Kanak-kanak bawah 4 tahun, kadang kala lebih usianya ada sejenis habit suka memasukkan benda-benda kecil (apa saja miniature permainannya) ke dalam lubang hidung ataupun telinga. Tak semua kanak-kanak tapi rata-ratanya begitu.
Jika benda asing yang dimasukkan itu terlalu lama, kawasan telinga mahupun hidup akan terdedah dengan kuman dan bakteria. Bahaya sebenarnya untuk kanak-kanak.
Dr Hairin Anisa Tajuddin, Dr Pakar Kanak-kanak (Paediatrik) yang juga pengasas Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Adda berpengalaman mengendalikan 4 kes berkaitan kanak-kanak yang memasukkan benda kecil dalam lubang hidung.
Salah satunya termasuklah kes anak beliau sendiri. Dari perkongsian ini, beliau memberi nasihat kepada mak ayah agar sentiasa berjaga-jaga dan selalu selalulah perhatikan perlakuan anak-anak kecil kita. Ini kerana imaginasi anak-anak memang tak terjangka!
“Cuba teka apakah benda dalam gambar ini? Dan di manakah saya jumpa benda ni? Nak tahu jawapannya jom teruskan membaca kisah-kisah benar yang saya nak ceritakan di sini.”
Kes 1
Kejadian berlaku semasa saya masih bertugas di PPUM.
Ada seorang kanak-kanak Indian lingkungan usia 4 tahun datang dengan masalah hidung yang berhingus terlalu lama. Kalau tak silap hampir sebulan & nafasnya berbau busuk.
Sambil berbual dengan si comel ini, dia bagitau kami “I got horse chasing the mouse,” sambil menunjuk-nunjuk dalam hidungnya.
Bila diperiksa dalam hidungnya, seperti ada foreign body dalam kedua hidungnya.
Setelah dirujuk kepada ENT. Mereka berjaya mengeluarkan miniature permainan yang sangat kecil iaitu ‘kuda dan tikus’.
Kami yang dapat tahu hal ini memang tak habis gelak ketawa sebab rasa lucu dengan imaginasi kanak-kanak yang pelik-pelik hingga masukkan miniature kuda di sebelah hidung dan sedang mengejar tikus di sebelah lagi…LOL.
Ads
Kes 2
Anak saya Imran ketika berumur 3 tahun tiba-tiba dia kata sakit dalam hidung dan mula bersin-bersin.
Kejadian berlaku tahun lepas di mana kami pulang ke rumah daripada bercuti. Waktu malam tu anak-anak saya sedang bermain-main di ruang tamu.
Bila Imran mengadu sakit dalam hidung, abangnya Muhammad mengadu yang adiknya ada masukkan Lego “kepala patung Lego” warna oren dalam hidungnya.
Astaghfirullah… saya bergegas ambil torchlight dan mendapati ada Lego warna oren dalam hidungnya. Saya suruh dia hembus keluar tapi tak berjaya.
Akhirnya saya terpaksa bergegas bawa ke klinik saya (5 minit sahaja daripada rumah), untuk melakukan prosedure menarik Legi tersebut keluar daripada hidungnya dengan menggunakan forcep dan nasal wash.
Akhirnya kepala Lego itu keluarlah dengan selamatnya. Aduh anak-anak ni…selalu bikin jantung Ummi nak jatuh saja.
Kes 3
Ada satu anak berusia hampir 4 tahun juga datang dengan selesema yang kronik dan bila diperiksa hidungnya didapati ada manik putih dalam hidungnya.
Ads
Saya dah cuba sedaya upaya untuk tarik keluar tapi ia agak dalam dan tersekat. Akhirnya saya mengalah dan refer kepada ENT untuk prosedur lanjut.
Ia adalah manik daripada tudung ibunya yang terjatuh… Allahuakbar. Macam-macam budak-budak ni kan?
Kes 4
Baru-baru ni parents bawa anaknya demam selesema dan seperti biasa, saya akan check hidungnya dan saya agak pelik sebab seperti ada sesuatu yang berwarna seperti selaput putih.
Seperti bubble yang block hidungnya. Then saya tanya dia ada masukkan apa-apa dalam hidungnya. Dengan pantas dia angguk dan jawab dia masukkan tisu.
Saya tak rasa ia adalah tisu sebab structurenya macam ‘foam’.
Sekali lagi terpaksa buat procedure mengeluarkan benda tu dengan nasal wash. Paling best experience sebab pesakit cilik comel ini pandai sangat menghembus hingus dengan kuat hingga terpancut-pancut ke muka saya…huhuhu.
Ads
Ibu ayahnya pula dengan penuh semangat menjerit-jerit suruh dia hembus dan hembus lagi. Kami rasa seolah-olah dalam labor room pulak menyuruh ibu push-push untuk keluarkan baby…hahaha.
