Norazian pilu suami terkorban nahas FRU, kehilangan orang tersayang bukanlah satu fasa yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi suami tercinta.
Pagi tadi negara dikejutkan dengan berita kemalangan di mana seramai sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah terkorban dalam nahas negeri di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Perak.
Isteri salah seorang korban kemalangan Norazian Mohd Joned yang juga isteri kepada Koperal Amiruddin Zabri berasa sangat sedih dengan pemergian suami tercinta.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Norazian menerangkan sebelum ini suami sangat gembira bila dikurniakan anak perempuan.
“Dia terlalu gembira bila dapat anak perempuan. Kami sudah lama tunggu saat itu… tapi tak sangka kegembiraan itu tak lama,” luah ibu kepada tiga orang anak ini.
Norazian dan arwah suami dikurniakan dua anak lelaki, Amirul Firdaus, 12, dan Amirul Asyraf, 11, sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan pertama Amira Sofea, yang kini berusia setahun.
Seperti yang dilaporkan Norazian turut memberitahu kali terakhir dia bertemu suaminya tengah hari semalam sebelum arwah bertolak ke Teluk Intan untuk tugasan luar sempena sambutan perayaan.
“Dia macam biasa, siapkan barang untuk ke lokasi. Dia kata dah biasa kerja luar dan minta saya jangan risau. Tak sangka kejadian ini berlaku,” sambungnya.
Norazian turut memberitahu dirinya mengetahui berita malang itu daripada rakan sekerja.
“Saya dapat tahu pasal kemalangan tu daripada rakan sekerja. Dia kata ada kemalangan babitkan Unit 5 dari Sungai Senam. Bila telefon suami, dia tak jawab. Saya hubungi rakannya, tetapi dia cuma minta saya tenang dan sabar.
“Masa tu saya masih keliru… betul ke? Sebab laporan awal cuma sebut enam orang maut,” luah Norazian.
Sumber Berita : Harian Metro
Baca Disini : Suami Isteri Maut Kemalangan Jalan Raya Usai Rakam Foto Hari Raya
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.