Aduh lepas satu persatu trend yang membahayakan menjadi ikutan. Kini,selepas ‘Keke Challenge’, satu cabaran baru telah mula popular di kalangan kanak-kanak iaitu ‘Momo Challenge’. Pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa berhubung cabaran baharu itu kerana ia dikatakan menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar ‘Momo’.
Ads
Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri. Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.
Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri. Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit merupakan mangsa pertama Momo Challenge. Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.Sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku.
Ads
Ads
Jadi buat mak ayah, mohon tidak terlepas pandang perkara sebegini. Rajin-rajinlah periksa handphone mahupun gajet yang diberikan pada anak-anak agar mereka tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif mahupun trend yang membahayakan ini.
Bertapa pengorbanan mak ayah pada anak-anak sangat luar biasa. Tidak terbalas segala jasa mereka. Terkesan sungguh membaca coretan yang ditulis oleh Syed Mohd Nazli ini. Adakalanya kita terleka dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak untuk membahagiakan mak ayah dalam pada mereka meniti usia yang semakin tua.
Temankan mak ayah di hospital juga merupakan salah satu cara yang boleh membahagiakan mereka.Kehadiran anak menemankan mereka, boleh menjadi penguat semangat buat mereka serta salah satu tanda mengambil berat pada mak ayah sebagai mana mereka menatang kita bagai minyak yang penuh sewaktu kecil dahulu.
Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak telefon bila dah semua urusan selesai,Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau,saya pulang ke rumah dan menunggu Mak telefon bila dah siap nanti.
Dalam perjalanan pulang kerumah, saya tiba tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam, Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital,sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan, diatas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya,di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa didalam pelukan Mak,selesai rawatan,sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung,sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap ‘adik nak beli apa-apa ke’ sampai dirumah saya dipujuk untuk makan ubat,dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam.
Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke hospital,’hujan lebat didalam kereta’ sampai di hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan, saya sembunyikan airmata saya yang ditahan supaya tidak mengalir dihadapan Mak.
Saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik doktor, mendengar penjelasan doktor berkaitan tahap kesihatan Mak,mendengar nasihat doktor supaya memantau pemakanan Mak, saya memegang tangan Mak ke farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat,selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta, membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya ‘Mak ada nak beli apa apa ke’.
YA ALLAH, ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu syurga untuk ku ini.
Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa doktor,rawatan susulan.
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial-kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka,bayangkan disini ada blok A,blok B dan sangat luas.Ada yang bertanya arah cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah,beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya. Saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70 an yang saling membantu berpimpin, berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak TETAPI sangat rugi lah seandainya mereka mempunyai anak-anak dan anak anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini.
Alhamdulillah,setakat ini saya gagah kesana sini berjalan laju di hospital,namun seandainya saya berada ditahap Mak saya dan Mak,Mak, Ayah, Ayah, yang saya lihat di IJN ini,saya akan rasa selesa,bangga,terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai ‘SEMANGAT’.
Anak anak sekelian,saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua.
Hayati lah firman ALLAH ini untuk kebaikan bersama dunia dan akhirat-
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku,sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil’. Al Isra’ 23 & 24
Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad
Institut Jantung Negara IJN,
Kuala Lumpur
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Memberi peringatan buat kita sebagai anak agar tidak terlepas pandang, berbuat bakti pada mak ayah diatas segala jasa dan pengorbanan mereka.Luangkan lah masa seketika buat mereka.
Susah hati kan mak ayah bila ada anak-anak yang cakap kasar. Ada itu, mak ayah bukan jenis cakap kasar pun, tapi entah dari manalah anak mendapat ayat-ayat yang boleh buat jantung mak ayah jadi sentap.
Terkejut pun iya, bila mana anak-anak kecil kita mengeluarkan kata-kata yang kasar bunyinya. Sakit telinga mendengar. Anak-anak kecil ini sifatnya mudah terpengaruh, mengikut apa yang diperhatikan di sekelilingnya.
Barangkali pemerhatian dari TV, Internet mahupun kawan-kawan seusianya yang ada habit cakap kasar. Macam mana nak bagi anak faham tutur katanya itu tingkah laku yang negatif malah kesannya menyakitkan perasaan orang lain.
