Maklumat penting buat para penjawat awam, terkini bermula 1 Mac ini, projek rintis Waktu Bekerja Fleksi (WBF) akan dilaksanakan di semua kementerian dan jabatan Persekutuan di beberapa negeri bagi menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) yang digunakan ketika ini.
WBF akan dilaksanakan di kementerian dan jabatan kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya manakala jabatan Persekutuan bagi negeri Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
Arahan pelaksanaan WBF itu yang menjadi sebahagian inisiatif pembaharuan perkhidmatan awam, dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah, dalam satu pekeliling kepada semua ketua setiausaha kementerian semalam.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah
Waktu Bekerja Pejabat
Berdasarkan pekeliling itu, WBF terpakai kepada semua pegawai yang mengamalkan Waktu Bekerja Pejabat di kementerian atau jabatan.Waktu pejabat akan bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang kecuali hari Khamis di Johor dan Terengganu, yang bermula jam 7.30 pagi hingga 4 petang.
“Pegawai boleh memulakan tugas pada bila-bila masa antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Pegawai yang mengetik kehadiran pada jam 8.31 pagi dikira lewat memulakan tugas.
Ads
“WBF hendaklah dilaksanakan berdasarkan waktu bekerja sehari iaitu selama sembilan jam termasuk waktu rehat sejam. Contohnya, pegawai yang memulakan tugas pada jam 8.07 pagi akan menamatkan tugas pada jam 5.07 petang,” katanya.
Tuntutan Bayaran Lebih Masa Tidak Dibenarkan
Tambah pekeliling itu, pegawai yang memulakan tugas sebelum jam 7.30 pagi akan dianggap memulakan tugas pada jam 7.30 pagi. Sebarang tuntutan bayaran lebih masa adalah tidak dibenarkan melainkan pegawai diarah sedemikian.
“Jika pegawai diarahkan menjalankan kerja lebih masa, perkiraan bayaran lebih masa itu adalah selepas pegawai mencukupkan waktu bekerja sehari.
“Pelaksanaan kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung dan suami sebagaimana ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/ 2017 adalah terpakai bagi projek rintis ini,” katanya.
Ads
Dipantau Ketua Jabatan
Selain itu, garis panduan lain yang turut ditetapkan dalam WBF ialah bagi kementerian atau jabatan yang mempunyai perkhidmatan kaunter, ketua jabatan hendaklah memastikan perkhidmatan itu tidak terjejas dengan pelaksanaan projek rintis ini.
“Ketua jabatan, atas kepentingan perkhidmatan, boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk hadir ke pejabat pada masa-masa yang ditetapkan.
“Bagaimanapun, projek rintis WBF ini tidak terpakai untuk semua pegawai yang berkhidmat di sekolah atau institusi pendidikan dan fasiliti kesihatan,” katanya.
Ads
Pekeliling itu turut menyatakan bahawa ketua jabatan bertanggungjawab memantau waktu bekerja pegawai dengan memastikan syarat dan garis panduan dipatuhi.
“Projek rintis WBF akan dilaksanakan mulai 1 Mac sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dan hasil awal projek rintis ini akan dibentangkan dalam satu mesyuarat dijadualkan pada 4 April depan,” katanya.
Elemen keanjalan bagi waktu bekerja dalam perkhidmatan awam dilaksana sejak 1998 apabila WBB diperkenalkan. Ketika ini, kaedah WBB ditetapkan berdasarkan empat peringkat waktu iaitu waktu masuk kerja jam 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi dan 9 pagi manakala waktu balik kerja pula pada jam 4.30 petang, 5 petang, 5.30 petang dan 6 petang.
MW: Semoga para penjawat awam dapat menyesuaikan diri dengan perubahan waktu bekerja yang akan dilaksanakan pada 1 Mac ini.
Lelaki ini, walaupun kekasih miliki ketumbuhan di wajah, dia tidak pernah malu, bawa teman wanitanya ke mana saja. Di saat orang lain memandang pelik teman wanitanya, dia hanya berlagak seperti biasa.
Inilah dinamakan cinta bukan hanya pada paras rupanya dan layak digelar cinta sejati. Kisah pasangan ini seharusnya menjadi pengajaran kepada orang lain.
Walaupun Kekasih Miliki Ketumbuhan Di Wajah
Seorang lelaki membuktikan kesetiaannya dengan mencintai teman wanitanya biarpun kekasihnya itu mempunyai ketumbuhan pada mukanya, lapor laman berita Detik.com semalam.
Walaupun ketumbuhan atau benjolan pada wajah gadis itu amat besar, lelaki tersebut tetap setia kepadanya sehingga wajahnya pulih seperti biasa.
