‘Muka Rayyan sama dengan abah’. Sebak dengan perkongsian video kenangan penyanyi popular, Siti Nordiana Alias bersama anak lelaki tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie Mohd Faizal, 14 tahun.
Dan disedarinya wajah anaknya itu, Rayyan sama seiras dengan arwah bekas suaminya, Allahyarham Mohd Faizal Bin Yusup. Arwah Faizal juga dahulunya seorang pelakon.
Sungguhpun dalam video terlihat, Rayyan berwajah ceria. Tetapi paparan video berkenaan mengundang rasa sedih di hati followernya.
Muka Rayyan Sama Dengan Abah
Kongsi Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana,
“Sebenarnya video ni nana nak cerita sambal yang dia suka je. Terimbas pulak kenangan bersama Arwah abah dia. Memang dia banyak ikut arwah abah dia. Tak suka makan bawang, semua kena blend.
InsyaAllah rayyan anak yang strong. Dari kecik dia dah berdikari dalam masa yang sama ingatan pada arwah abah dia tak pernah pudar. Terima kasih pada semua yang bagi sokongan dan doa kepada Rayyan.
Sedekahkan Al fatihah buat arwah abah Rayyan ye Allahyarham Mohd Faizal bin Yusup. #sitinordiana #rayyannakhaie #throwback
Baca sini : Siti Nordiana Mudah Tersentuh, Sering Menangis Apabila Mengalunkan Zikir, ‘Teringat Dosa-dosa Lalu’
Arwah Faizal Selalu Cerita Pasal Rayyan
Rakan artis Azza Elite turut berkongsi rasa sedih dan terkenangkan kenangan bersama arwah.
“Sedih aku.. masa shooting dengan arwah Faizal selalu cerita pasal Rayyan. Seronok betul arwah kalau cerita pasal Rayyan.”
Sememangnya sebelum ini ramai yang sudah menyedari wajah Rayyan serupa dengan arwah ayahnya itu.
Untuk rekod, Nana dan arwah Faizal berkahwin pada 29 April 2006. Sebelum bercerai pada 14 September 2009.
Sejak itu, Nana memilih untuk fokus pada kerjaya dan membesarkan Rayyan dengan sepenuh kasih sayangnya. Kekuatan yang Nana tunjukkan sebenarnya boleh dijadikan inspirasi kepada wanita di luar sana yang membesarkan anak-anak sendirian.
Mingguan Wanita : Pengorbanan seorang ibu itu tersangatlah besar, tak mungkin dapat dibalas biarpun segunung emas diletakkan di hadapannya.
Sumber/Foto : Siti Nordiana
Baca sini : Bukanlah Senang Hidupnya Namun Ibu Tunggal Ini Infaq Gelang Emas ‘Cukuplah Allah Jaga Anak-anak’
https://www.youtube.com/watch?v=Ow4p3Lu87Oc
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI