Misi Sumud Flotilla Ke Gaza Diuji Serangan Drone, Farah Lee Mohon Doa Orang Ramai

Share

Misi Sumud Flotilla ke Gaza diuji serangan drone, Farah Lee mohon doa orang ramai. Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang dalam perjalanan menghantar ubatan dan makanan menuju Gaza dilaporkan berdepan serangan drone di perairan antarabangsa awal pagi tadi.

Insiden serangan dan pengeboman ini tidak menyebabkan kecederaan serius dan ia lebih kepada psikologi sahaja  namun menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan sukarelawan termasuk personaliti media sosial, Farah Lee yang berkongsi situasi terkini misi kemanusiaan ini di instagram miliknya.

Dilaporkan lebih 15 drone berlegar sebelum menjatuhkan objek yang mencetuskan letupan kecil ke atas sekurang-kurangnya empat kapal termasuk Spectre. Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan dipercayai sebahagian perang psikologi juntuk melemahlan semangat sukarelawan.

Berkongsi situasi terkini serangan drone ini, Farah Lee berkata, kedengaran bom dan letupan di sekeliling kapal mereka.

“Doakan kami semua atas misi ini,” jelasnya yang berkongsi situasi terkini misi kemanusiaan itu. Dalam pada itu dilaporkan, ada sukarelawan menulis serangan bom itu mungkin kecil berbanding apa dilalui oleh warga Gaza yang dibom setiap hari oleh zionis laknatullah.

Published by
Almaswa Haji Che Ros