“Moga Allah beri kekuatan untuk saya terus kuat demi anak abang yang seorang ini” – Putri Qisya.” Nur Adliah Syuhada Ishak, 26, mengakui hatinya luluh dengan tragedi yang meragut nyawa abangnya sekeluarga di Sungai Korok. Bagaimanapun dia tetap memohon agar diberi kekuatan untuk terus tabah demi anak saudara tunggal yang masih hidup, Puteri Qisya Nur Izzat, 12.

“Moga Allah Beri Kekuatan Demi Anak Abang Yang Seorang Ini” – Luahan Adik Mangsa Tragedi Sungai Korok

Puteri Qisya merupakan anak kepada Allahyarham Mohamad Azim Izat Ishak, 32, yang maut bersama isteri tercinta, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak mereka apabila kereta yang dinaiki keluarga itu dipercayai terbabas dan terjunam ke dalam terusan berhampiran pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian tragis itu, ibu bapanya, Mohamad Azim Izat Ishak, ibunya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Efendi bersama empat adiknya iaitu Putra Rayyan Nur Izza, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, enam bulan ditemui lemas di dalam sebuah kereta Proton Iswara yang tenggelam di Sungai Korok.

“Moga Allah Beri Kekuatan Demi Anak Abang Yang Seorang Ini” – Luahan Adik Mangsa Tragedi Sungai Korok

“Ya Allah, kuatkanlah aku untuk terus melangkah demi satu-satunya waris abang yang masih ada ini, Putri Qisya,” tulis Nur Adliah dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam kejadian menyayat hati itu, kesemua mangsa ditemukan lemas dalam kenderaan jenis Proton Iswara yang tenggelam di dasar terusan. Puteri Qisya bagaimanapun selamat kerana berada di rumah neneknya di Jerlun ketika insiden berlaku.

Nur Adliah turut berkongsi kenangan terakhirnya bersama arwah abang dan keluarganya yang disifatkan sangat mesra dan penuh kebahagiaan.

Ads

“Rasa sukar percaya. Malam sebelum kejadian, kami sempat makan malam dan bergelak ketawa seperti biasa. Siapa sangka itu adalah pertemuan terakhir,” luahnya.

“Moga Allah Beri Kekuatan Demi Anak Abang Yang Seorang Ini” – Luahan Adik Mangsa Tragedi Sungai Korok

Menurutnya, kehilangan itu amat perit kerana arwah abang dan kakak ipar sentiasa menjadi tempat bergantung dan berada bersamanya dalam apa jua keadaan.

“Kami ke mana-mana pun bersama, mereka sentiasa ada waktu susah dan senang. Arwah abang dan Kak Dayah ibarat tulang belakang kami.

Ads

“Saya dan suami akan simpan semua kenangan manis saat akhir bersama mereka. Kami akan kuat dan tunaikan janji untuk menjaga Putri Qisya, insya-Allah,” katanya penuh emosi.

“Moga Allah Beri Kekuatan Demi Anak Abang Yang Seorang Ini” – Luahan Adik Mangsa Tragedi Sungai Korok

Tambahnya lagi, melihat ribuan rakyat Malaysia turut mendoakan arwah sekeluarga, jelas menunjukkan betapa mulianya pemergian insan-insan tersayang itu.

“Kalau semasa hidup pun ramai mendoakan, apatah lagi selepas mereka pergi. Kami, Cadak dan Fahmy, bersaksi atas segala kebaikan abang sekeluarga,” katanya.

Ads

Dalam hantaran lain, Nur Adliah turut meluahkan rasa kehilangan terhadap satu-satunya abang serta kakak ipar tersayang, dan memohon agar Allah memberinya kekuatan untuk meneruskan hidup bersama suami tanpa insan yang selama ini paling dekat dengannya.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Mimpi Anak Sulung Mangsa Tragedi Di Sungai Korok-Ayah Cakap Jangan Sedih, Jaga Kakak Dari Jauh

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI