Nad Zainal beli baju raya RM80,99, tak kisah tentang jenama janji lawa. Biar bergelar pelakon, pelakon Nad Zainal menerima pujian ramai pengikutnya apabila berkongsi membeli persiapan baju raya baik untuk dirinya dan keluarga pada harga di bawah RM100.
“Tahun ini misi adalah mencari pakaian raya yang murah dan cantik sebab sekarang semua harga RM200 lebih, RM300 dan RM500 pun ada.Baju raya saya tahun ini memang semua di bawah RM100 dan kalau boleh bawah RM80.
“Biar ikut bajet, jangan sampai papa sebab nak bergaya,” kata Nad menerusi platform instagramnya.
Menerusi hantaran berikutnya di threads, Nad berkongsi baju raya potongan kebarung yang sudah pun ditempah secara atas talian yang dibeli pada harga RM80.99 sahaja.
Ads
“Ini baju raya kita awak, murah kan? Tak percaya ke? Percayalah sebab saya sangat kedekut.
“Misi nak berjimat tahun ini, nak menyimpan untuk anak-anak, tuisyen dan sebagainya. Jenama murah-murah. Apa yang penting kena lawa. Soal jenama tolak ke tepi,” katanya.
Ads
Apa pun, Nad yang juga ibu kepada tiga orang anak akui enggan membazir dan sikap bersederhananya ini mendapat pujian pengguna malah ramai yang mengikut jejak langkahnya bersederhana tahun ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kes bunuh suami isteri di bilik tidur selesai, guru besar alami kemurungan sejak pindah ke sekolah baru. Kejadian tragis suami isteri ditemui mati dalam bilik tidur di Sri Aman, Sibu dalam kejadian 14 Januari lalu kini terjawab.
Bukan kecurian atau rumah dimasuki orang asing sebaliknya kemurungan dikenal pasti punca pembunuhan melibatkan Andy Roy Anak Junran, guru besar di SK Bangkli dan isterinya, Angelin Kibin yang bertugas di Hospital Sri Aman.
Memetik laporan Berita Harian, hal ini dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah. Beliau berkata, berdasarkan keterangan keluarga, kawan dan rakan sekerja, lelaki itu yang juga guru besar dikatakan mengalami kemurungan sejak bertukar ke sekolah di Lubok Antu, Sri Aman.
“Laporan kimia terhadap senjata tajam yang digunakan dalam kejadian itu juga tidak menemui asid deoksiribonukleik (DNA) asing. Hanya DNA kedua-dua mangsa ditemui pada senjata tajam itu, justeru rumusan yang kita boleh buat ialah pembunuhan itu hanya membabitkan pasangan suami isteri berkenaan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Padang Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri berusia 45 dan 44 tahun ditemui meninggal dunia dengan kecederaan serius pada tubuh mereka di sebuah rumah di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman di mana anak mangsa menemui ibu bapa mereka dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidur utama.
Polis yang menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan pasangan terbabit yang tidak sedarkan diri pada jam 6.55 pagi.
Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bersama pegawai perubatan dari Hospital Sri Aman segera dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat itu.
Pemeriksaan awal mengesahkan kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun yang bertugas sebagai guru besar dan isterinya berumur 44 tahun, seorang jururawat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mohamad Zainal berkata, sepanjang siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, polis merakam keterangan 30 saksi dalam kalangan ahli keluarga, jiran, kawan serta rakan sekerja kedua-dua mangsa.
Selain itu, beliau berkata, polis turut merakam keterangan pakar patologi yang melaksanakan proses bedah siasat mayat kedua-dua mangsa.
“Apa yang boleh kami simpulkan, kes itu sudah selesai kerana siasatan di lokasi kejadian tidak menemui kesan pecah rumah atau barangan hilang jika ia kes samun.
“Polis kini hanya menunggu keputusan pemeriksaan forensik telefon bimbit kedua-dua mangsa dan laporan itu nanti mungkin membolehkan kami mengetahui lebih lanjut motif sebenar kejadian itu selain kemurungan,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tiga beradik bergelar yatim piatu, ibu & ayah meninggal dilanggar ketika beli kelengkapan sekolah. Awal persekolahan tahun ini memberikan berita sedih buat tiga beradik apabila ibu dan ayah mereka terkorban dalam satu kemalangan jalan raya tragis di Jalan Tamparuli–Ranau berhampiran Kampung Koporingan dalam kejadian 9 Januari lalu.
Dalam kejadian menyayat hati itu sepasang suami isteri berasal dari Kampung Bongol, Mustofa bin Toyib dan Nur Shilla binti Abdullah, disahkan meninggal dunia selepas motosikal yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Dari video dashcam yang tular, jelas pemandu Ford Ranger Raptor ini yang bekerja sebagai arkitek jelas memasuki laluan bertentangan untuk memotong kenderaan di hadapan sebelum merempuh pasangan suami isteri ini di satu selekoh sehingga mengakibatkan kedua-duanya meninggal di lokasi kemalangan.
Sangat meruntun perasaan, pasangan suami isteri ini dikatakan dalam perjalanan ke pekan Tamparuli bagi membeli keperluan persekolahan anak-anak mereka pada hari kemalangan tragis ini terjadi. Niat baik seorang ibu dan ayah untuk memenuhi keperluan anak-anak memasuki alam persekolahan dengan tragedi, meninggalkan tiga orang anak berusia 17, 12 dan 7 tahun yang masih bersekolah sebagai yatim piatu.
