
Baru-baru ini Neelofa kongsi menu tahan lapar, ramai yang cuba kata berkesan. Jadi boleh lah mak-mak yang sedang mencari menu sahur cuba resepi ini nanti.
Jika dilihat perkongsian di Thread, ramai yang sudah mencuba resepi ini. Katanya hanya perlu menggabungkan kurma, oatmilk, chia seeds dan kurma.
Ini pula antara review jujur daripada netizen yang sudah mencuba resepi Neelofa ini, sangat membantu katanya. Malahan ibu yang menyusu juga rasa bertahan apabila mengamalkan menu mudah ini.
Selain menu tahan lapar, Neelofa juga ada buat planner untuk Ramadan. Planner ini siap ada Quran tracker, Infaq goals, daily zikir dan sebagainya. Nampak bagus untuk anda yang mahu mulakan planning Ramadan ke arah aktiviti kebaikan berganda.
Neelofa kini menjalani kehidupan yang lebih tenang pada tahun 2025–2026, dengan memberi tumpuan kepada keluarga, anak-anak dan juga bisnesnya.
Cukup disenangi ramai dan selalu berkongsi info positif, Neelofa kini bergerak lebih jauh daripada sekadar personaliti media kepada wanita hebat yang membina platform gaya hidup Muslimah.
Sumber gambar: Neelofa