Memang ada benarnya dalam kehidupan seringkali kita diuji untuk meningkatkan tahap keimanan dan kesabaran. Namun demikian, untuk kuatkan diri kita dalam menghadapi segala ujian dan dugaan ini, bergantunglah sepenuhnya kepada Allah SWT yang maha mengetahui segalanya. Janganlah bergantung harapan pada manusia yang akhirnya boleh membuatkan kita kecewa.
Bukan itu sahaja, ia tak cukup sekadar dengan hanya mengadu sekadar melepas rasa tetapi mesti disertai dengan tindakan mengubah keadaan untuk menjadi lebih baik.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian tip daripada Kaunselor Puan Normaliza Mahadi ini.
Langkah pertama nak kuat dalam kehidupan adalah dengan bergantung 100% kepada Allah. Hanya Allah sahaja. Tak ada lain dah.
Kedua
Lepaskan semua pergantungan kepada manusia. Manusia ni lemah. Bergantung kepada manusia akan mengecewakan. Manusia ni tak kiralah apapun perkaitan dengan diri kita. Mereka semua lemah.
Ketiga
Berjalan ke depan dan tinggalkan masa lepas. Belum ada manusia yang dapat ubah sejarah. Yang dah berlaku kita kena telan. Ambil pengajaran. Jangan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Sekali buat salah kita panggil terlanjur. Kalau dua kali bukan terlanjur lagi dah.
Keempat
Bergerak untuk mencapai sesuatu bukan bergerak sekadar nak tinggalkan masa silam. Orang yang bergerak untuk mencapai impian lebih kuat dari sekadar bergerak tanpa hala tuju.
Kelima
Ubah persekitaran mengikut kesesuaian kehidupan dan diri sendiri. Persekitaran orang menempa besi panas dan ganas. Persekitaran jual minyak wangi, tenang dan bebas. Pilihlah kesesuaian. Jangan ikut orang.
Keenam
Baca bahan bacaan yang mencerdikkan. Yang menguatkan azam. Yang memberi semangat. Yang bila kita baca jadi kuat. Bila baca lebih nekad.Antaranya AlQuran. Baca bukan sekadar khatam tapi faham. Mengaji dan mengkaji. Dan sudah tentulah Hadith sahih peninggalan Rasullulah saw.
Yang lainnya ikutlah kesesuaian. Banyak di pasaran. Dari artikel hinggalah buku penulisan.Ikutlah contoh-contoh yang melegakan dan menguatkan. Bukan orang yang masih tertinggal di zaman silam.
Senangkan.
by NM
Ads
Mak-mak semua, menghadapi dugaan tak cukup dengan hanya mengadu sekadar melepas rasa tetapi mesti disertai dengan tindakan mengubah keadaan.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat dijadikan panduan, terutamanya buat yang sedang menghadapi dugaan. Bergantung haraplah dan serahkan lah segalanya hanya kepada Allah dan lepaskan semua pergantungan kepada manusia yang membuatkan kita kecewa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Menjadi kebiasaan bila ada kawan-kawan yang berniaga sesuatu barangan atau makanan, ramai yang suka mengambil kesempatan untuk minta percuma atau harga diskaun lebih murah. Katanya nak ‘harga kawan-kawan’. Hakikatnya perlu ubah sikap sebegini. Ini kerana bukan mudah untuk bisnes mereka berjaya. Banyak jatuh bangun, ‘asam garam’ dan onak duri yang perlu ditempuhi demi sesuap nasi.
Lebih-lebih lagi, jika hanya berniaga kecil-kecilan dan baru memulakan perniagaan. Tak dapat bantu banyak, tolonglah mereka seadanya. Tak perlu minta diskaun, mahu percuma atau harga lebih murah pada barang yang diniagakan.
Jemput renungkan perkongsian daripada Mohd Hanizal ini;
Ramai yang ambil kesempatan bila tengok kawan-kawan meniaga.. Bila tengok kawan meniaga dia ingat kawan dia banyak duit kot sampai nak Free atau nak harga terlalu murah dari biasa sampai minta harga bawah dari modal.
Banyak kos yang perlu ditanggung oleh peniaga contohnya kedai makan perlu membayar kos sewa kedai, pekerja, bill air dan bermacam lagi.. Hari tidak selalunya cerah, ada hari rugi disebabkan makanan tidak habis.
Apa salahnya kita sebagai kawan yang bagi duit lebih pada kawan atau makcik yang jual kuih tepi jalan tu niat untuk membantu agar bisnes mereka semakin berkembang.. Contohnya beli barang RM4.50 kita bagi lah duit RM5.00 dan tak perlu ambi baki dengan niat bersedekah 50sen tu.
Jadi lah tangan di atas untuk membantu bukan tangan dibawah untuk menjatuhkan orang lain tanpa kita sedari.. “Orang yang berjaya adalah orang yang gembira melihat orang lain berjaya”
Duit yang tak berkat, banyak macam mana pun tak akan cukup. Hati tak akan rasa puas mengejar dunia. Dah dapat sikit nak banyak. Dah dapat banyak nak lagi banyak. Duit yang berkat, walaupun sikit Allah swt akan cukupkan.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi teguran buat kita. Bantulah kawan-kawan yang buat bisnes agar mereka lebih berjaya.Tak dapat tolong banyak, bayar harga sepatutnya tak minta percuma atau diskaun pun dah memadai.
Dalam sehari, ada pelbagai perkara yang perlu kita buat. Tidak kiralah seorang isteri, suami, orang bujang atau sesiapa sahaja. Bila difikirkan balik, rasa tidak cukup dengan masa yang ada ini.
Kata sesetengah ilmuan, ‘orang yan tidak cukup masa, adalah orang yang tidak pandai menguruskan masa’. Jadi, jangan main-main. Gunakan masa yang ada dengan perkara yang baik. Insya Allah, dengan pengurusan masa yang baik ini, tidak adalah kita katakan masa tidak cukup.
Sebenarnya, dalam sehari ada 24 jam yang kita boleh lakukan macam-macam perkara. Jika banyak masa digunakan untuk tidur, tentu kita mampu untuk lakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin.
Kena atur masa dengan sebaik mungkin. Mungkin cara yang digunakan oleh Khairul Hakimin Muhammad, boleh kita manfaatkan dan jadikan panduan bersama. Tidak semestinya ikut apa yang dia lakukan. Sekadar rujukan bersama.
Jadual saya setiap hari (mungkin ia akan berubah mengiukut keperluan lain), saya bahagikan hidup saya kepada beberapa bahagian:
Bahagian Peribadi (untuk kuatkan jiwa dan minda)
4.30am – Bangun, bersihkan diri.
4.45am – Urusan peribadi.
5.15am – Membaca dan menulis sampai subuh. Biasanya membaca 80%, menulis 20%.
6.00am – Subuh (atau ikut waktu subuh).
6.15am – Tulis checklist hari tersebut. Tulis kesyukuran hari semalam (lepas baca checklist semalam pasti banyak kesyukuran dipanjatkan).
6.45am – Senaman ringkas.
7.15am – Sarapan (kalau tak berpuasa. Kalau puasa, sahur dalam 5.15am tu).
7.20am – Telefon emak abah di kampung.
Bahagian ke-2, Kerja (Set Up Team Mindset)
7.30am – Saya akan mula hantar mesej ke team.
8.15am – Breakfast meeting dan terus pergi kerja.
6.00pm – Biasanya balik, kalau tak balik sambung kerja.
Bahagian ke-3, Keluarga
8.00pm – tengok anak isteri. Lepak.
9.00pm – duduk tengok kerja semula. Membaca / menulis. Biasanya anak isteri duk kat sebelah atau dalam bilik yang sama. Haha.
10.00pm – live atau zoom dengan DS.
11.00pm – membaca.
Bahagian ke-4, Rehat berkualiti
11.15pm atau 11.30pm – Berusaha untuk tidur.
Kalau terbangun malam, saya akan setkan sekitar 30 minit sahaja untuk berbuat apa-apa, kemudian tidur semula.
Biasanya deep sleep alhamdulillah dan tak penat walau kiraan jam tidur tak berapa cukup.
Ada masa saya terpaksa ikuti kelas dari luar negara dalam 2-3 jam (sekitar 12 malam hingga 3am) ikut waktu negara tersebut. Dan kemudian baru tidur.
Inilah, cara saya susun jadual.
Kita tak ada kuasa, Allah sahaja ada kuasa. Kita berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam.
Mind set kena kuat untuk berjaya. Minta dari Allah, Allah akan beri sesiapa yang berkehendak.
Bismillah!
Semoga bermanfaat
MW: Nak berjaya, kena berusaha lebih kuat. Sekadar, ‘hangat-hangat tahi ayam’ memang tak ke mana pun. Moga hari ini lebih baik daripada semalam.
Kebersihan dan suci diri daripada najis merupakan antara syarat sah solat.Namun mungkin ada yang terlepas pandang dengan antara adab ketika berada didalam tandas, iaitu kepentingan mengalirkan air paip pada dinding tandas. Ia bagi mengelak percikan najis dibawa bersama ketika keluar tandas.
Untuk ketahui lebih lanjut perkara ini, boleh fahamkan perkongsian daripada Ustaz Iqbal Hamzi Md Anuarsebagai rujukan kita bersama.
Di antara adab masuk tandas yang saya belajar dengan guru saya suatu masa dahulu, dan belum dapat lagi di tempat lain.Selain daripada melangkah masuk dengan kaki kiri, lipat seluar, beralas kaki (memakai selipar khas tandas).
Alirkan Air Paip Pada Dinding Tandas
Adab yang satu ini juga penting dan mungkin masih ramai yang belum biasa buat.Iaitu mengalirkan dahulu air paip pada keseluruhan dinding tandas. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri. Jangan terus halakan air ke lantai tandas, bimbang nanti terpercik pada kaki atau seluar.
Sebahagian Thoharah
Ini penting dan sebahagian daripada thoharah.Kerana kita tidak tahu bagaimana dan di mana pengguna tandas sebelum kita membuang air.Sama ada dengan cara berdiri atau duduk. Di dinding atau di lubang tandas. Dia selesaikan hajatnya dengan ilmu atau secara semberono.
Boleh jadi pada dinding itu ada percikan-percikan air najis yang kita tidak nampak (najis hukmi).Apabila air dialirkan dari bahagian dinding, automatik air tersebut akan membawa sekali najis-najis hukmi pada dinding dan lantai tandas.
Sebelum Keluar Tandas, Ulang Semula
Kemudian, selepas kita selesaikan hajat kita, sebelum keluar, ulang semula perbuatan mengalirkan air pada dinding dan lantai tandas.
Jangan Lupa Bilas Kaki
Dan jangan lupa, bilas kaki sebelum melangkah keluar daripada tandas. Sebab kita tidak mahu najis-najis yang ada dalam tandas itu kita bawa keluar.Lebih-lebih tandas rumah atau tandas masjid.
Kalau kita terbawa keluar najis tandas ke dalam rumah dan dalam masjid, bimbang. Seluruh lantai rumah atau masjid akan jadi najis, najis, najis di mana saja kita jejak.
Akibatnya, sembahyang kita dan umat Islam yang lain tidak sah.Bila sembahyang umat Islam tidak sah, ibaratnya umat Islam tidak sembahyang.
Bila umat Islam tidak sembahyang, bantuan Allah tidak datang. Umat Islam akan terus terhina di mana-mana.
Mari ambil perhatian. Wallahu a’lam..
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat kita dalam menjaga kebersihan dan kesucian diri.Lebih-lebih lagi melibatkan syarat sah solat, suci daripada najis.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...