Kini, anak-anak tersebut terpaksa melangkah ke alam persekolahan tanpa pelukan, doa dan bimbingan ibu bapa satu kehilangan yang bukan bersifat sementara, tetapi akan mereka tanggung sepanjang hidup.
Dalam satu perkongsian Marysia Joannes iaitu adik kepada arwah Nur Shilla binti Abdullah @Sila Joannes di media sosialnya, jelas Marysia mereka sekeluarga menuntut keadilan buat anak-anak arwah.
7 HARI BERLALU, KEADILAN MESTI DITEGAKKAN
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri meninggal selepas tiga bulan diuji pemergian anak akibat jantung bengkak, lelaki akui hati rasa kosong & berat. Tiada apa yang lebih memilukan saat diuji dengan pemergian insan dikasihi.
Bukan seorang tapi berdua hanya berselang tiga bulan dan kedua-duanya atas asbab yang sama iaitu jantung bengkak. Kesunyian dilalui oleh Wan Fawwaz Aiman Wan Nazdi, 27 selepas diuji bermula dengan anak tunggalnya, Wan Hayder Rizq Wan Fawwaz Aiman akibat jantung bengkak, tiga bulan kemudian isterinya, Nur Hafizah Mohamad Nasir mengikut jejak anak kesayangan mereka meninggalkan dirinya keseorangan.
Dirinya harus akur menerima takdir yang tertulis bahawa dirinya perlu menjalani kehidupan sendiri apabila kedua-dua insan dikasihinya pergi berselang tiga bulan. Takdir yang berat kerana kehilangan dua insan belahan jiwanya.
Lebih memilukan, saat sebelum isterinya dijemput Illahi, arwah yang berusia 27 tahun sering memuat naik video kenangan bersama anak syurga mereka termasuk menyatakan kerinduan terhadap Wan Hayder sebelum mengikut jejak anaknya itu asbab masalah sakit yang sama. Jenazah ibu dan anak itu juga disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Kamloon, dekat sini.
Memetik laporan Harian Metro, berkongsi kisahnya, Wan Fawwaz Aiman yang bekerja sebagai eksekutif kawalan kualiti mengakui berat untuknya menerima hakikat pemergian anak dan isterinya dalam jarak waktu yang dekat.
“Rasa kosong dan gelap dunia ini bila isteri tinggalkan saya (meninggal dunia) kelmarin. Pandangan saya kosong sampai kalau orang nak marah, puji, nak bagi duit pun tak rasa apa.
“Awalnya susah nak terima kerana Oktober lalu, saya kehilangan anak ketika usianya baru setahun enam bulan selepas hampir setahun menderita akibat jantung bengkak.
“Kelmarin, isteri pula meninggalkan saya tapi bila keluarga pujuk, saya cuba reda dan berdamai dengan takdir.
“Pemergian mereka mudah kerana tak sakit lama. Sebelum ini, arwah isteri selalu cakap rindu Hayder (nama panggilan anak) dan nak jumpa anak…arwah kata tunggu ibu sampai dan kini dia pun sudah pergi bersama anak kami.
“Sedih kerana kami sudah siapkan sudut permainan untuk anak tapi ketika masih ada, anak hanya dapat tengok saya tapi tak sempat bermain kerana tak larat ,” katanya kepada Harian Metro.
Berkongsi kenangan terakhir, Wan Fawwaz Aiman berkata, dia dan isteri sempat keluar makan sehari sebelum Allahyarham Nur Hafizah meninggal dunia
Katanya, isterinya nampak berbeza kerana hanya mengikut keinginannya untuk makan di luar dan tidak membantah kerana sebelum ini, Allahyarham suka mengingatkan untuk berjimat.
“Arwah okay tapi nampak lain kerana ikut saja apa saya nak dan waktu kami makan char kuey teow, dia mengadu sakit dada.
“Sakit itu masih tak hilang selepas kami tiba di rumah dan arwah sempat minta tolong saya dengan ibu untuk urutkan badannya.
“Bila diajak ke hospital dia tak mahu tapi keesokannya dalam jam empat pagi, arwah bangun dan beritahu nak ke hospital. Kemudian saya beritahunya nak cuci muka dulu… ketika dalam tandas, saya dengar bunyi daripada luar dan bila keluar, isteri sudah rebah.
“Saya terus hubungi ambulans dan isteri disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital kira-kira jam 5 pagi tapi sebenarnya dia sudah tak bernyawa ketika dalam ambulans lagi,” katanya.
Wan Fawwaz Aiman berkata, dia dan isteri sepatutnya ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada Julai nanti.
Bagaimanapun, hasrat Nur Hafizah tidak kesampaian walaupun sangat teruja untuk ke Tanah Suci.
“Awalnya isteri tak yakin nak pergi kerana katanya banyak dosa tapi akhirnya dia yang teruja. Malam sebelum meninggal dunia pun, isteri beritahu tak mahu sakit lagi kerana nak buat umrah dulu dan minta janji dengannya jangan kahwin lagi jika terjadi apa apa.
“Tak sangka itu menjadi antara perbualan terakhir kami sebelum arwah meninggalkan saya buat selamanya,” katanya
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ingin bayar PTPTN guna KWSP? Ketahui syarat kelayakan, langkah permohonan dan perkara penting sebelum membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk bayaran pinjaman pendidikan.
Ramai peminjam PTPTN...