.sales2@berjayahotel.com
*Julat Umur untuk Kelayakan: Kanak-kanak (4 – 11 tahun), Warga Emas (+60 tahun)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Allahu, sayunya mendengar berita ini.Naufal Amsyar, bayi lelaki berusia 10 bulan yang parah di kepala dipercayai terjatuh di rumah pengasuh, meninggal dunia selepas empat hari dalam keadaan kritikal dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, kira-kira jam 9 pagi ini.
Bapanya, Nabil Fikri Anwar, 28, yang memaklumkan perkara itu melalui aplikasi WhatsApp, berkata Naufal Amsyar, yang juga bayi tunggalnya itu telah pulang ke rahmatullah.
“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak saya Naufal Amsyar Bin Nabil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 pagi tadi,” katanya hari ini.
Kebumikan Selepas Solat Zohor
Menerusi status terkini di Facebook ibu mangsa, Eyka Rohmat pula mengesahkan, allahyarham Naufal Amsyar akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tangkak johor selepas Zohor .
Selasa lalu, bayi malang yang dijaga seorang pengasuh wanita berusia 35 tahun di Tangkak itu dimasukkan ke hospital selepas dipercayai diserang sawan.
Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu pada dahi kiri bayi selain pendarahan pada bahagian mata serta keretakan tempurung kepala.
Susulan daripada itu, Khamis lalu polis menahan pengasuh terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga dan ibu bapa anak syurga ini. Semoga diberi kekuatan dan kecekalan dalam menghadapi ujian ini.Alfatihah.
Pada April lalu, pelakon Ashraf Muslim telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland.
Baru-baru ini menerusi entri di Instagram Ashraf Muslim juga telah memberi peringatan kepada semua pihak untuk tidak mengambil mudah dan leka dengan COVID-19.
“Nasihat AM (Ashraf Muslim), berhati-hatilah dan jangan ambil sambil lewa dgn covid nih. Mungkin korang tak kena covid lagi sbb tu ambil mudah jer. Yer mmg lepas jer pkp kita semua bersungguh-sungguh menaikkan ekonomi keluarga masing2 tapi perlulah jaga SOP sebaik mungkin.
“Sayanglah dah elok2 bilangan covid 1 angka bertambah jadi 3 angka dan malangnya dah 4 hari berturut-turut pulak tu. Nak PKP balik ke? Kalaulah berlaku SOP payahlah kita semua, byk benda nak kena cover dr segi comitment masing2. Susah nak kerja dan lagi susah perniagaan makin down. So dgn keadaan sekarang sama-sama kita menjaga SOP dan kebersihan sebaik mungkin.
“Jangan byk sangat tmpt lepak dan pergi ditempat ramai. Covid tidak mengenal kita siapa. U kaya ke? Miskin ke? Dato ke Tan sri? Badan sado ke kurus kering? Makan suplement hari2 atau tak makan? Covid ni belasah semua. Balik rumah cepat2 mandi jangan ada sentuhan dgn keluarga, Mandi dulu! Pastu nk buat apa buatlah.
“Ada Sebab Allah Pilih Kita Jadi Pesakit Covid”
“Mereka yang dah kena covid pada waktu ini, jangan down.. Ada sebab Allah pilih kita utk menjadi pesakit covid. Belajar erti redha, sabar dan bersyukur dlm berkuarantin di wad. Dekatkan diri dengan Allah. Imarahkan wad dgn Islam..
“InsyaAllah anda akan tenang disana serta akan dapat nikmat yg kita tak pernah dapat sblum ini. Akhir sekali AM harapkan kita dapat menjalani hidup dengan norma baru ini dgn baik dan berdisiplin. Sayang Allah, Sayang Diri kita, Sayang keluarga, dan Sayang masyarakat sekeliling kita.” luah Ashraf Muslim.
Ashraf ketika menjalani rawatan Covid-19 terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta.
Apapun 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020, PKPB dikuatkuasa di Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya. Sama-samalah kita mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Sumber/ Sumber Foto: Instagram Ashraf Muslim Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sampai macam tu sekali tindakan seorang suami ini. Lebih rela terjun dari feri asalkan tak teruskan lagi hidup bersama isteri yang queen control. Nekad betul.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, lelaki itu mulanya menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Butterworth.
Kemudian, dia naik pula feri yang menuju ke Georgtown. Tapi dia tak turun malah terus berada dalam feri yang sama. Ikut berpatah balik ke Butterworth.
Segera dia dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk dirawat.
Ini Punca Suami Terjun Feri
Selepas berjaya diselamatkan dan disoal siasat, tahulah punca kenapa dia nekad sangat nak terjun feri itu. Rupanya suami yang baru berusia 36 tahun itu tak tahan sampai tertekan dengan sikap isteri yang mengawal dirinya.
Disebabkan itu jugalah mereka kerap bergaduh. Dia dikatakan mengalami masalah kewangan selepas perniagaan yang diusahakan jatuh merosot.
Ketika ini, bapa kepada dua orang anak berusia antara lima dan lapan tahun sudahpun dirujukkan kepada doktor psikologi untuk rawatan susulan.
MW : Dalam keadaan ekonomi keluarga yang cukup-cukup makan, kadangkala ujian sebegini memberi tekanan kepada kedua belah pihak. Sungguh tak mudah nak melaluinya, namun setiap masalah itu pasti ada jalan keluar. Jangan fikir singkat sangat, sebab akhirnya akan mudaratkan diri sendiri.
Kalau dah sampai peringkat tertekan dan kemurungan, baik suami ke isteri berjumpalah dengan psikiatris agar anda boleh dirawat. Tidaklah nanti tunggu hilang nyawa baru nak menyesal.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.