Ads

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026, Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

Parenting A+ Forum 2026 anjuran Pa&Ma yang diispirasikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Januari 2026 bertempat di SACC Convention Centre, Shah Alam.

Forum ini berjaya menghimpunkan lebih  200 ibu bapa dari sekitar Lembah Klang yang hadir mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah anak masing-masing, sekali gus membuktikan komitmen tinggi ibu bapa terhadap pendidikan dan kesejahteraan anak-anak.

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

Antara sekolah yang terlibat dalam Parenting A+ Forum 2026 termasuk SK Sungai Udang, Klang, SK Seksyen 19, Shah Alam, SK Telok Gadong, Klang. SK Seksyen 27 (1), Shah Alam, SK Dato’ Onn Jaafar, USJ 15 Subang Jaya, SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam, SK Telok Menegon, Klang, SK Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, SK Pulau Indah 2, Klang dan SK Tengku Bendahara Azman 1, Klang.

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

Sokongan Penuh Penganjur Demi Ilmu Keibubapaan

Sebelum forum bermula, Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd, En. Syamil Fahim, melahirkan rasa bangga terhadap penganjuran Parenting A+ Forum 2026 yang membuka ruang kepada ibu bapa untuk menimba ilmu keibubapaan secara lebih menyeluruh.

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

Beliau turut menegaskan kepentingan platform sebegini dalam membantu ibu bapa mendapatkan panduan terus daripada pakar serta selebriti jemputan yang berpengalaman.

Anak Aktif Bukan Anak Nakal, Tetapi Penuh Potensi

Slot pertama forum dimulakan bersama Da’i Fuad Mokhtar yang mengupas pendekatan ibu bapa dalam menangani anak-anak yang aktif. Menurut beliau, kanak-kanak aktif bukanlah nakal sebaliknya memiliki kebijaksanaan dan potensi besar yang perlu dibimbing dengan cara yang betul.

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

Sokongan emosi, kefahaman serta doa berterusan daripada ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan diri anak-anak agar potensi mereka dapat disalurkan ke arah yang positif.

Gajet Sebagai Alat Pendidikan Dengan Kawalan

Ads

Forum diteruskan dengan pasangan selebriti Nad Zainal dan Ungku Ismail yang berkongsi pengalaman mereka memanfaatkan penggunaan gajet sebagai medium pembelajaran khususnya bagi subjek Matematik. Ungku Ismail menekankan bahawa minat anak terhadap pembelajaran perlu dipupuk bermula dari rumah dan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada guru di sekolah. Ibu bapa perlu lebih peka dan terlibat secara aktif dalam pendidikan anak-anak.

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

Nad Zainal pula berkongsi bahawa penggunaan gajet dalam keluarga mereka dihadkan kepada tujuan pembelajaran seperti menyelesaikan tugasan Matematik melalui aplikasi Power Congak, selain aktiviti hiburan yang hanya dibenarkan pada hujung minggu. Menurut beliau, mereka juga bersetuju untuk hanya membenarkan anak-anak memiliki telefon pintar sendiri apabila melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej.

Ancaman Influenza dan RSV Tidak Boleh Dipandang Ringan

Sesi seterusnya menampilkan Dr. Syed Abdul Khaliq, Pakar Perunding Neonatologi dan Pediatrik yang membincangkan isu kesihatan kanak-kanak berkaitan Influenza dan RSV.

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

Dr. Syed menjelaskan bahawa kedua-dua penyakit ini merupakan ancaman serius kerana mudah berjangkit dan boleh mendatangkan komplikasi sekiranya tidak dicegah atau dirawat lebih awal.

Beliau turut menekankan kebimbangan penularan penyakit ini dalam kalangan kanak-kanak di sekolah, taska atau pusat jagaan. Sebagai langkah pencegahan, pengambilan vaksin tahunan disarankan bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan dan melindungi kesihatan anak-anak.

Perancangan Simpanan Pendidikan Sejak Awal

Forum kemudiannya diteruskan bersama Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN yang berkongsi kepentingan perancangan kewangan dan simpanan pendidikan.

