Nabila Razali Bimbang Penyakit Ain Setiap Kali Muat Naik Gambar Anak

Share

Nabila Razali bimbang penyakit ain setiap kali muat naik gambar anak. Penyanyi dan pelakon, Nur Nabila Mohd Razali, 33, mengakui dirinya masih dibayangi kerisauan walaupun tetap berkongsi momen bersama anak tercinta secara berkala di media sosial.

Nabila Razali Bimbang Penyakit Ain Setiap Kali Muat Naik Gambar Anak

Menurut Nabila, tindakan berkongsi gambar anak dilakukan kerana ingin menghargai permintaan peminat yang ingin mengikuti perkembangan cahaya matanya.

“Masih ada kerisauan itu dan sekarang tetap ada. Sebelum ini, saya kongsi gambar sebab mahu menunaikan permintaan peminat. Saya rasa tidak elok biarkan peminat tertunggu-tunggu jadi saya kongsi semasa akikah anak,” ujarnya.

Tambah Nabila, selepas majlis akikah tersebut, dia lebih berhati-hati dan memilih waktu tertentu sahaja untuk berkongsi gambar anaknya kerana tidak menjadikan anak sebagai bahan kandungan harian di media sosial.

“Selepas akikah anak, saya pun masih memilih bila mahu kongsi lagi sebab saya bukan hari-hari buat content anak,” jelasnya ketika ditemui pada sidang media mini drama Senyuman yang berlangsung di ibu kota pada Isnin.

Walaupun begitu, pelantun lagu Peluang Kedua ini tidak menafikan kerisauan terhadap penyakit ain yang sukar dielakkan dan hanya mampu berserah kepada perlindungan Allah SWT.

“Kadang-kadang saya kongsi tetapi kalau penyakit ain itu kita memang tidak boleh elak. Niat orang kita memang tidak tahu. Kita hanya mampu berdoa supaya mereka jadikan gambar itu sebagai tatapan bukan saya mahu menunjuk riak,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan membuka akaun media sosial khusus untuk anaknya, Nabila tidak menolak, namun memilih untuk menangguhkan dahulu demi menjaga privasi keluarga.

“Buat masa sekarang, saya masih belum terfikir lagi. Saya masih mahu menjaga privasi anak dan keluarga kecil saya. Kalau dah sampai masa nanti, saya akan buka akaun anak terus,” katanya lagi.

Sumber: Oh Bulan Instagram Nabila Razali

Baca artikel lain juga: Bukan Penyakit Ain, Wajah Wanita Berkedut Ketika Hamil Kembali Pulih Selepas Bersalin

Nafi terkena penyakit ain, Wawa Zainal mahu kembali ligat dalam bisnes

Penyakit Ain, Ayda Jebat Akui Setiap Kali Muat Naik Video Anak Akan Meragam “Nak Buat Macam Mana, Kita Bekerja Dan Anak-Anak Terlibat Dalam Kempen”

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Has