Nahas FRU, anak umur 12 tahun imamkan solat jenazah bapa. Dalam suasana penuh sebak dan ketabahan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mengimamkan solat jenazah bapanya yang terkorban dalam nahas membabitkan lori dan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Nahas FRU, Anak Umur 12 Tahun Imamkan Solat Jenazah Bapa
Rakaman detik menyayat hati itu dimuat naik di TikTok oleh ahli keluarga mangsa, menunjukkan Amirul Firdaus, anak sulung kepada Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri, berdiri gagah sebagai imam di hadapan jenazah ayahnya. Walaupun masih muda, Amirul melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh tenang dan hormat.
“Mamateh bangga dengan Abang Amirul. Baru 12 tahun tapi dah boleh jadi imam untuk jenazah abah sendiri,” tulis salah seorang ahli keluarga dalam hantaran tersebut. “Insya-Allah, Amir, anak-anakmu kuat… Abang Amirul akan jaga ibu dan adik-adiknya.”
Tragedi menyayat hati itu berlaku pada pagi Selasa apabila sebuah kenderaan FRU bertembung dengan lori membawa muatan batu di Jalan Chikus, Sungai Lampam, Teluk Intan sekitar jam 8.30 pagi. Insiden tragis itu meragut sembilan nyawa anggota polis.
Ads
Mereka yang terkorban ialah Sarjan S. Perumal (44), Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim (46), Koperal Mohd Pozli Jaudin (41), Koperal Nurit a/l Pandak (34), Koperal Amiruddin Zabri (38), Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan (38), Koperal Muhamad Akmal Muhamad (35), Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif (33), dan Konstabel Akmal Wafi Annuar (28).
Dalam luahan penuh emosi, isteri Allahyarham, Norazian Mohd Joned, 38, berkata suaminya sangat menantikan kehadiran anak perempuan selama 10 tahun. Kegembiraan menyambut cahaya mata perempuan akhirnya menjadi kenangan yang cukup memilukan.
Ads
“Arwah sangat teruja bila kami dapat anak perempuan selepas sekian lama. Tapi sekarang, dia dah tiada bersama kami,” ujarnya dalam nada sedih.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang anak – Amirul Firdaus, 12; Amirul Asyraf, 11; dan si bongsu, Amira Sofea yang baru berusia setahun. Pemergian Allahyarham bukan sahaja meninggalkan kekosongan besar dalam keluarga, malah turut mengundang simpati ramai rakyat Malaysia.
Mayat tiga beranak ditemui mereput di dalam rumah, anak lelaki autistik. Tiga mayat yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal di sini pada Selasa.
Mayat Tiga Beranak Ditemui Mereput Di Dalam Rumah, Anak Lelaki Autistik
Difahamkan, laporan mengenai kejadian diterima daripada salah seorang jiran mangsa sekitar jam 5 petang selepas terhidu bau busuk di kawasan perumahan berkenaan.
Pemeriksaan lanjut oleh sepasukan polis ke rumah tersebut menemukan ketiga-tiga mangsa dalam keadaan telah meninggal dunia.
Seorang jiran yang ditemui memaklumkan bahawa rumah itu didiami oleh pasangan suami isteri dan seorang anak lelaki autistik berusia lingkungan 30-an.
“Jumaat lepas dia datang ke rumah saya untuk beri makan anjing. Selepas itu saya tidak nampak dia lagi. Saya sangka mereka tiada di rumah atau berada di luar kawasan. Kali terakhir berjumpa dengan mereka ialah pada Jumaat lalu.
“Hinggalah petang tadi, jiran sebelah rumah mereka menghubungi polis selepas menghidu bau busuk dari rumah berkenaan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima maklumat orang awam berkaitan bau busuk dari rumah berkenaan yang berkunci.
“Bertindak atas maklumat itu, pihak polis dan bomba telah ke rumah berkenaan dan memotong kunci mangga pagar rumah terbabit. Pemeriksaan kemudian menemukan tiga mayat dalam keadaan mereput di dua bilik tidur.
“Siasatan mendapati ketiga-tiga mayat adalah ahli keluarga terdiri daripada seorang lelaki berusia 61 tahun, isterinya 59 tahun dan anak lelaki mereka berusia 30 tahun,” menurutnya dalam kenyataan.
Mohamad Hatta berkata pemeriksaan forensik menemukan kesan torehan pada lengan kanan anak lelaki pasangan itu manakala mayat ibu bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda yang mencurigakan.
“Turut ditemui empat pisau terdapat kesan darah dipercayai digunakan semasa kejadian serta pelbagai jenis ubat yang telah digunakan di atas meja ruang tamu rumah tersebut,” katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.
Senaman, salah satu cara yang kita lakukan untuk kekal sihat dan bertenaga. Da macam-macam jenis senaman. Tapi yang trending di China sekarang adalah senaman merangkak seperti buaya.
Boleh dikatakan senaman ini menjadi trending di China kerana ia membantu melegakan sakit belakang. Tak mustahil orang China memegang kunci hidup yang lebih baik dengan melakukan senaman merangkak seperti buaya.
Latihan itu telah dipopularkan oleh kumpulan senaman di sebuah gunung di timur China. Ia menggelarkan diri mereka sebagai ‘Kumpulan Buaya’ yang mempunyai 1000 ahli.
Penduduk tempatan di Gunung Xiangshan, Jiangsu, berkumpul di trek larian di zon pelancongan, semuanya bergerak sebagai satu melalui merangkak reptilia.
Dikatakan kumpulan senaman ini terdiri daripada anggota yang aling tua berumua hampir 70 tahum. Mereka merangkak macam buaya sambil memakai pakaian seragam dan melaungkan ikrar dalam usaha untuk melegakan sakit belakang.
Malah jurulatih kumpulan itu, Li Wei, mengatakan dia sendiri dapat manfaat daripada senaman merangkak buaya ini. Ini kerana sebelum ini dia mempunyai masalah herniated disc. Selepas melakukan senaman ini selama 8 bulan, dia tidak lagi merasa sakit.
Biasanya, sebelum ini orang akan merasakan senaman yang standard seperti berjalan, berlari dan berenang boleh memberi kesan. Namun, satu lagi senaman intensif yang patutu mendapat pengikhtirafan untuk semua peringkat umur ialah Crocodile Crawl.
Senaman Crocodile Crawl boleh mengurangkan tekanan, membantu untuk hidup lebih lama dan masa yang sama membantu untuk mendapatkan postur badan, menguatkan pinggul dan punggung.
Cara latihan merangkak buaya:
1. Mulakan dengan menyediakan kedudukan tekan tubi
2. Angkat tapak kaki, ketatkan perut dan angkat pinggul
3. Berjalan dengan tangan anda sambil kaki anda mengikuti di belakang semasa anda maju ke hadapan
5. Sentiasa berunding dengan doktor atau pakar perubatan sebelum memulakan senaman baharu – terutamanya jika anda mempunyai masalah kesihatan atau hamil.
Mingguan Wanita : Lepas ni trending kat Malaysia la pulak.
Anak aktif itu juga satu ujian bagi mak-mak. Setiap kali ke rumah saudara mara, anak-anak sering kali jadi tumpuan. Mana taknya, asyik berlari ke hulu ke hilir. Sekali ditegur, duduk diam. Tak sampai 5 minit berlari lagi. Argh! Peningnya!
Mempunyai anak-anak yang aktif memang sangat mencabar. Namun, mak ayah jangan hanya tahu hendak marah dan pukul anak saja. Pada usia 4-6 tahun, anak-anak gemar bereksplorasi.
Kena pandai mengkaji dan mengenal tingkah laku anak sendiri. Sebagai ibu bapa, belajarlah agar anda tahu tangani mereka. Tahu apa kelemahan mereka.
Gunakan pendekatan psikologi untuk mengawal anak-anak. Kalau anda gunakan pendekatan pukul, bukan anak yang sakit, emosi anda pun akan sakit juga.
Sebab itu, al-Quran bekalkan panduan mendidik anak yang tak reti duduk diam ni. Ada doa-doa yang boleh diamalkan oleh mak ayah agar anak anda yang terlebih aktif itu membesar jadi anak yang hebat.
1. Al-Fatihah
Sebagai satu senjata untuk merangsang daripada melakukan sebarang masalah.
2. Ayat Qursi
Untuk menghalau iblis & syaitan. Doa ini juga boleh dibaca untuk menghindarkan anasir negatif yang masuk ke dalam badan anak yang menyebabkan mereka degil atau tak mendengar kata.
3. Surah Alam Nasyrah
Nabi juga menasihatkan Ali supaya membaca surah ini utk menerangkan hati dan mudah ingat. Dan ia dibacakan kepada anak supaya mereka kurang degil dan lembut hati.
4. Surah Adh-Dhuhaa 1-5
Untuk anak yang malas sembahyang, degil, suka bergaduh dan tension. Inilah surah untuk anak menjadi soleh dan solehah, lembut hati dan mendengar nasihat.
5. Doa Nabi Daud
“Ya Allah lembutkan bagi (nama anak) hati sebagaimana Kau lembutkan besi bagi Nabi Daud”.
6. Surah Al-Anbiyaa ayat 69
Untuk anak-anak yang liat hendak sembahyang & doa yg paling mustajab ialah surah Ibrahim ayat 40, bermaksud “Ya Allah jadikan aku dan anak-anakku orang yang mendirikan solat”.
7. Doa Manzzill
Kombinasi ayat al-Quran yang telah diajar nabi pada para sahabat kemudian ditulis oleh ulama.
Mak-mak kenalah cuba amalkan doa-doa ini demi kebaikan permata hari yang cukup disayangi. Sebabnya Doa mak tu memang makbul!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!