Kekeluargaan

Nafkah Sangkut, Tapi Suara Dalam Rumah Paling Kuat & Banyak Bunyi!

Share
Sakit hati kalau dengar cerita pasal nafkah sangkut dalam rumah tangga. Sudah lah tidak bekerja, kuat membuta. Makan duit bini pula tu. Inilah realti sesetengah pasangan suami isteri apabila sudah bertahun kahwin.

Nafkah Sangkut

 

Mula-mula kahwin, ayat dia manis. “Kita susah senang sama-sama.” Isteri pun percaya, sebab bila perempuan dah sayang, kau mintak private jet pun dia beli.
Tapi lama-lama, susah senang sama-sama jadi pelik. Yang susah isteri. Yang senang dia. Isteri bayar bil, fikir makan anak, settle rumah, dia pula duduk macam tetamu kehormat dalam keluarga sendiri.
Bila ditanya nafkah, dia kata belum ada rezeki. Bila ditegur kerja, dia kata tengah usaha. Masalahnya usaha dia macam parcel hilang dekat hub. Status bergerak, barang tak sampai-sampai.
Paling win, duit tak ada tapi ego nombor satu. Nafkah sangkut, tapi suara dalam rumah paling kuat. Tanggungjawab lembap, tapi bab minta dihormati, laju macam pelesit.
Isteri bantu suami itu mulia. Tapi bila bantuan isteri jadi rutin, bila duit isteri dianggap hak bersama, bila pengorbanan isteri dianggap kewajipan, itu bukan rumah tangga. Itu premium subscription kepada lelaki pemalas.

Tapi Suara Dalam Rumah Paling Kuat & Banyak Bunyi!

 

Ramai isteri bukan berkira. Mereka cuma penat jadi isteri, ibu, pekerja, bendahari, penyelamat, dan akhirnya jadi bank tanpa faedah untuk lelaki yang pandai bagi alasan.
Nafkah bukan hadiah. Nafkah bukan kalau ada lebih baru bagi. Nafkah bukan ikut mood. Kalau suami betul-betul susah, isteri boleh faham. Susah betul takpe, dia jangan susah lepas tu menyusahkan pula.
Kalau kau baca sampai sini dan rasa macam sedang baca kisah sendiri, malam ni jangan gaduh dulu. Jangan sound dia dulu. Jangan menangis dulu.
Buka app bank. Tengok transaksi 3 bulan terakhir. Screenshot. Simpan bukti.
Sebab kadang-kadang, isteri yang nampak diam itu bukan lemah. Dia cuma sedang kumpul cukup bukti sebelum berhenti jadi penaja rasmi lelaki yang tak rasa bersalah.
Apa pun, buat wanita di luar sana yang sedang mencari kekuatan untuk bangkit, teruskan mencari jalan keluar. Jangan terlalu selesa dipijak-pijak, anda berhak bahagia!
Published by
Nadia Mohamad