Kesihatan

Nasihat Doktor Sempena Raya Korban Buat Pesakit Gout, Jangan Sampai Terlepas Pandang!

Share

Sempena raya

korban tahun ini, anda kena tahu sedikit info tentang gout! Risau terlebih makan dan buatkan asid urik anda meningkat secara mendadak, bahaya!

Sebelum pergi lebih jauh, boleh baca perkongsian tip daripada Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar ini. Moga anda boleh bersedia dan tidak makan berlebihan sampai kena tahan hospital pula..

Nasihat Doktor Sempena Raya Korban Buat Pesakit Gout

 

Sedikit nasihat berkenaan sakit GOUT yang sinonim dengan hari raya korban. Sebagaimana yang kita tahu, raya korban ialah hari yang mana kita akan makan lebih banyak dari biasa,lauk berasaskan daging seperti daging lembu, atau kambing.

Daging merah (kambing & lembu ) memang diketahui tinggi kandungan purine yang akan menaikkan kadar asid urik dalam badan. Maka hati-hati kalau ada gout, kurangkan makan daging korban dan buat yang gemarkan bahagian eksotik lembu seperti hati, otak, lidah, mata, buah pinggang lembu.

Kalau anda ada gout, tolong jangan makan part yang exotic ini sebab di sini lah terkumpul banyak asid urik dan juga kolestrol.

Simptom utama gout:

1. Sakit sendi secara tiba-tiba, biasanya pada jari kaki besar.
2. Sendi jadi bengkak, panas, merah dan sangat sensitive.
3. Serangan selalunya waktu malam atau awal pagi.
4. Boleh melarat ke sendi lain (lutut, buku lali, pergelangan tangan).

Jangan Sampai Terlepas Pandang!

Ramai juga yang terlepas pandang bab dehydration. Kekurangan air memang boleh trigger attack gout.
Banyakkan minum air kosong, elakkan terlalu banyak minum air manis. Injury / stress

pada sendi pun boleh trigger attack gout.

Jadi kepada yang driving jauh balik KelantanTerengganu, take a rest lepas 1-2 jam driving. Minum air kosong dan regangkan kaki. Lenguh pada buku lali dan tapak kaki boleh trigger attack gout bagi yg pernah kena gout pada buku lali / sendi ibu jari kaki.

Selain makan ubat tahan sakit kalau kena attack

gout di kampung, bila dah start sakit tu, cepat cepat tinggikan kaki, jangan banyak gerakan pada sendi yang terlibat, boleh cuba tuam dengan ice pack, dan tengok sajalah orang lain makan daging!

Ya. gout bukan penyakit orang kaya. Ini penyakit orang yang tak jaga makan dan tak mahu jaga kesihatan. Tetapi kalau jaga betul-betul, gout tak akan kawal hidup anda.

Published by
Nadia