Lucu betul dengan situasi cemas tapi agak lucu ini. Akhirnya berjaya dikeluarkan dengan menggunakan forcep bila ia telah dekat dengan lubang hidung.
Tahu tak kalian barang tersebut adalah sponge yang agak besar lebih kurang duit 20 sen yang baru. Sebab ia sponge yang boleh dipenyekkan maka ia sangat mudah dimasukkan dan tersekat dalam hidung.
Jangkitan kuman berlaku dan menyebabkan dia demam.
Elakkan Beri Permainan Kecil Pada Anak Bawah 4 Tahun..
Daripada kes-kes semua ini, parents semua perlu ambil iktibar termasuk saya sendiri untuk perhatikan anak-anak kalian. Elakkan memberikan permainan yang kecil-kecil untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun.
Dan jika anak-anak alami hidung berair busuk dan berhingus, samada baru atau lama (acute or chronic), pastikan bawa jumpa doktor untuk check dengan teliti. Samada terdapat barang-barang yang tak sepatutnya dalam hidung anak-anak.
Selain daripada hidung, barangan-barangan kecil seperti mata pensel yang patah dan tisu dan lain lainl juga boleh dimasukkan ke dalam telinga mereka sendiri.
Selalunya jika telinga ada jangkitan, bawalah berjumpa dengan doktor or pakar ENT untuk check dengan lebih teliti.
Tidak perlu susah-susah fikirkan terapi yang terbaik buat isteri di rumah, suami lakukan apa saja dengan ikhlas asalkan hati isteri gembira.
Perkara simple seperti ajak isteri dan anak-anak makan di luar pun mampu menjadi buat isteri yang setiap hari berdepan dengan pelbagai situasi dalam menguruskan rumah tangga.
Sebenarnya, memang penting terapi buat isteri kerana setiap hari bermain emosi lepas refresh dapatlah isteri berikan yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Suami kena faham, ajak makan dekat luar pun boleh jadi terapi buat isteri.
Bila suami bawa naik motor, naik kereta, ronda-ronda pun dia rasa seronok tak kira dah… Bila suami bawa pergi pasar malam, pasar tani, itu pun dia rasa cukup best sangat…
Suami cakap saja “Ayang, malam ini kita makan luar…”
Hati berbunga-bunga start dari pagi lagi… Buat kerja pun sambil senyum, tersengih-sengih sebab malam ini suami nak bawa makan luar…
Suami tak sampai lagi rumah, dia dengan anak-anak sudah siap dah…
Penting Terapi, Ajak Makan Luar
Itu belum lagi ajak shopping, itu belum lagi hulur duit dekat dia… Kalau yang ini pun dapat, allahu, doa untuk suami itu, dia double triple kan lagi…
Mereka perlukan suasana yang berlainan daripada kebiasaan untuk restart, reboot, refreshkan semula diri mereka untuk teruskan buat yang terbaikuntuk keluarga…
Kita orang lelaki, walaupun kita buat benda yang sama setiap hari, tapi fikiran dan perasaan kita tak kusut dan serabut macam mereka…
Apa yang kita hadap dengan apa yang mereka hadap, tak sama… Mereka lebih banyak bermain dengan emosi dan perasaan dalam perkara-perkara yang mereka buat seharian…
Letih yang berlainan, penat yang juga berlainan… Kalau kita nak bandingkan penat dan letih kita dengan mereka, apa kata jika kita buat apa yang mereka biasa buat itu untuk seminggu?
Suruh jaga anak sejam pun sudah tak tahan…
MW: Penat memang penat. Suami penat cari rezeki, isteri pula penat menguruskan rumah tangga yang kerjanya tak pernah putus. Hormatilah hak masing-masing kerana suami dan isteri memiliki tanggungjawab yang tersendiri dalam sebuah ikatan perkahwinan. Namun apa salahnya suami ambil hati isteri sebagai terapi isteri melakukan tugas sebagai isteri dan ibu dengan lebih baik.
Tak dinafikan kehadiran anak-anak merupakan penyeri, menambahkan lagi rezeki dan kebahagiaan dalam rumahtangga tak kiralah berapa pun jumlahnya. Ada pasangan suami isteri yang sanggup mencuba pelbagai kaedah dan cara demi untuk mendapatkan anak. Jika berkemampuan, memang tiada salahnya untuk memiliki anak ramai dan keluarga besar, malah lebih meriah!
Kaedah Ibu Tumpang
Seorang ibu muda berumur 23 tahun di Georgia memiliki 20 anak melalui kaedah ibu tumpang dan tidak menolak untuk menambah bilangan zuriat pada masa hadapan, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Kristina Ozturk yang mengahwini jutawan, Galip Ozturk, 57, membelanjakan wang £138,000 (RM806,657) setahun untuk prosedur mendapatkan bayi-bayi tersebut.
