Syurga bagi seorang isteri terletak pada suaminya, manakala syurga anak lelaki pula terletak pada ibunya.
Bahkan melangkah ke alam rumahtangga, kita diajar status ibu mentua itu sama dengan ibu sendiri. Sebagaimana kita menyayangi ibu yang melahirkan dan membesarkan kita, begitu jugalah kasih sayang yang terlempar pada keluarga mentua.
Namun tidak semua rumahtangga itu bahagia kerana wujudnya mentua toksid yang mampu merosakkan rumahtangga anaknya sendiri.
Dikongsi dari fb Dr Azizul Azli Ahmad, dikongsikan luahan seorang isteri mengenai sikap ibu mentua yang menjadi toksid dalam rumahtangganya hingga timbul rasa menyesal kerana terlalu caring.
Baca perkongsiannya, tidak semua rumahtangga begini kerana banyak juga mentua yang baik.
Mentua toksid juga wujud?
Ads
Assalamualaikum Tuan Azizul. Saya terbaca post tuan mengenai Antara Takdir atau Tadbir.
Saya dah tersalah langkah, terlebih-lebih caring terhadap keluarga mentua saya.
Memandangkan saya menantu pertama yang bergaji besar, mentua dan adik-beradik suami banyak berhutang dengan saya. Sebab saya jenis tak sampai hati. Sebutlah, laptop, barang kemas setiap sorang, kereta baru, duit rumah elak kena lelong semua saya bagi.
Ads
Cara hidup mereka adalah hidup untuk hari ini. Kalau nanti takde duit, boleh mintak tolong atau hutang orang. Yang buat saya terkejut, berhutang dengan Ah long pun pernah.
Baru-baru ini saya dan suami difitnah adik ipar kononnya sejak suami berkahwin dan hidup senang dengan saya, kami menghina mereka. Saya yakin ini adalah salah faham, tapi kami tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan dan kami dibuang.
Kami plan nak beli rumah pertama kami, tapi saya tak nak sambung bayar kereta mentua saya. Kalau saya tak bayar siapa nak bayar? Suami saya pun serik nak tolong keluarganya sebab kami difitnah sampai dibuang keluarga.
Kalau saya biar kereta tak dibayar dan ditarik, saya akan disenarai hitam ke oleh bank? Kereta mentua tu atas nama saya. Ini kali pertama dalam hidup saya menyesali perbuatan baik yang saya pernah buat.
Saya minta bantuan tuan untuk memberi cadangan kes saya ni. Terima kasih banyak-banyak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang ada benarnya berjaya mengekalkan 15-20 tahun usia perkahwinan, jika tiada sifat sabar diantara suami isteri tak mungkin ia dapat bertahan. Asas perhubungan dalam perkahwinan seharusnya mempunyai sifat sabar yang tinggi. Bersikap sabar bukan sahaja pada pasangan, namun juga pada perkara-perkara yang lain.
Bila orang tanya, dah berapa lama kahwin?
“15 tahun dah, 20 tahun dah…”
Wah, ni mesti pandai jaga hati pasangan, pandai masak, pandai mengemas rumah, pandai jaga badan, pandai bergaya.Seronok la boleh kekal lama macam tu.
Sebenarnya, kunci kepada lamanya perhubungan itu adalah SABAR…orang akan nampak macam 20 tahun tu adalah tempoh yang seronok, yang bahagia, walhal dalam 20 tahun tu dah macam-macam yang jadi dalam rumahtangga.
Dah pernah ada rasa nak berpisah, dah pernah ada rasa nak mengalah, dah pernah ada rasa tawar hati, dah pernah ada rasa nak hidup sendiri. Kalau bukan disebabkan sifat sabar yang ada dalam hati tu, tak mungkin dan hampir mustahil untuk bertahan selama tempoh tersebut.
Sepanjang tempoh mendirikan rumahtangga, ada naik turunnya…ada ketikanya bahagia, ada ketikanya bermasam muka…bukan hari-hari kita gembira, dan bukan juga hari-hari kita berduka.
Sabar dalam rumahtangga ni tak terhad kepada sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan semata-mata. Ada orang bersabar dengan mertua, ada orang bersabar dengan ipar duai, ada orang bersabar dengan orang ketiga, ada orang bersabar dengan kesusahan keluarga, ada orang bersabar dengan ujian kesihatan, ada orang bersabar dengan rezeki Allah s.w.t dan sebagainya…
Kalau sabar itu tiada dihati, dalam beberapa bulan sahaja hubungan tu dah tamat, dah diletakkan titik hanya kerana tak sabar.
Tak sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan, tak sabar dengan mulut mertua, tak sabar dengan karenah ipar duai, tak sabar dengan kehadiran orang ketiga, tak sabar hidup susah dan sebagainya.
Uniknya hati tu kerana hati sentiasa berpesan dan menasihati diri serta akal untuk terus menanti sesuatu yang tak pasti. Hati kalau dah sayang, akan sentiasa meletakkan harapan dalam hubungan tu agar ianya berkekalan.
