makan banyak

Masih ramai yang tak puas fikir kenapa jadi makan banyak setiap hari walau sudah kontrol cara pemakanan. Malah ada yang gigih buat senaman dan diet tetapi jarum penimbang tetap tak berundur!

Jika anda kerap rasa tidak selesa dan terlalu kenyang selepas makan, ini masanya untuk melakukan perubahan. Atasi masalah isu terlebih makan dengan mudah.

Cuba semak balik, adakah anda ada buat beberapa perkara ini? Jika ya, silalah ubah sebelum saiz seluar bertukar…

1. Padahal dahaga tapi pilih untuk makan

Kebanyakan orang keliru antara rasa dahaga dengan lapar. Jika anda baru sahaja makan dan rasa tidak kenyang, sukar untuk mengetahui sama ada anda rasa dahaga atau lapar. Oleh itu cuba minum air dan tunggulah antara 20 hingga 30 minit. Adakah anda masih rasa lapar lagi?

2. Tak sarapan pagi

Meninggalkan sarapan pagi kelihatan seperti cara baik untuk menjimatkan kalori. Tetapi jangan pelik kalau anda mula makan banyak waktu tengah hari, malah lagi terus sapu apa sahaja apa yang ada depan mata. Jika anda tidak ada masa untuk masak sarapan yang menyihatkan, apa kata rancang terlebih awal untuk menyediakan resipi sihat.

IKLAN

3. Makan depan Tv atau komputer

Ramai yang suka makan depan tv dan komputer. Inilah punca GEMUK sebenar sebab tak tengok jumlah makanan dan akhirnya terlebih makan. Ini kerana anda tidak bersambung dengan aktiviti makan itu. Apabila minda anda sedang serius dan berfikir dengan mendalam terhadap plot rancangan televisyen atau e-mel yang sedang anda baca bermakna anda tidak ada masa untuk fokus terhadap makanan. Waktu makan hanya untuk makanan.

4. Suka jadi ‘tong sampah’

Jangan sesekali makan lebih daripada sepatutnya. Jika beli makanan, hadkan jumlah makanan yang dimakan. Kena ada kawalan terhadap keinginan untuk menambah lagi makanan. Jika ada makanan yang terlebih, elakkan dari menghabiskannya. Lakukan apa sahaja asalkan anda mengawal keinginan makan berlebihan. Jangan pula niat nak jadi ‘tong sampah’ kerana tak nak membazir!

5. Teman si dia makan

Selalu berlaku, awalnya niat nak teman pasangan makan. Terlalu lama merenung makanan, akhirnya terbabas sampai makan sekali! Situasi ini sering berlaku apabila anda masak dan makan bersama-sama. Jika ini masalah anda, ikutlah tip ini apabila masak di rumah. Gunakan bahan-bahan yang sama tetapi masak hidangan yang berbeza. Anda pilih hidangan yang lebih sihat dan kurang kalori.

IKLAN

6. Guna pinggan & mangkuk besar

Tahukah bahawa saiz pinggan atau mangkuk boleh menjurus kepada makan berlebihan? Apabila terdapat lebih banyak ruang pada pinggan atau mangkuk, ini membuatkan bahagian makanan kelihatan sedikit sedangkan itulah bahagian makanan yang sepatutnya anda makan. Selepas ini, boleh guna pinggan kecil ya!

7. Ikut sangat keinginan

Sesiapa sahaja akan terfikir keburukan selepas menikmati sesuatu makanan. Yang mana dia menurut saja rasa hatinya mahu makan demi kesihatan tubuh barangkali akan mendapat keputusan yang sebaliknya. Dalam satu kajian donut terkenal, pengkaji menemui wanita yang menerima pesanan belas kasihan selepas makan donut akan makan kurang gula-gula jika dibandingkan dengan mereka yang tidak menerima pesanan yang sama.

8. Pandang remeh snek atau makanan ringan

Malangnya, ada antara kita yang menganggap makan snek atau makanan ringan adalah tidak baik. Tahukah anda, makanan ringan boleh membantu anda mencapai sasaran menyihatkan. Asalkan anda mengikutnya melalui perspektif sihat. Snek sebelum dan selepas bersenam memberi bekalan tenaga dengan zat yang diperlukan tubuh. Menikmati snek sihat antara waktu makan boleh membantu anda daripada terlebih makan.

IKLAN

9. Terlebih makan selepas bersenam

Bersenam dah elok tapi jangan gunakan alasan tersebut untuk menurut kata hati dan makan dengan banyak. Melainkan waktu makan, snek selepas waktu bersenam seharusnya mengandungi lebih kurang 150 kalori.

10. Konon stres, ikut sangat emosi!

Ada sesetengah orang, suka hilangkan tekanan dengan pilih jalan makan sepuas hati. Tolonglah… makan dengan banyak apabila berada dalam keadaan tertekan atau sedih akan membuatkan anda berlaku tidak adil pada tubuh.

Lain kali apabila anda mahu makan snek yang tidak sihat, tanyalah diri sama ada anda lapar atau sebaliknya. Soalan ini seperti mudah tetapi tiga perkataan ini boleh menjadi satu perbezaan besar dalam tabiat terlebih makan.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI