Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis selepas tular rakaman video yang memaparkan dirinya dalam siaran langsung seorang pempengaruh lelaki di sebuah restoran di ibu kota.
Mangsa, Alice Kasimova, 26 yang bekerja sebagai model berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 5.37 pagi, Jumaat.
Menurutnya dalam hantaran di platform Threads, keputusan itu diambil selepas mendapat nasihat daripada kenalan yang bimbang akan keselamatannya.
“Semua orang menyuruh saya pergi ke balai polis dan saya melakukannya.
“Saya pergi ke balai polis bukan kerana marah tetapi (tindakan) berdiam diri hanya melindungi individu yang menyakitkan orang lain. Tiada wanita patut berasa takut untuk mempertahankan diri,” katanya.
Kasimova turut berkongsi salinan laporan polis di media sosial namun hanya menyiarkan sebahagian daripadanya kerana mengandungi maklumat peribadi.
Laporan polis dibuat model Rusia ini selepas dimalukan dengan komen lucah ketika makan berseorangan di sebuah restoran
Dalam hantaran terbarunya, Alice turut meluahkan rasa terharu terhadap sokongan yang diterimanya dari orang ramai selepas insiden itu tular.
“Saya benar-benar terharu dengan sokongan semua. Setiap kata-kata amat menyentuh hati. Saya tidak pernah menyangka perkara ini akan mendapat perhatian sebesar ini,”jelasnya yang turut memaklumkan dalam hantaran terkini di media sosialnya, pihak polis polis telah menghubunginya untuk memberikan kenyataan namun ianya tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana dirinya sudah berada di lapangan terbang untuk bercuti ke Bali seperti dirancangnya.
“Sebaik sahaja saya kembali ke Kuala Lumpur, saya akan ke balai polis untuk urusan ini. Polis juga mahu menyiasat insiden yang terjadi dan saya juga mahu tahu apa tindakan selanjutnya,”katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada sokongan diterimanya.
Ads
Tulisnya, “terima kasih semua. Saya tahu rakyat Malaysia orang yang jujur dan adil.
‘Itu Bukan Lawak, Itu Gangguan Seksual’
Dalam satu kenyataan sebelum ini, model ini meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pempengaruh lelaki dari Kelantan yang didakwa mengeluarkan kata-kata lucah dan berunsur seksual di hadapan pasangan sendiri ketika bersiaran langsung bersama pengikutnya ketika dirinya makan berseorangan di sebuah restoran.
“Sangat menyedihkan seorang lelaki bercakap begitu tentang wanita, lebih-lebih lagi di depan pasangannya sendiri. Itu bukan lawak. Itu bukan tanda kekuatan. Saya mahu hidup dalam dunia di mana lelaki melindungi wanita bukan sebaliknya,” katanya.
Lelaki asal Kelantan ini berborak lucah dan turut meletakkan Alice yang keseorangan dalam video siaran langsungnya itu.
Dimalukan Secara Terbuka
Dari sudut undang-undang, insiden yang dialami Alice Kasimova boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual secara lisan dan visual di bawah Akta Gangguan Seksual 2022 (Akta 840) kerana melibatkan kata-kata berunsur seksual tanpa persetujuan serta rakaman tanpa kebenaran yang menjejaskan maruah dan kehormatan seseorang.
Insiden dicetus lelaki itu dengan bercakap lucah termasuk menyentuh soal payudara wanita dalam rakaman durasi kurang seminit yang beredar di media sosial sejak semalam, menunjukkan pempengaruh berkenaan makan bersama seorang wanita dipercayai isterinya sambil berbual lucah dengan pengikut tentang tubuh seorang wanita yang duduk di meja berdekatan.
Ads
Tindakan itu disifatkan oleh orang ramai sebagai memalukan dan tidak beradab terutama apabila dilakukan secara terbuka di ruang awam.
‘Dia Sudah Terima Hukuman Sebenar: Rasa Malu’
Dalam satu kenyataan awal, Alice menegaskan bahawa lelaki tersebut sudah menangung satu pengajaran iaitu rasa malu dicemuh orang ramai dengan perlakuan jijiknya itu hingga perlu membuat video permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia.
“Penjara mungkin terlalu berat. Tapi dia sudah pun menerima hukuman sebenar iaitu rasa malu,” katanya sebelum ini.
Sokongan dari Rakyat Malaysia
Alice turut menzahirkan penghargaan terhadap masyarakat Malaysia yang menunjukkan sokongan dan empati kepadanya.
Ads
“Malaysia ialah negara yang indah dengan rakyat yang mesra dan penuh rasa hormat. Saya sangat berterima kasih atas mesej dan solidariti semua. Saya tidak akan buat laporan ke balai polis jika bukan kerana dorongan anda semua,” ujarnya.
Insiden ini membuka semula perbincangan mengenai kesedaran gangguan seksual di ruang awam dan dalam talian serta keperluan mendidik masyarakat tentang batas pergaulan, etika digital dan penghormatan terhadap privasi wanita.
Dalam pada itu dilaporkan lelaki berasal dari Kelantan itu sudah membuat permohonan maaf di atas komen dilakukan secara terbuka selepas dikecam teruk kerana perbuatannya yang dianggap biadap dan melanggar privasi awam iaitu merekod seseorang tanpa izin.
Dalam hantaran di laman sosialnya, dirinya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia sambil mengakui kesilapan tersebut berpunca daripada kelalaian diri sendiri.
“Saya ingin memohon seribu kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia yang melihat video semasa berada di restoran itu.Saya tiada niat. Saya terbaca komen-komen netizen yang minta macam-macam. Saya anggap ini silap saya.
“Manusia ni tak pernah tak buat silap. Ini kesilapan pertama kali saya. Selepas ini, siapa nak komen kata saya bodoh atau apa saja, tak apalah itu terpulang kepada anda,” katanya dalam video berkenaan.
Walau dirinya telah meminta maaf tapi ramai netizen beranggapan wajar lelaki ini disaman kerana membuat komen lucah yang dianggap tidak sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seperti yang dimaklumkan, Neelofa bersama suami serta 20 ahli keluarga lain hari ini dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.
Kompaun berkenaan dikenakan ke atas keluarga Neelofa di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Neelofa Jadikan Sebagai Pengajaran
Berhubung dengan hal tersebut Neelofa menerusi perkongsian di Twitter akui dirinya dan suami menerima dengan hati terbuka dan menjadikan ia sebagai pengajaran.
“Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.
“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.
Terima Kasih Kepada Semua Pihak
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya.
“Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian,” luahnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Tak sangka walaupun tertelan berus gigi, namun tetap gigih masuk kerja dulu sebelum dapatkan rawatan di hospital. Tak boleh bayangkan betapa tak selesanya derita menanggung sakit.
Tertelan Berus Gigi
Seorang wanita di Taiwan dilaporkan tertelan berus gigi sepanjang 18 sentimeter (sm) apabila menggunakannya pada posisi yang salah, lapor laman CTS Taiwan.
Menurut wanita itu, dia berasa sangat letih pada waktu kejadian dan tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja.
Tetap Pergi Kerja
Meskipun menyedari dirinya tertelan berus gigi, wanita itu tetap hadir bekerja terlebih dahulu sebelum pergi ke hospital tujuh jam kemudian.
Doktor yang merawat mangsa sangat terkejut mendengar penjelasannya dan bertanya kepada dirinya adakah dia pasti berus gigi itu sepanjang 18 sm.
Ujian imbasan X-ray tidak berjaya mengesan kedudukan berus gigi itu namun lokasinya diketahui selepas doktor menggunakan prosedur endoskopi dengan memasukkan wayar beserta kamera ke dalam mulut wanita tersebut.
Kaedah endoskopi menunjukkan berus gigi itu tersekat di esofagus atau salur makanan dan telah menyebabkan tisu di sekelilingnya merah serta membengkak.
Wanita itu bernasib baik kerana dia tidak perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan berus gigi itu dan ia berjaya ditarik keluar menggunakan alatan endoskopi.
Baca Lagi Di Sini:Tertelan AirPod Semasa Tidur, Suami Tak Sangka Gurauan Isteri Rupanya Betul!
Mingguan Wanita:Aduhai dah tertelan berus gigi pun tetap gigih pergi kerja dulu, habiskan kerja baru ke hospital. Lain kali lebih hati-hati iya, moga cepat sembuh!
Sebelum ini Mingguan Wanita pernah kongsikan kisah Puan Nur Nina yang bakal melahirkan anak keenam sendirian. Terkini, ibu ini sudah pun selamat melahirkan bayi lelakinya yang bongsu pada 15 Januari 2021.
Dan sampai hari ini suaminya yang bekerja di Sarawak masih belum dapat pulang ke Semenanjung untuk melihat anak kecilnya itu. “Memandangkan masih di seberang laut, hari-hari cuma video call saja.”
Kongsinya dalam entri terbaru nya di grup Kami Suri Rumah.
PJJ Dengan Suami, Melahirkan Anak Keenam Sendirian
“Assalammualaikum, hari suri-suri semua.
Ingat lagi tak kisah saya yang PJJ dengan suami tengah tunggu hari nak bersalin anak no. 6?”
Kisah saya viral kat Mingguan Wanita online dan Metro online. Terkejut juga saya pun. Share saja suka-suka ja untuk momen indah dengan anak-anak.
Tak dak niat minta simpati apa pun.
Berkat doa semua, saya selamat melahirkan baby no. 6 pada 15 Jan 2021.
Patut due 4 Februari.. its boy.
Dugaan Bersalin Secara Pembedahan
Ibu anak enam ini juga maklumkan kelahiran kali ini dia diuji melalui proses bersalin secara pembedahan. Memandangkan ramai yang memintanya untuk berkongsi gambar bayinya. Akhirnya, selepas anak masuk dua bulan lebih, ibu ini lakukan photoshoot depan rumahnya.
Dugaan bersalin kali ini.. emergency czer
Alhamdulillah.
Saya dan baby semua selamat
Ramai yang minta saya share gambar lepas bersalin.
Terima kasih semua yang bagi kata-kata semangat dan doakan saya serta anak-anak saya.
Semalam saya shoot gambar dengan anak-anak.
Baby dah 2 bulan lebih.
Sampai hari ni suami tak dapat balik tengok lagi baby.
Memandangkan masih di seberang laut.
Hari-hari cuma video call saja.
Doakaan saya kuat, tabah dalam membesarkan anak-anak.
Yg PJJ macam saya. Saya doakan hampa semua kuat dan tabah. Hati dan mental kena kuat tau.
Jadi ibu yang hebat buat anak-anak.
Saya lah mak, saya lah ayah pada anak-anak.
#ibuhebat
Mom to six kids
Ibu Hebat Anak 6 Persis Anak Dara
Maklumnya sebelum ini banyak urusan kerja rumahnya dibantu oleh anak sulung lelakinya dan anak perempuan kedua yang masing-masing berusia 13 dan 11 tahun.
Nanti anak-anak inilah yang menjaga adik-adik yang lain. Merekalah bantu uruskan melipat baju, membasuh dan mengemas rumah.
Malah, rata-rata yang melihat perkongsian ibu ini berasa kagum dengan cara ibu ini menjaga badan. Biarpun sudah melahirkan anak keenam, persis tak ubah seperti anak dara.
MW : Sememangnya isteri yang PJJ ini kental jiwa, raga.
Suasana sebak di Konvokesyen UniSZA apabila ibu terima skrol diploma arwah anak yang meninggal dunia dua minggu sebelum tamat pengajian – hadiah terakhir Airel buat ibunya.