Selagi hati boleh bersabar, maka selagi itulah hubungan akan berjalan walaupun ianya tidak selancar yang difikirkan…
Untuk berada dalam tempoh 15 tahun, 20 tahun perhubungan bukanlah sesuatu yang sukar, namun ianya juga tidak semudah yang disangkakan.
Hanya SABAR sebagai peneman.
Nota Kaki : Ada orang, kesabaran dia hilang selepas 20 tahun…disaat kesabaran dia hilanglah dia mula untuk buat pilihan yang baru kerana dia dah cukup lama BERSABAR.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya sifat sabar asas dalam perhubungan perkahwinan untuk kekal bertahan lama. Bersabarlah selagi mampu bersabar.
Kerja rumah bukannya dengan mengharapkan ibu dan anak perempuan saja. Kena ajar anak lelaki kena buat kerja rumah juga. Baru dia tahu penat dan susahnya.
Itulah yang perlu ditekankan oleh mak ayah. Bukan nak merajakan anak tapi sekurangnya dia tahu rasa tanggungjawab dan berdikari bila mak ayah tiada nanti.
Tak bersih dan kurang kemas itu perkara biasa, sekurangnya kita ajar dia buat kerja rumah. Lama-kelaman dia akan pandai dengan sendiri.
Malah, dia akan jadi lebih matang seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini.
Kadang-kadang, kita merasakan kerja rumah ni macam biasa je tapi bila anak lelaki buat kerja rumah, ia akan jadi lebih berdikari.
Paling penting, anak jadi makin hormat pada ibu bila dia tahu betapa susah dan penatnya buat kerja rumah.
Nak ajar kenalah bermula dengan anak lelaki buat kerja rumah. Ini antara cara paling praktikal untuk latih anak disiplin dan tanggungjawab.
Selain itu, ajar anak lelaki buat kerja rumah juga dapat mengasih kemahiran & rancang anak kita. Makin pandai la dia urus dirinya sendiri.
Bukan itu je, anak yang biasa buat kerja rumah akan lebih cepat matang berbanding yang tak biasa buat kerja rumah. Jadi ibu ayah, buat kerja rumah bukan nak mendera tapi nak mendidik mereka.
Mingguan Wanita : Kerja rumah bukan ajar anak perempuan saja, anak lelaki pun sama. Baru dia tahu rasa tanggungjawab terutamanya bila dah berumahtangga.
Setiap isteri yang keluar bekerja mencari nafkah tentu ada alasan untuk mereka berbuat demikian. Adakah tujuannya untuk membantu urusan kewangan keluarga atau mengisi ruang waktu yang ada.
Apa pun alasannya, dalam pada bekerja, isteri tunaikanlah tanggungjawab utama yang perli dilaksanakan. Yang mana, tanggungjawab inilah yang sepatutnya isteri galas dalam keluarganya. Dan suami juga perlu memahamkan akan hal ini.
Hadamkan perkongsian Reni Bt Rahmat ini baik-baik. Kerana, apa juga matlamat dalam mencari nafkah keluarga. Keberkatan rezeki itulah keutamaan yang setiap suami mahupun isteri perlu pegang.
QS 4 (An Nisa) : 34 — menginformasikan tentang peranan dua golongan manusia yang diciptakan.
1) Lelaki – di tegaskan di dalam Al Quran ; tugasnya menjadi Imam. Pemimpin.
Bila Allah menyebut Pemimpin ; bererti 2 aspek perlu ditekuni.
Lelaki jika dibandingkan dengan perempuan ;
Lelaki diberi tanggungjawab mencari nafkah.
Nafkah di sebut juga infaq.
Infaq = Nafkah = Kewajipan yang perlu ditunaikan oleh para lelaki yang bergelar suami.
Ianya satu tugasan yang melekat pada suami.
Bukan isteri.
Paling penting – apabila diberi nafkah oleh ketua keluarga (suami) kepada anggota keluarganya —
“Sebanyak manakah nafkah yang diberi kepada keluarga mendekatkan keluarga itu kepada Allah?”
Di dalam sebuah institusi kekeluargaan ;
Yang di dalam nya terdapat —
Sebuah keluarga —
Tatkala suami keluar mencari nafkah dengan mengikut petunjuk Allah , di tambah dengan petunjuk-petunjuk lain yang dikeluarkan dari Al Quran —
Yang dimulakan dengan keyakinan tinggi hanya kepada Allah – mengakui bahawasanya tugas mencari nafkah itu tugas suami ;
Maka, dijamin langsung oleh Allah — rezeki untuk seisi rumah di turunkan.
Manakala perempuan itu pula – berperanan untuk menjaga harta yang di berikan oleh suami dengan menguruskan sebaiknya.
Jika di bawa pulang RM4,000.
Maka uruskan lah sebanyak RM4,000.
Usah meminta lebih.
Yang akhirnya membebankan suami.
