Semuanya ada berkait dengan hati. Apa yang hati bisikkan, itulah yang selalunya terpancar di wajah. Lalu tersalur ke minda kita. Lagi-lagi bila tengok kekurangan orang lain.
Pesanan mak-mak yang disampaikan Puan Ashikin Hashim ini tersangatlah biasa jadi di kalangan kita-kita. Tanpa sengaja, ter’judge’ orang. Ternilai orang dari pandangan mata kasar kita sahaja.
Didik Diri Agar Tak Hakimi Orang Yang Baru Kita Jumpa
Jom lah kita didik diri untuk tidak hakimi orang yang baru kita jumpa.
Dia pakai baju tak gosok kita ingat dia memang jenis selebet.
Ads
Dia bagi anak dia jajan kita ingat setiap hari dia makan jajan.
Dia bagi anak dia phone masa di rumah terbuka, kita ingat anak dia dah ketagihan.
Dia pakai kereta nak tercabut kita ingat dia sengkek.
Ads
Sebelum ‘Judge’ Fahami Dulu Kisah Orang Lain
Kita tak tahu kisah orang. Kita tak tahu yang dia sedang dan pernah alami.
Dia pakai baju tak gosok baru hari ni. Rupanya anak dia berderet demam. Tak sempat gosok baju.
Dia bagi anak dia jajan baru hari tu sebab ada orang hulur, dia nak jaga hati. Ukhwah lagi penting. Balik nanti dia cakap balik dengan anak dia.
Ads
Dia bagi anak dia phone kat rumah terbuka kawan dia sebab semalam kat rumah terbuka kawan lagi satu anak dia dah terpecahkan pinggan. Plan bawa mainan tertinggal pula.
Dia pakai kereta nak tercabut sebab kawan dia nak pinjam kereta dia yang elok sebab kawan mak dia sakit kat kampung.
Mudah sangat pemikiran kira judge orang
Mudah sangat kita berkira-kira kita lebih tahu dari orang lain.
Mudah sangat kita kata cara dia salah.
Bersyukur suri rumah sepenuh masa jika dapat duduk rumah jaga anak-anak depan mata sendiri. Tak perlu sebenarnya nak membandingkan diri dengan mak-mak yang bekerja bantu tambah pendapatan keluarga.
Sebab, apabila tuhan mahu menguji bila-bila masa dia boleh beri. Dua puluh empat jam masa yang panjang itu tiba-tiba diregut dan suri rumah terpaksa bekerja semula.
Lagi-lagi wanita yang dulunya bekerja, dan akhirnya direzekikan berhenti kerja jaga anak-anak dan keluarga.
Syukur.. tak terkata.
Tapi dalam meniti bahagia bergelar suri rumah sepenuh masa, kenalah meraikan juga mak-mak yang masih perlu bekerja dan menjaga anak-anak dan keluarganya.
Tentu masa mereka tersangatlah padat dan singkat. Terkejar sana-terkejar sini. Baik suri rumah atau mak bekerja, keduanya tetap SUPER WOMEN.
Multipurpose.. boleh buat macam-macam benda. Tapi suami janganlah ambil kesempatan dengan kuasa ‘kekuatan’ isteri itu. Sampai semua benda nak serah pada isteri.
Nanti elok-elok dia boleh bahagi masa nak urus kerja rumah, kerja pejabat mahupun keluarga. Terus jadi terbengkalai. Sayangnya ramai pula suami yang tak ‘care’ sangat tentang emosi isteri ini.
Sudahlah minta isteri berhenti kerja, jaga anak-anak. Duit nafkah bulanan pula kadang beri kadang tidak. Mula-mula saja berjanji bulan bintang. Lepas satu tahap, isteri tak boleh lagi jadi suri rumah terbahagia. Tekanan emosi semakin memuncak.
Akhirnya, terpaksa juga mencari kerja demi sesuap nasi untuk anak-anak.
Sudahlah sebelum ini, dah canang satu media sosial betapa bahagianya dapat peluang duduk rumah jaga anak-anak. Tiba-tiba, suami pula tak tahu hargai pengorbanan isteri.
