Uncategorized

Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah Kes Amang Seksual Fizikal Terhadap Remaja Perempuan 17 Tahun “Bertekad Untuk Membersihkan Nama”

Share

Naim Daniel mengaku tidak bersalah kes amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan 17 tahun. Penyanyi dan pelakon Naim Daniel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun tujuh bulan di sebuah hotel di Petaling Jaya, pada 19 Mei lalu.

Seperti mana dilaporkan Sinar Harian, Naim Daniel menyerahkan kepada proses keadilan bagi membersihkan namanya.

Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah

Pemilik nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin menyatakan pertuduhan yang dikenakan itu sesuatu yang berat dan mengejutkan.

“Saya baru sahaja didakwa atas satu pertuduhan yang berat. Saya faham ramai yang mempunyai persoalan dan perkara ini memang mengejutkan sesetengah pihak.

“Buat masa ini, saya tidak mahu mengulas panjang kerana tidak mahu sebarang kenyataan mengganggu perbicaraan nanti.

“Saya serahkan segala-galanya kepada sistem keadilan dan saya bertekad untuk membersihkan nama saya. Saya juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik,” kata Naim.

Untuk pengetahuan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Prosiding yang berlangsung secara tertutup pagi tadi dijalankan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.

Tenang & Tak Melatah

Mengulas mengenai kesihatannya, Naim menyatakan dirinya dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, saya sihat. Sekarang saya fokus kepada kesejahteraan diri sahaja. Saya tenang dan tidak melatah,” ujarnya lagi.

Sumber : Sinar Harian

Baca Disini: Budak Perempuan 9 Tahun Kes Termuda Lahir Anak Luar Nikah, Mangsa Seksual Abang Sendiri!

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

Published by
Norhayati Suboh