Mereka juga memperuntukkan £67,700 (RM395,797) setahun untuk menjaga kesemua bayi tersebut termasuk kos mengupah 16 pengasuh.
“Kami membelanjakan sekitar £3,500 hingga £4,200 (RM20,462 hingga RM24,552) seminggu untuk keperluan bayi-bayi ini.
“Saya tidak berhasrat untuk melakukan lagi kaedah ibu tumpang, sebaliknya ingin hamil secara semula jadi.
“Bagaimanapun, rancangan tersebut bukan dalam masa terdekat kerana saya ingin membina hubungan yang mesra dengan kesemua bayi ini dahulu,” ujarnya kepada akhbar The Sun.
Obses Anak Ramai
Tambah Christina, dia sangat obses dengan idea kehidupan dikelilingi anak-anak yang ramai sejak berkahwin dengan suaminya.
Sehingga kini, pasangan itu tidak pernah meletakkan sebarang had jumlah anak yang mahu dimiliki namun 100 cahaya mata adalah sasaran utama.
Mereka berdua juga sanggup membelanjakan £800,000 (RM4.4 juta) bagi menggunakan khidmat ibu tumpang untuk merealisasikan misi 100 anak mereka. Kos bagi menggunakan khidmat seorang ibu tumpang di Batumi ialah sekitar £8,000 (RM39,206) bagi setiap kelahiran.
Sementara itu, Christina berkata, mereka tidak terlibat secara langsung dengan ibu tumpang bagi mengelakkan sebarang masalah terutama ketika sesi penyerahan bayi.
Dia hanya bertindak sebagai penasihat dalam memberi cadangan berkaitan diet pemakanan dan pelan nutrisi sepanjang kehamilan ibu tumpang anak-anaknya.
Anak Sulung Usia 6 Tahun
Kristina dan Galip sebelum ini mempunyai seorang anak berusia enam tahun. Kesemua bayi yang diperoleh melalui kaedah ibu tumpang itu kini berusia dalam lingkungan empat bulan hingga 14 bulan.
“Saya melahirkan sendiri anak sulung, Vika, enam tahun lalu manakala anak-anak lain dilahirkan oleh ibu tumpang,” katanya kepada portal Newsflash.
Kristina yang berasal dari Rusia, berkenalan dengan Galip yang merupakan pengasas syarikat Metro Holding dari Turki ketika bercuti di Georgia.
Mingguan Wanita : Memang meriah bila dikelilingi anak-anak yang ramai, keluarga besar. Jika berkemampuan tiada salahnya. Namun dalam Islam, miliki anak dengan cara ibu tumpang tidak benarkan dan hukumnya haram iya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Bukan sekali kes kepala kena kipas angin, terbaru seorang kanak-kanak lelaki pula jadi mangsa disebabkan seronok bermain.
Macam kita tahu, agak gerun apabila mendengar ungkapan kecederaan di kepala kerana kita yakin dan percaya bahawa kecederaan kepala ialah suatu keadaan yang boleh membawa maut.
Ujian Allah datang dalam berbagai wajah untuk menguji kesabaran hambaNya untuk dekat dengan DIA.
Kejadian Sebelum Kena Kipas Angin
Dan ini salah satunya yang dilalui oleh keluarga waris Pasti Assalam 2017, anak lelaki yang ceria dan lasak naik atas bumbung kereta. Masa itu kipas angin di bumbung tempat parking tengah berpusing kena kepala dia hingga berdarah bersemboq ke dinding dan patah sayap kipas tu.
Dia turun sendiri dari kereta dan dapatkn ibunya yang tengah makan tengahari di dapur.
Syukur alhamdulillah, berminggu di hospital akhirnya kering dan lega dah lukanya terus boleh balik berehat di rumah.
Dia dibekalkan ubat untuk makan di rumah.
Tapi Tak Sangka Sekali Jadinya…
Baru nak baik, mungkin salah ubat atau dia memang alergi dengan ubat tu, lepas makan ubat terus badan dan mulut jadi biji-biji macam campak.
Dibawa ke hosptal kulim dan dihantar ke hospital Penang, dah tak boleh nak makan minum guna mulut. Hanya makan melalui wayar ke hidung.
Sabarlah wahai anak… ibu ayah dan ahli keluarga yang lain doakan kamu.
Bagi Yang Nak Hulur Bantuan
InsyaaAllah anak lelaki ini akan kembali baik, tetapi andai ada yang nak hulurkan bantuan pada keluarga ini seikhlas hati, boleh teruskan niat sebab ayahnya sekadar berniaga ais kiub ke kedai-kedai. Ibunya pula suri rumah.
Nombor untuk hubungi: 0194579386
Semoga diberi kesembuhan kepada anak ini lebih cepat dan segala urusan mak ayahnya dipermudahkan.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.