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh gadis tersebut di akaun TikTok @rhmiipm, dia menceritakan bahawa teman lelakinya itu tidak pernah berasa malu dengan keadaan wajahnya dan tetap setia di sisinya.
Tidak Pernah Malu, Bawa Ke Mana Saja
“Dia tidak pernah malu membawa saya ke mana-mana walaupun saya mempunyai tumor pada wajah dan ramai yang memandang saya dengan pandangan aneh,” tulis kenyataan pada video itu.
Menurut gadis itu, dia malah berasa sangat beruntung kerana memiliki seorang teman lelaki yang sangat setia.
Ramai Yang Memuji
Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan komen dengan memuji sikap lelaki itu yang ikhlas mencintai pasangannya.
“Beruntungnya, semoga sihat dan bahagia selalu,” tulis seorang netizen.
“Tabik dengan didikan orang tua lelaki itu yang pandai mendidik anak mereka supaya menghormati seseorang,” kata seorang netizen lain.
Video tersebut sudah ditonton lebih 1.1 juta kali dengan 111,700 tanda suka dan hampir 600 komen. – AGENSI
Mingguan Wanita : Hebat lelaki ini berjaya membuktikan kesetiaannya kepada teman wanitanya apabila gadis ini diuji. Semoga pasangan ini cepat-cepat disatukan dan bahagia menjadi milik mereka berdua.
Air mineral yang dahulunya berfungsi sebagai penghilang dahaga kini mungkin juga boleh diangkat sebagai simbolik status seseorang apabila dijual dengan harga sungguh ‘kayangan’.
Air mineral dengan isi padu 750 milimeter jenama Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani mungkin menjadi air paling mahal di dunia. Hal ini kerana, sebotol air mineral itu dijual pada harga AS$60,000 (RM254,431).
Sumber 3 Mata Air
Air mineral tersebut mahal kerana dihasilkan menggunakan tiga sumber mata air berbeza iaitu dari Fiji, Perancis dan Ireland.Ketiga-tiga sumber mata air tersebut disifatkan paling bersih di dunia, sekali gus menyebabkan air mineral berkenaan dijual pada harga yang tinggi.
Emas 24 Karat
Selain itu, botol kaca yang disadur emas 24 karat yang digunakan untuk mengisi air mineral berkenaan turut menyumbang kepada harga mahalnya. Botol air mineral itu juga direka oleh pereka botol terkenal dunia, Fernando Altamirano.
Lebih menarik, setiap titis air mineral itu didakwa mempunyai lima gram emas 23 karat dan taburan emas itu dikatakan memberi tenaga yang lebih banyak berbanding air mineral biasa.
Perniagaan Makcik Kemboja terjejas teruk, kempen boikot susulan kenyataan melayu malas. Padah mengeluarkan kata-kata yang mengata Melayu malas, peguam kepada Makcik Kemboja Kamal Hisham Jaafar memaklumkan perniagaan anak guamnya, Mariyah Holdings Sdn Bhd terjejas teruk semasa meminta mahkamah mengurangkan ikat jamin anak guamnya.
Kamal Hisham Jaafar ketika membuat rayuan pengurangan jaminan dalam prosiding di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail di Mahkamah Sesyen di sini memaklumkan perniagaan anak guamnya itu telah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dan masih belum pulih sehingga hari ini.
Kamal dalam hujahnya berkata keadaan itu semakin memburuk kerana wujud kempen-kempen memboikot produk keluaran syarikat tertuduh (Mariyah) sehingga menjejaskan kewangan syarikat.
“Saya percaya tertuduh telah dihukum walaupun dia belum dijatuhi hukuman bersalah oleh pihak mahkamah,” katanya yang memaklumkan, perniagaan anak guamnya itu diboikot pengguna susulan kontroversi menghina bangsa Melayu.
Tambah peguam ini lagi, Mariyah merupakan seorang ibu tunggal yang rajin berusaha bagi membesarkan tiga anaknya berusia 22,18 dan 13 tahun.
Memetik laporan Kosmo, dalam prosiding itu, Mariyah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat suatu penyataan melalui aplikasi TikTok dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu pada pertengahan November lalu dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Dalam prosiding sama, anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22, turut didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Ahmad Sazali Omar mencadangkan jaminan sebanyak RM60,000 bagi kedua-dua beranak itu, namun mahkamah bersetuju menetapkan jaminan RM25,000.
Kedua-dua mereka bagaimanapun dikenakan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Sebutan semula kes adalah pada 12 Januari depan.
Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...