Nabila Razali mohon maaf. Terbaru menerusi hantaran yang diberikan oleh wakil penyanyi dan pelakon Nabila Razali membuat permohonan maaf menerusi kenyataan media berhubung isu memandu kereta dengan Lesen Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.
Nabila Razali Mohon Maaf
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, Januari lalu.
Susulan itu, Nabila, 31, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman, 58, didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, hari ini.
Nabila Enggan Panjangkan Isu
Sehubungan itu, Nabila yang juga penyanyi lagu Tangis enggan memanjangkan isu itu dan memohon orang ramai tidak mensensasikan perkara itu.
Ads
“Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.
“Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).
“Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia.
“Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Nabila sebagai pemilik kereta didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Ads
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sempena sambutan ulang tahun kelima WonderLab dan WonderDewi, acara Pop-Up sementara diadakan di The Starhill Bukit Bintang selama empat hari bermula hari ini dari 10 pagi hingga 10 malam sehingga 1hb September 2024.
Pastinya acara ini menjanjikan satu keajiban di mana melangkah saja masuk ke pop-up WonderLab dan WonderDewi anda akan terpukau dengan tawaran menarik yang disediakan. Jadi beramai-ramailah hadir dunia di mana produk kecantikan boleh dibeli seakan barangan runcit di WonderLab 5bulous Anniversary Pop-Up, direka untuk memukau, menginspirasi, dan memperkasakan pengunjung untuk ‘Be Iconic’.
Membeli belah berlatar belakangkan pemandangan di tengah ibu kota Kuala Lumpur iaitu di Bukit Bintang, pengalaman pasar runcit yang memikat, dan bertenaga ini direka khas untuk menyambut ulang tahun ke-5 WonderLab dan WonderDewi.
Sempena sambutan ulang tahun mereka yang kelima, WonderLab dan WonderDewi telah memperbaharui siri penjagaan kulit mereka dengan memperkenalkan dua barisan produk wajah baru dan rumusan yang diperhalusi.
Dirumus khas untuk rakyat Malaysia dan cuaca Malaysia, WonderLab dengan siri WonderLab Ageless Pre-Ageing, menawarkan produk pra-penuaan terkini untuk kulit yang tampak lebih muda dan tegang, manakala WonderDewi pula dengan siri WonderDewi Cica, memudahkan penjagaan kulit bagi pengguna baru dengan produk yang melegakan, mencerahkan, dan menghidrasi kulit.
Sewaktu pelancaran tengahari tadi, Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab | WonderDewi, Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe) dirinya begitu teruja dengan hadirnya siri terbaru WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica.
“Sempena sambutan ulang tahun kelima ini, kami teruja berkongsi siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica yang diperbaharui ini.
“Kedua-dua barisan produk yang baru dilancar kini sedia untuk merancakkan pasaran dengan rumusan terbaru yang mustahil tanpa teknologi paling terkini, sekali gus menyampaikan solusi kecantikan dan kesejahteraan yang transformatif kepada rakyat Malaysia.
“Pelancaran hari ini juga menggariskan komitmen kami yang berterusan untuk meluaskan lagi kebolehan inovasi dan kecemerlangan kita. Kemajuan kami selama lima tahun adalah bukti semangat dan dedikasi kami untuk menerokai potensi evolusi kecantikan dan mencipta produk kecantikan dan kesejahteraan yang lain dari yang biasa.
“Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing terus menawarkan solusi penjagaan kulit yang berprestasi tinggi, manakala siri WonderDewi Cica terus menyediakan pilihan yang efektif dan berpatutan untuk pengguna yang lebih muda. Bersama, kedua-dua barisan produk ini direka dengan teliti untuk menjadi teman penjagaan kulit melalui semua peringkat hidup, dari pengguna yang baru berjinak dengan dunia penjagaan kulit, kepada peminat penjagaan kulit yang lebih arif. Seterusnya, kami sangat bersemangat untuk terus berinovasi dan mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dengan tawaran penjagaan kulit yang berprestasi dan senang diterima pakai, supaya mereka akan terinspirasi untuk ‘Be Iconic’,” kongsi Encik Hoe.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing merupakan formulasi terkini pra-penuaan yang menyediakan ‘Trio Youth Effect’ iaitu ketegangan, keanjalan, dan kecerahan. Walaupun siri ini masih lagi menampilkan formulasi unik Trio Black ComplexTM yang terdiri daripada kacang hitam, beras hitam, dan bijan hitam, bahan-bahan tersebut kini dipetik dari Pulau Jeju di mana ia dipupuk di dalam keadaan pulau yang bersih dan tanah gunung berapi yang penuh dengan zat mineral. Siri yang baru dilancarkan ini juga menggunakan sains terkini untuk memanfaatkan kekayaan semula jadi Jeju melalui proses pengekstrakan terbaru yang mesra alam, Hyalsquiz™, yang boleh memetik sel tumbuhan secara terus sambil meningkatkan kesan kelembapan bahan-bahan tersebut.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing menampilkan Toner Essence Niacinamide (Niacinamide Toner Essence), yang menawarkan kebaikan toner dan esen 2-dalam-1 untuk memudahkan rutin penjagaan kulit, di mana 91% pengguna mendapati kulit lebih tegang selepas 2 minggu, 100% melihat keanjalan lebih baik dalam 4 minggu, dan 91% mendapati keserian kulit segera dalam masa 3 minggu. Ia juga mengandungi Masker Tidur Black Ginseng (Black Ginseng Sleeping Mask) yang mencergaskan dan memberi tenaga kepada kulit semalaman, meningkatkan peredaran darah dan kolagen, serta memastikan kulit muka segar di pagi hari, bersama Pembersih Muka Grapeseed Oil (Grapeseed Oil Cleansing Balm), Pelembap Muka Resurrection Plant (Resurrection Plant Moisturiser), dan Tone Up Pelindung Matahari Zinc Oxide (Zinc Oxide Tone Up Sunscreen).
Siri WonderDewi Cica pula direka sebagai perkenalan yang praktikal bagi mereka yang baru bermula untuk memakai produk penjagaan kulit. Set 4-serangkai ini menawarkan rutin yang mudah dan efektif bagi pengguna baru, menjadikan asas yang kukuh bagi kulit muka yang sihat. Dirumus khas untuk cuaca di Malaysia, siri WonderDewi Cica yang baru dilancarkan ini mengandungi Tecamin-CTM, sejenis Cica yang diperkaya dengan Vitamin C semula jadi yang ditumbuh dengan teliti menggunakan teknik penanaman terkini. Dengan gabungan khasiat Cica dan Vitamin C, siri ini memberikan hidrasi yang melegakan dan meningkatkan seri muka untuk memenuhi keperluan kulit wajah tempatan. Jelas sekali pilihan praktikal bagi sesiapa yang ingin memulakan rutin penjagaan kulit yang efektif dan mudah.
Siri WonderDewi Cica menampilkan Pelembap Prebiotik (Prebiotic Moisturiser), diperkaya dengan prebiotik dan Tecamin-CTM, yang menyegarkan dan mencergaskan kulit dengan segera, mengimbangi mikrobiom, serta mengawal sebum dan keradangan untuk kulit muka yang lebih cerah. Siri ini juga menampilkan Pembersih Muka Asid Amino (Amino Acid Cleanser), Toner Hyaluronic (Hyaluronic Toner), dan Pelindung Matahari Niacinamide (Niacinamide Sunscreen), yang melengkapkan lagi keperluan asas rutin penjagaan kulit.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica yang diperbaharui akan boleh didapati di kedai WonderLab seluruh negara dan secara online daripada TikTok, Shopee, dan Lazada.
Paling seronok pada majlis ini juga diumumkan WonderLab dan WonderDewi tidak lama lagi akan dijual di kedai Watsons terpilih seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangan strategik untuk mengembangkan saluran pengedaran WonderLab dan WonderDewi.
Jualan terhad pop-up mart ini menawarkan solusi lengkap kecantikan dan kesihatan, termasuk siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica yang diperbaharui dan dilancarkan pada acara tersebut. Selain pengalaman runcit yang tidak dapat dilupakan, pop-up mart ini juga akan melibatkan pelawat dengan pelbagai aktiviti interaktif, permainan mini yang nostalgik, dan analisa kulit percuma.
Mencerminkan semangat sejati belian runcit, pop-up mart ini juga menampilkan pelbagai promosi termasuk tawaran happy hour, diskaun eksklusif 10% seluruh kedai (termasuk promosi lain-lain lagi) berserta hadiah percuma dengan belian, seperti barangan edisi terhad dan gelang tangan Celovis yang bernilai sehingga RM399, mengesyorkan pengalaman membeli-belah yang memuaskan hati.
Bagi yang tidak dapat menghadirkan diri ke acara ini, mereka masih boleh mendapati tawaran eksklusif melalui strim langsung 48-jam istimewa dalam laman TikTok WonderLab (@wonderlab_my), dari 29 Ogos hingga 1 September, setiap hari dari 10 pagi ke 10 malam.
Pelakon sensasi, Nur Fathia Abdul Latiff baru-baru ini mencuri tumpuan apabila membuat kenyataan terbuka mengenai perubahan pada wajahnya. Pada usia 37 tahun, Fathia tidak mahu membiarkan wajahnya dimamah usia, malah berusaha untuk mengekalkan penampilan yang muda dan berseri.
“Saya tak faham kenapa ramai yang mengatakan wajah saya dahulu lebih cantik. Pada pandangan saya, wajah lama saya nampak cengkung dan kurang menarik. Kini, umur saya semakin meningkat, dan saya mahu kelihatan muda dan berseri,” kata Fathia ketika ditemui di sidang media Konsert Farmasi Sound Zation.
Sebagai seorang figura awam yang sering menjadi perhatian, Fathia berpendapat bahawa menjaga penampilan melalui rawatan estetik adalah sesuatu yang semakin diterima oleh masyarakat hari ini. Dia percaya bahawa perubahan yang dilakukannya bukanlah sesuatu yang perlu disembunyikan.
“Kita kena ikut peredaran zaman. Dahulu mungkin orang malu nak mengaku mereka buat rawatan estetik, tapi sekarang ramai yang melakukannya. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan.
Jika rawatan suntikan boleh mencantikkan wajah kita, kenapa tidak? Bagi saya, tiada masalah asalkan kita rasa lebih yakin dan gembira selepas melakukannya. Tak perlu bersolek tebal pun untuk keluar rumah,” jelasnya dengan penuh keyakinan.
Tanpa berselindung, Fathia turut berkongsi bahawa dia telah menjalani beberapa prosedur estetik seperti suntikan ‘filler’ dan botoks di bahagian pipi, bibir, hidung, dan mata. Baru-baru ini, dia juga mencuba rawatan ‘salmon skin treatment’, satu rawatan yang semakin popular dalam kalangan wanita.
“Di tempat saya buat rawatan itu, saya lihat ramai wanita yang datang. Ini menunjukkan rawatan estetik sudah menjadi trend. Kebanyakan rawatan yang saya jalani adalah tajaan.
Ada juga pihak yang menawarkan untuk menaja saya menjalani pembedahan bariatrik, tetapi saya masih mempertimbangkan tawaran tersebut. Sebelum ini, saya mengambil ubat Ozempic untuk membantu menguruskan badan,” tambah Fathia.
Fathia turut mengakui bahawa dia kini berusaha untuk menurunkan berat badan, memandangkan tubuhnya sedikit berisi. Dia percaya, dengan tubuh yang lebih langsing, dia akan lebih mudah mendapatkan tawaran lakonan seperti ketika dia kurus dahulu.
Dalam perkembangan terbaharu, Fathia akan kembali menghiasi skrin dengan dua drama bersiri terbitan Erma Fatima, bertajuk Cinderella Jadian dan Jangan Tinggal Abang Dik. Kedua-dua drama ini pastinya dinantikan oleh peminat setianya.
Wanita ini terus mengorak langkah dalam dunia seni dengan penuh keyakinan. Baginya, perubahan diri melalui rawatan estetik adalah hak peribadi setiap individu, dan yang paling penting adalah bagaimana ia mampu meningkatkan keyakinan diri.
“Saya tak kisah dengan apa yang orang lain cakap. Tetapi bila mak Fathia memberikan nasihat, Fathia akan dengar. Tak dinafikan mak selalu menasihatkan Fathia untuk tidak melakukan rawatan estetik, tetapi Fathia sememangnya manja dengan mak.
Kadang-kadang mak pun dah penat nak nasihatkan Fathia bila mak akan kata ‘suka hati kau lah”, ujar Fathia lagi.
Di era moden ini, menjaga penampilan bukan lagi sekadar keinginan, tetapi satu keperluan untuk terus kekal relevan dan bersinar dalam industri hiburan. Sekadar renungan bersama, trend mengubah bentuk wajah dengan melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung, kelopak mata, bibir termasuk mendapatkan suntikan pemutihan kulit adalah haram di sisi Islam.
Selain itu, mengubah rupa bentuk wajah secara keterlaluan seperti membesar atau mengecilkan hidung, bibir, mulut, memperluas pelupuk mata, meraut bulu kening dan sebagainya dianggap sebagai sejenis penipuan. Renung-renungkan.
Tunku Azizah ziarah ‘cucu’ TAFF ke-148 dan 149 di Pantai Sepat, mencipta detik penuh emosi apabila pasangan IVF tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah akhirnya dikurniakan bayi kembar selepas tujuh tahun menanti.