Fahamkan panduan yang dikongsikan Puan Wan Rohani Ismail buat mak ayah. Apabila berhadapan situasi sebegini, lenturkan kata-kata kasar anak-anak dengan cara terbaik ini.
Hanya beri perhatian dan respons pada tingkah laku yang baik/positif.
Sekiranya anak berkata kasar ketika sedang marah, biarkan sahaja dahulu. Menasihati orang yang sedang marah ibarat mencurah air ke daun keladi.
Gunakan waktu anak dalam keadaan seronok, gembira, tenang. Waktu begini anak mudah dipengaruhi.
Ikut apa yang Rasulullah (selawatlah ke atas baginda). Sentiasa membalas kebaikan walaupun dilempar dengan keburukan. Cerita bagaimana Rasulullah memberi makan wanita tua yang selalu bercakap buruk dan kasar tentang Nabi.
Dalam Al Quran, antara perkataan yang banyak kali diulang adalah ‘muhsinin’ iaitu orang yang membuat kebaikan. Allah mengasihi orang yang berbuat kebaikan. Ganjaran pahala dan syurga. Sentiasa ingatkan anak dan diri sendiri.
Awasi kata-kata yang keluar daripada mulut ibu bapa. Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anak berjalan lurus.
Sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak. Antara doa yang boleh diamalkan adalah:
“Ya Allah, jauhkan kebatilan yang ada di sekeliling anakku (sebutkan nama anak)”
“Ya Allah, lindungi dan pelihara kami dari hasutan syaitan yang sentiasa menyesatkan.”
Didik anak supaya sentiasa membuat penilaian sendiri ke atas setiap perbuatan, kata-kata dan apa yang mereka mahu lakukan. Ini berkaitan kawalan diri dan emosi.
Bila baca perkongsian pelakon Jangan Benci Cintaku, Saharul Ridzwan ini tentang kuatnya kuasa doa isteri, terus terbayangkan kisah arwah isteri Datuk Jalaluddin Hassan. Yang mana allahyarham memohon keampunan Allah untuk suaminya.
Itulah kekuatan doa seorang isteri yang sentiasa meminta yang baik-baik untuk suami. Dan Allah akan makbulkan walaupun ianya mengambil masa yang lama. Walau bertahun-tahun lamanya.
Begitu jugalah dengan doa isteri Prof Muhd Kamil yang mendoakan agar suaminya itu mendekati Al Quran. Dan selepas bertahun juga, akhirnya Allah makbulkan.
Maksudnya di sini apa? Interpretasinya, seorang isteri yang baik itu sebenarnya tidak boleh putus berdoa untuk suaminya. Walau bukan sekarang tertunainya, suatu hari nanti apabila sampai masanya yang tepat akan Allah makbulkan juga.
Dan ini yang jadi dekat Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim apabila Allah makbulkan doa isterinya, Qaabila Deena Emir selepas hampir 2 tahun.
“Awal-awal kahwin dulu, wife saya pernah cakap dekat saya, ‘Sayang, teringin nak pergi masjid dan dengar ceramah sama-sama’.”
Dan pada 13 Ogos ini, Saharul akhirnya dapat tunaikan hasrat hati isterinya itu.
“Hari ni sepatutnya saya shooting, tapi cancel last minit, kemudian ada tahlil arwah kawan baik wife saya di Masjid, katanya lepas Maghrib, tapi Imam buat lepas Isyak. Sementara itu, kami dengarlah ceramah sama-sama.”
Kata Saharul, “Selepas hampir nak 2 tahun doa itu, maka Allah makbulkan pada hari ini iaitu 1 Zulhijjah 1439 walaupun dengan ‘asbab’ yang lain. Jadi doa saya hari ni pulak, saya dan isteri dapat dijemput Allah untuk tunaikan HAJI sebelum umur kami 40 kalau dipanjangkan umur. Amin, InShaaAllah.”
“Sesungguhnya Allah itu Maha Perancang dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.”
“Allaahu akbar. Allaahu akbar. Allaahu akbar. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan pengorbanan arwah sebagai Ibu diangkat Allah SWT. Amin Ya Rabb.”
Mingguan Wanita mendoakan agar titipan doa yang dibuat oleh suami prihatin lagi bertanggungjawab ini akan dipermudahkanNya dan dimakbulkanNya.