Nabila Huda Sebak Gugur Kali Kedua, 5 Tahun Suami Menanti Cahaya Mata

Share

Pelakon yang juga anak kepada penyanyi lagenda tanahair, Amy Search, Nabila Huda menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram Story semalam meluahkan perasaan sedihnya.

Menurut Nabila dia mengalami keguguran buat kali kedua pada Isnin lalu.

Apatah lagi, dia dan suaminya, Mohd Izwan Johar sudah hampir lima tahun menantikan kehadiran cahaya mata.

Nabila tidak menahan sebak dan mengalirkan air mata sewaktu berkongsi kisah tersebut dengan pengikut di Instagram.

Satu Hari Kita Baca Satu Muka Surat Mana Tahu Lama-Lama Khatam – NABILA HUDA

“Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya keguguran lagi buat kali kedua. Masa pertama kali tahu saya alami pendarahan, saya sangat kecewa. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.

“Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat. Saya sangat teruja bila buat ujian dan doktor sahkan saya mengandung lagi. Tetapi dalam masa sama saya risau sangat tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatuh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim).

Semakin Pulih & Positif Harungi Ujian

“Saya percaya, tak ada rezeki lagi, kesian dekat suami saya. Lama dia tunggu, kenapa susah sanga. Susah sangat bila kita teringin sangat… tapi saya kena move on. Saya ok, jangan risau. Semalam seharian fikir. Sakit rasanya,” jelasnya.

Terima Kasih Pada Yang Titipkan Katra Semangat & Doa

Dalam entri di Instagram yang berasingan, Nabila turut mengucapkan terima kasih kepada semua teman rapat, sahabat dan pengikut Instagram yang tidak putus-putus menitipkan kata semangat dan doa.

Untuk rekod, menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang berusia 10 tahun.

Sumber/Foto: Instagram Nabila Huda
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

IKLAN