Jika di bawa pulang RM4,000
Berbelanja lah dengan sebanyak yang di bawa pulang.
Kebiasaannya apabila tidak mencukupi, bukan kerana tidak cukupnya rezeki yang Allah beri,
Tetapi kerana kuatnya dorongan hawa nafsu kita terhadap sesuatu kehendak yang kita mahukan.
Maka, jadilah berduyun-duyun isteri yang berstatus surirumah tangga keluar bekerja.
Adakah ini salah?
Tidak menurut Al Quran.
Namun jika isteri yang keluar bekerja itu dengan tujuan untuk mencari nafkah – di saat dirinya mempunyai suami yang berkemampuan fizikal,
Usah di harap rezeki akan diturunkan untuk isi serumah nya – ini kerana rezeki yang di cari, hanya akan dapat untuk peribadinya sahaja.
Malahan, lebih menyesakkan dada —
Akan berlaku masalah di dalam rumahtangga.
Kenapa?
Kerana kita sedang menjalani kehidupan yang menyelisihi skrip berkehidupan Al Quran.
Al Quran kata begini.
Kita buat begitu.
Maka, sesuatu yang menyelisihi,
Pasti akan ada konsekuensi nya.
Akan ada impak nya.
Akan ada kesannya.
Oleh itu, sebagai seorang perempuan yang bergelar isteri,
Yang mempunyai hobi bekerja.
Jika duduk diam-diam ; boleh mati kutu di buatnya.
Pertamanya ; garisbawahi dulu niat untuk bekerja (berbisnes / keluar bekerja) itu untuk apa. Adakah mencari nafkah atau pun cuma sebagai tuntutan diri sendiri yang mahu bekerja.
Keduanya ; perlu pastikan tanggungjawab yang Allah tegaskan di dalam Al Quran sudah di selesaikan. Kerana tanggungjawab ini bakal di tanya oleh Allah di akhirat kelak.
Jika punyai anak —
Sudahkah menyusukannya?
Sudahkah mendidiknya dengan pendidikan agama yang benar.
Walaupun nampak mudah sahaja ;
Namun percaya lah — Inilah tugasan , peranan dan tanggungjawab ibu yang paling besar yang hakikatnya tidak mudah di lakukan.
Malahan, sifatnya ON GOING
Berterusan.
Berapa ramai ibu yang mendidik anak-anak mengenal Allah?
Berapa ramai ibu yang mendidik anak-anak yakin kepada Allah?
Berapa ramai ibu yang mendidik anak-anak tentang sahsiah, akhlak, adab?
Berapa ramai ibu yang mendidik anak-anak perkara berkehidupan mengikut petunjuk Al Quran
Berapa ramai ibu yang mendidik anak-anak solat, membetulkan solat, bacaan dalam solat.
MashaAllah.
Sungguh tidak mudah.
Kerana sebelum mahu mendidik anak-anak perihal ini semua, kita terlebih dahulu (ibu), perlu ada ilmu nya.
Dan bagaimana mahu berilmu, jika masa yang ada kita habiskan dengan perkara tuntutan keduniaan yang kita mahukan.
Sebab itu tidak mudah “mendidik anak” ini.
Ia perlukan masa bukan 1 jam, 2 jam, 3 jam tetapi keseluruhan masa yang ada sebagai seorang ibu itu.
Dan tidak mudah ini lah,
Yang bakal di tanya oleh Allah kelak.
Oleh itu, kata Ustaz Adi Hidayat —
Perempuan yang mahu bekerja, silakan.
Tiada salahnya
Tidak di larang.
Namun, bahasa riwayat ada menyebut ;
“Kamu bakal sulit kemudiannya”.
Kamu bakal penat kemudiannya.
Akan ada tugasan kamu yang terabaikan.
Ada tanggungjawab yang melekat pada perempuan yang tidak boleh di selesaikan oleh lelaki ; bakal tertunda. Bakal terabaikan.
Dan selalunya hukum Allah yang tidak diikuti – impak nya ; kehidupannya pasti penat.
Malahan, ketenangan juga sukar diraih.
Maka untuk suami,
Jalani lah peranan mu sebaik nya mengikut petunjuk Al Quran.
Keluarkan lah ayat-ayat nafkah di dalam Al Quran.
Dan tunggangi lah ia.
Hidup berumah-tangga mengikut skrip Al Quran ; pasti akan membuahkan hasil –
Keberkatan.
Sakinah
Mawaddah
Warahmah
Jika ada yang berlaku kepincangan di dalam nya, walau sudah pelbagai ikhtiar di lakukan,
Yakinlab – janji Allah itu benar.
Yang menjadikan rumahtangga itu sebegitu, bukan Allah,
Tetapi tidak lain, hanya lah di atas sikap kezaliman diri sendiri yang tidak mengikut petunjuk yang di sudah di informasikan di dalam Al Quran.
Sumber/Foto : #renirahmat Reni Bt Rahmat
– Masih belajar melayari kehidupan rumahtangga mengikut skrip Al Quran.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!