Ads

Menurut beliau, Simpan SSPN menawarkan pelbagai manfaat kepada pendeposit termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, GerancSepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin Kerajaan dan patuh syariah.

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

Pn. Wan Zawiah turut menegaskan bahawa perancangan awal simpanan pendidikan mampu membantu anak-anak melanjutkan pelajaran tanpa dibebani masalah kewangan, sekali gus melahirkan generasi berilmu dan berkualiti pada masa hadapan.

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

Harapan beliau agar Simpan SSPN ini sewajarnya dimiliki oleh setiap isi rumah kerana ia bukan hanya simpanan semata-mata tetapi turut menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat yang baik dan menyeluruh untuk kita khusus buat masyarakat Malaysia.

Majlis Peluncuran dan Penghargaan Buat Warga Pendidikan

Detik peluncuran Parenting A+ Forum 2026 telah disempurnakan oleh Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN dan diiringi En. Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd, En. Lokman Affandy,  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd, Pn. Rohaida Deris, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Selangor serta Pn. Rosiati Elias, Editor Pengurusan Interim, Grup Family & Parenting NU Ideaktiv Sdn Bhd.

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

Majlis ini turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan dan sumbangan wang tunai bernilai RM200 kepada Guru Besar serta Yang Dipertua PIBG sekolah terlibat. Acara peluncuran menjadi lebih bermakna dengan persembahan lagu Simpan SSPN, “Terbang Tinggi” yang dinyanyikan oleh penyanyi cilik berbakat besar, Eriq Fikri.

Ads

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

 Mengurus Harapan Ibu Bapa Terhadap Anak

Perkongsian diteruskan oleh Pakar Motivasi terkenal, Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Abah . Beliau menyentuh tentang harapan ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak yang kadangkala tanpa sedar boleh memberi tekanan emosi kepada mereka.

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa
Tok Abah turut berkongsi panduan mendidik anak dengan meletakkan harapan yang realistik tanpa menjejaskan emosi dan keyakinan diri anak-anak.

Kesihatan Anak Asas Kepada Perkembangan Menyeluruh

Slot seterusnya menampilkan Dr. Nisa Khalil, Pakar Perunding Kanak-Kanak, yang memberi fokus kepada aspek kesihatan anak. Beliau menekankan kepentingan ibu bapa memahami tahap kesihatan anak serta langkah pencegahan bagi mengelakkan anak kerap jatuh sakit.

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

Perkongsian turut merangkumi cara meningkatkan sistem imuniti anak agar mereka dapat membesar dengan sihat dan aktif.

Hubungan Ibu dan Anak Asas Keluarga Bahagia

Slot terakhir Parenting A+ Forum 2026 disampaikan oleh pelakon dan model, Anzalna Nasir yang berkongsi pengalaman membina hubungan rapat bersama anaknya, Mohamad Eidrees. Anzalna menekankan kepentingan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dalam membentuk karakter positif serta mengukuhkan hubungan kekeluargaan yang harmoni.

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

Penutup Meriah dan Penghargaan Buat Penaja

Forum diakhiri dengan Cabutan Istimewa yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk barangan elektrik, peralatan memasak dan hamper. Setiap peserta turut menerima goodies eksklusif tajaan CHAMPS, SABUN BADANG, BZU BZU dan BUTIK TATEH sebagai tanda penghargaan.

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026,  Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa

Pa&Ma merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada THE BUNGE atas tajaan jambangan bunga kepada semua tetamu kehormat, pakar dan selebriti jemputan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada EVENTECH serta pihak SACC Convention Centre, Shah Alam, atas sokongan teknikal dan layanan terbaik sepanjang forum berlangsung.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

bayar ptptn

Cara Bayar PTPTN Guna KWSP: Syarat, Prosedur & Perkara Penting Yang...

Ingin bayar PTPTN guna KWSP? Ketahui syarat kelayakan, langkah permohonan dan perkara penting sebelum membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk bayaran pinjaman pendidikan. Ramai peminjam PTPTN...