Sebenarnya, wahai isteri. Sama ada anda suri rumah sepenuh masa atau isteri bekerja, penting sungguh untuk anda ada ‘backup’ plan kewangan sendiri. Jadi, bila suami mula buat perangai, anda sudah benar-benar bersedia.
Jangan cuma bahagia duduk rumah, tapi tak tahu nak rancang masa depan diri sendiri. Walau sukar macam mana sekalipun, belajarlah sayangi diri itu.
Bila suami beri duit belanja, simpanlah sedikit untuk tabungan. Biarlah cuma RM10 sebulan. Ia tetap akan jadi banyak jika konsisten simpan dari sebulan ke bulan seterusnya.
Mana-mana ibu pun mahu asuh sendiri anak dengan tangannya. Cuma, ibu bekerja ini rezeki mereka tidak Allah berikan sebegitu rupa. Rezeki mereka kena bekerja, dan berkongsi rezeki dengan pengasuh anak-anak mereka.
Dan setiap orang berbeza ujiannya selayak dengan kemampuannya. Sebaiknya jangan terlalu tayang bahagia bila tuhan beri rezeki jadi ibu sepenuh masa di rumah. Berpada-padalah berkongsi emosi di media sosial itu.
Kenapa ada sesetengah suami atau sesetengah orang suka membanding-bandingkan realiti suri rumah dengan wanita bekerjaya.
Sehingga ada cakap-cakap yang menyatakan suri rumah ini lebih PENAT dari wanita bekerjaya.
Benarkah emosi tertekan apabila wanita memegang title suri rumah? Kenapa pula isu ini walau dah lapuk, masih juga jadi persoalan.
Ikuti kupasan lanjut Tekanan Suri Rumah dalam Mingguan Wanita Talkshow musim baharu di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari.
Siti Elizad dan Sherry Al Hadad akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu istimewa yang akan memeriah perbincangan di studio MW.
Untuk sebarang komen dan persoalan untuk ditanyakan kepada tetamu dan juga pakar, hubungi Talian Teman Wanita Anda di 03-89389647 atau komen terus di ruangan yang disediakan.
Transgender, isu ini sentiasa dibincangkan dari masa ke semasa dan sudah tentu ramai yang ‘kondem’ dengan kewujudan transgender ini. Walaupun ditentang hebat tetapi masih ada segelintir yang teruskan dengan cara kehidupan begini. Di mana silapnya, sehinggakan ada yang menuding jari menyalahkan ibu bapa yang tidak mendidik dengan baik sejak kecil lagi. Mengupas lebih lanjut tentang persoalan ini bersama Dr Ben Fadzil Mohd Salleh.
Katanya, perbuatan ini menjadi makin bahaya apabila anak-anak ini hanya mencuba dan mengayakannya. Di situ datang keseronokan kepada anak-anak ini.
“Daripada sekadar ingin mencuba dan berseronok, sehinggalah boleh menjurus serta mengadaptasikan percubaannya,” jelas Dr. Ben.
Ada kalanya perasaan seperti ini bermula dari umur seawal empat tahun di mana niat dan nalurinya akan diketahui apabila dia memberitahu ibunya tentang apa yang dia rasa. Jika si ibu mengiyakan dan bersetuju maka berkembanglah niat anak itu untuk menjadi apa yang dia tidak sepatutnya.
Timbul perasaan seperti “Pussy Envy atau penis envy” dan akan terkeluar kata kata “kami ada, awak tak de”, di situ timbul yang anak lelaki ingin ada kemaluan seperti perempuan dan sebaliknya, sekiranya tidak boleh memiliki kelamin perempuan atau lelaki dia ingin bergaya seperti seorang perempuan akan menggaya dirinya seperti perangai perempuan, berpakaian, bersolek, mempunyai payu dara seperti perempuan atau bagi yang menyerupai lelaki ingin
bergaya seperti lelaki dengan menyembunyikan payu daranya dengan ikatan yang ketat supaya dada nampak rata, sering berpakaian seperti lelaki serta berkelakuan lasak. Bagi yang lelaki timbul lah perangai cross dresser, memakai seperti perempuan dari seluar dalam, mempunyai koleksi bra dan sebagainya.
Betul. Ibu bapa adalah orang utama yang sering kali dipersalahkan dengan cara mendidik dan membentuk anak-anak.
Sering kali ibu akan berkata biarlah dia nak berkawan, sehingga situasi sudah terlambat apabila naluri anak itu telah bertukar. Masa itu sudah terlambat untuk diperbetulkan.
Selain itu, ada sesetengah ibu bapa mendedahkan anak-anak bermain dengan kanak-kanak perempuan sejak kecil lagi. Begitu juga dengan menggayakan anak perempuan seperti lelaki atau anak lelaki seperti perempuan adalah permulaan pembesaran yang salah.
Ini seperti membenarkan anak itu menjiwa perubahan perasaan terhadap jantinanya. Perubahan perasaan jantina bagi anak-anak sangatlah mudah seperti d rasuk dan ini akan terbawa-bawa hingga dewasa.
Sekira anak-anak sudah melewati umur enam tahun dan masih belum menjiwai jantinanya, ibu bapa perlu risau dan berjumpa dengan pakar-pakar jiwa yang boleh membezakan jantina anak anak dengan aktiviti yang sepatutnya dia lakukan.
Sekira ibu bapa melihat perubahan anak yang cenderung kepada kelakuan yang sebaliknya, ibu bapa sepatutnya berbual dengan memberi kesedaran pada anak-anak tersebut dan memahami apa yang dia perkatakan.
Bentuklah anak itu seperti jantina nya dan bukan seperti jantina yang lain. Jangan mengharapkan anak itu akan berubah apabila sudah dewasa kerana ia akan menambahkan kan lagi kekeliruan anak tersebut. Dorongan dari ibu bapa itu penting.
Langkah terbaik oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak adalah dengan pendedahan kepada agama di awal pembesaran, berpakaian seperti jantinanya, berkawan dengan sebaya, elakkan daripada tidur bersama tanpa pakaian atau dalam berpelukan, banyakkan beriadah bersama keluarga dan jangan sesekali menyebutkan “saya nak kan anak perempuan supaya dia boleh tolong ibunya tetapi yang keluar lelaki” di depan anak. Ini mengundang bahaya.
Ibu bapa juga hendak lah sering mengawasi pergerakan anak. Apa yang paling ditakuti apabila anak-anak tidak seperti jantinanya atau menyukai sesama jantina. Kasih sayang anak-anak perlu diambil berat. Anak lelaki akan cuba sedaya upaya mengikut cara ayahnya dan perempuan mengikut ibunya.
Jangan selalu melihat drama yang ada cerita lelaki lembut atau perempuan kasar, ini ada lah kelakuan yang selalu boleh di tiru oleh anak-anak tanpa mengetahui implikasi dirinya bila besar nanti.
Ibu bapa hendaklah mengawal pergaulan anak-anak semasa kecil. Hanya kerana tiada anak lelaki, dia diberi kebenaran bergaul dengan perempuan berlebih-lebihan, ini adalah permulaan dia berkecenderungan untuk mengikut gaya perempuan.
Anak lelaki perlulah lasak, mesti bermain bola atau permainan lelaki dan biarkan dia berkawan dengan kanak-kanak lelaki yang lain. Diberi dan memakai pakaian lelaki sepenuhnya dan tidak boleh bermain anak patung, bersolek atau masak-masak.
Anak anak semasa kecil tidak boleh terlalu didedahkan dengan gajet terkini seperti melihat telefon bimbit tanpa diawasi, terlalu kerap dengan adanya bahan-bahan lucah yang tidak dikawal. Dengan cara ini akan menimbulkan kanak-kanak apabila dia sudah mula bersekolah dan mempunyai keinginan untuk mengetahui dan mencuba.
Anak-anak lelaki perlu dibawa ke masjid dan memberi dia ruang untuk bergaul dengan orang dewasa.
Ibu bapa hendaklah mengambil tanggungjawab bersama dan tidak boleh kata “Ini semua mak kau punya pasal”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...