‘Nak Telan Makanan Pun Sukar’ Tolong Doakan Pembedahan Icha Berjalan Lancar

Tak boleh dibayangkan, bagaimana anak kecil usia setahun sembilan bulan ini melalui hari-harinya. Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan yang lebih manja dipanggil Icha ini menghidap penyakit cystic hygroma.

Iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher atau kepala bayi.

Keadaan leher yang membesar itu, menyebabkan Icha kerap terganggu tidur malamnya. Jadi tak selesa dengan lehernya sehingga Icha menangis sakit.

Icha juga kadangkala terpaksa bernafas ikut mulut.

Setiap malam, selang 15 minit.. Icha akan terjaga. Tidur semula lepas diberi susu. Begitulah sampai pagi. Nak telan makanan juga jadi sukar.

Terkini, benjolan dileher Icha makin serius. Selepas imbasan CT, saluran makanan dan pernafasan Icha makin terhimpit. Kerana keadaan leher Icha makin membesar.

Umurnya 7 Hari, Ibu Dah Perasan Kelainan Pada Leher Icha

Kata ibunya, Nur Atekah Mohd Yusof, 23, dia menyedari kelainan pada leher anaknya itu. Sebaik bersalin, dia ditahan di wad NICU (neonatal intensive care unit) di Hospital Seri Manjung selama tujuh hari.

Dari situ, Icha dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Umurnya tiga bulan, Icha disahkan ada cystic hygroma.

Kemudian, dirujuk kes anaknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

IKLAN

Kisah Icha menjadi viral dan mendapat simpati ramai pihak. Sebak membayangkan anak sekecil ini diduga hebat. Begitu juga ibu dan ayahnya, Fahme Ridzuan Zulqarnil, 28.

Kerana, keluarga kecil ini memerlukan dana untuk menyempurnakan urusan pembedahan Icha. Biarpun pihak hospital belum memaklumkan jumlahnya. Tentu bukan sedikit nilainya.

 

‘Nak Telan Makanan Pun Sukar’ Tolong Doakan Pembedahan Icha Berjalan Lancar

Pembedahan Akan Ambil Masa Lama, Berisiko.. Demi Icha Ibu Ayah Tabah Hati

Ujar ibunya, pada 21 Oktober nanti Icha akan diwadkan di HKL. Dan pembedahan mungkin dijalankan pada 23 Oktober. Apa pun, keadaan itu bergantung kepada kekosongan Unit Rawatan Rapi (ICU).

IKLAN

Pembedahan Icha nanti akan ambil masa yang lama dan berisiko. Ia boleh beri kesan pada suara dan saraf Icha. Selepas itu Icha akan ditempatkan di ICU.

Kalau pernafasan anak kecil ini kurang baik, mungkin leher dan perutnya akan ditebuk untuk bantu Icha bernafas dan makan.

Bimbang hati ibu memikirkannya. Demi Icha ibu ini tekad teruskan pembedahan.

Kalau ikutkan pembedahan akan dijalankan pada usia 2 tahum ke atas. Tapi keadaan Icha makin serius.” Pembedahan itu nanti untuk membuang cecair pada lehernya.

Mahu Lihat Icha Membesar Dengan Sihat Macam Anak Normal Lain

Bapa Icha bekerja sebagai operator kilang di Segari. Mereka ada juga membuat simpanan untuk kos rawatan dan kos ulang-alik Icha dari kampung halamannya ke Kuala Lumpur.

IKLAN

Dan pembaca, yang bersimpati dengan keadaan Icha serta mahu membantu meringankan beban keluarga ini, boleh salurkan sumbangan ke:

akaun Agrobank bernombor 2005351000103289 atas nama Nur Atekah Mohd Yusof.

Kerana, kita takkan tahu.. derma ikhlas kita itu kelak buat anak ini bahagia.

Dan seperti mana-mana ibu yang lain, Nur Atekah mengharapkan anaknya membesar sihat seperti kanak-kanak normal yang lain.

Icha ini suka berkawan dan aktif. Sedih hati ibunya bila Icha dijauhi dan dipandang pelik segelintir kanak-kanak ketika bermain di taman.

MW : Doakan kesembuhan buat Icha. Moga urusan pembedahan nanti dapat berjalan dengan lancar.

Sumber/Foto : Harian Metro, Nur Fitri Damia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI