minum air suam untuk sihat

Air yang sejuk dingin atau air suam, mana satu pilihan anda? Musim-musim panas ni pasti ramai yang lebih cenderung memilih segelas air sejuk berbanding air suam. Minum air sejuk dengan ais yang banyak sudah semestinya lebih mengujakan dan dapat memberi kesegaran kepada kita setelah meminumnya.  Tetapi mungkin ramai yang tak sedar, minum air suam berikan lebih banyak kebaikan untuk kesihatan kita.

Dalam badan seorang dewasa terdapat antara 50% hingga 60% air. Cecair yang ada dalam badan kita sangat penting untuk kesihatan dan ia juga bertindak supaya badan dapat berfungsi dengan baik.  Tak dinafikan memang sukar nak buat pilihan antara air sejuk atau air suam, tapi bagi menyelesaikan kebuntuan itu, jom baca kebaikan air suam dan kekurangan air sejuk dingin untuk badan anda.

Biasanya, kita akan minum air panas atau suam bersama dengan kopi atau teh. Ia lebih enak dinikmati dengan suhu yang panas dan suam, tetapi sebenarnya ada banyak manfaat lain jika kita minum air kosong suam yang mungkin kita tak tahu.

Air sejuk memang akan memberikan rasa nyaman kepada tekak kita apabila diminum pada musim panas. Badan pun mungkin rasa segar sekejap setelah minum seteguk air sejuk dingin. Walau bagaimanapun beberapa perkara di bawah ini mungkin boleh buat anda bertukar fikiran dan memilih sesuatu yang lebih baik untuk kesihatan anda.

AIR PANAS/SUAM

AIR SEJUK

1. Ia menyahtoksikan badan anda

Minum air suam terutamanya pada waktu pagi, akan membantu anda mengeluarkan toksin dalam badan yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit. Untuk kesan yang lebih kuat, tambahkan sedikit lemon ke dalam air suam, vitamin C akan memulihkan sel-sel manakala air suam akan menyahtoksik badan anda.

1. Menganggu sistem pencernaan anda

ketika anda meminum air sejuk, saluran darah akan mengecut. Hal ini akan menyebabkan sistem penghadaman anda sedikit terganggu. akibatnya anda mungkin mengalami gangguan perut, sakit perut dan juga sembelit.

IKLAN

2. Melawan kesakitan

Air suam terbukti dapat melegakan kesakitan yang disebabkan oleh haid dan sakit kepala. Ia meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan aliran darah. Jika anda mengalami kekejangan, anda juga harus minum air suam, kerana ia akan membantu melegakan otot-otot yang sempit.

2. Menyerap tenaga pada badan

Badan menggunakan tenaga tambahan untuk memanaskan air sejuk yang diminum. Inilah sebabnya mengapa kita tidak digalakkan minum air ais melainkan anda ingin berasa letih dan tidak dapat menyelesaikan tugas harian dengan baik.

3.Mengurangkan Tekanan

Cuba minum segelas air panas atau suam apabila anda berasa tertekan. Ia akan membantu fungsi sistem saraf pusat dengan betul sekaligus dapat mengurangkan tekanan yang anda alami.

IKLAN

3.Ia melambatkan kadar denyutan jantung

Minum air sejuk boleh menyebabkan penurunan kadar denyutan jantung kita. Ia merangsang saraf vagus, yang membentuk bahagian penting sistem saraf autonomi badan. Suhu rendah air bertindak sebagai rangsangan untuk saraf vagus menurunkan kadar denyutan jantung.

4. Membantu menurunkan berat badan

Minum air boleh membantu anda menurunkan berat badan, tetapi jika anda minum air suam, metabolisme anda akan diaktifkan sepenuhnya. Air suam meningkatkan suhu badan dan sementara badan anda cuba mengimbangi perbezaan suhu, kalori mula terbakar.

4.Lendir dalam badan bertambah

IKLAN

Minum air sejuk boleh menyebabkan lendir dalam badan anda bertambah. Sistem imun anda merosot dan ia boleh membawa kepada banyak keadaan yang tidak menyenangkan seperti hidung berair hinggalah penyakit yang serius.

5. Meningkatkan peredaran darah

Air sejuk diketahui menutup vena anda sementara air suam membantu aliran darah dengan bebas. Aliran darah yang sihat diketahui mempengaruhi banyak aspek tubuh anda, dari tekanan darah hingga risiko penyakit kardiovaskular.

6. Membantu sistem penghadaman

Ramai di antara kita mengalami masalah sembelit. Dehidrasi adalah salah satu penyebab sembelit yang paling biasa, jadi air, pada umumnya, merangsang perut. Air suam terbukti lebih berkesan dalam mengurangkan masalah sembelit yang biasa dialami.

7. Awet muda

Penuaan awal adalah salah satu mimpi ngeri yang paling buruk bagi wanita. Selain itu, peningkatan kadar toksin dalam badan wanita boleh menjadikan mimpi ngeri ini menjadi kenyataan. Air suam boleh membantu badan anda membersihkan toksin.

Nak Cantik Jelita Sampai Tua? Boleh Amalkan Minum Air Suam Dari Sekarang

Pilihan di tangan anda, bukan bermakna anda peminum air sejuk yang tegar itu tidak sihat, cuma dengan meminum air suam, mungkin kesihatan anda akan bertambah baik disamping anda dapat menikmati kebaikan yang lain.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI