Tragedi yang meragut nyawa adik Zara Qairina Mahathir, 13, terus mendapat perhatian apabila lima remaja perempuan bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini, hari ini.
Dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus, kesemua tertuduh yang berusia bawah 18 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarhamah Zara Qairina pada malam 15 Julai lalu, di sebuah sekolah di Papar.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menggunakan perkataan yang boleh mengganggu perasaan arwah, antara jam 10 hingga 11 malam. Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ads
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, memaklumkan kepada media bahawa setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan deposit RM1,000 serta seorang penjamin tempatan. Beliau turut menegaskan, hanya perkara itu boleh didedahkan kerana mahkamah telah mengeluarkan perintah larangan berhubung butiran lain dalam prosiding.
Ads
Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Nor Azizah bersama Nik Haslinie Hashim dan Deepa Nair Thevaharan, manakala barisan peguam bela terdiri daripada nama-nama berpengalaman termasuk Datuk Ram Singh, Joan Goh, Prem Elmer Ganasan, Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylyester Kuan.
Ads
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 25 September dan 16 Oktober, manakala pendengaran kes dijadualkan bermula 8 hingga 12 Disember serta 15 hingga 19 Disember depan.
Hati mana yang tidak luluh bila mendengar berita tentang si kecil yang baru mengenal dunia, pergi terlalu cepat. Itulah yang berlaku kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan, Muammar Aidil, yang meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu ketika berada di sebuah taska di Wangsa Maju, pada 26 Mei lalu.
Hari ini, insiden menyayat hati itu berakhir di kamar mahkamah apabila seorang pengasuh, Nor Fatihah Abdul Rahim, 24, didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan cuai dalam menjalankan pengawasan sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut.
Nor Fatihah, yang hadir dengan jubah hijau, kelihatan sebak. Dia menangis teresak-esak selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin. Suasana menjadi pilu apabila dia ditenangkan ahli keluarga sebelum digari dan dibawa ke lokap mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa gagal mengadakan pengawasan dan pemeliharaan wajar sehingga mengakibatkan kematian Muammar Aidil. Kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar jam 11.08 pagi di taska terbabit.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali.
Pendakwa raya memohon agar tiada jaminan diberikan memandangkan kes ini melibatkan kehilangan nyawa seorang bayi. Namun, sekiranya jaminan dibenarkan, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah RM30,000 bersama syarat tambahan, termasuk melapor diri setiap bulan di balai polis, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi.
Nor Fatihah, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jaminan dikurangkan kerana menanggung keluarga di kampung.
“Saya ada tanggungan ibu, adik dan ayah kandung sakit saraf. Selain itu, saya ada komitmen dan hujung tahun ini akan berkahwin,” katanya dalam rayuan penuh emosi.
Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 September depan.
Kes ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap isu keselamatan anak-anak kecil di pusat penjagaan. Kematian Muammar Aidil bukan sekadar satu statistik, tetapi luka mendalam buat kedua ibu bapanya, juga amaran buat semua pihak agar soal pengawasan kanak-kanak tidak pernah dipandang remeh.
Menurut laporan polis sebelum ini, bedah siasat mengesahkan bayi berusia tujuh bulan itu meninggal akibat tersedak susu. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Anak kepada peguam, Aidil Khalid, dilaporkan meninggal dunia selepas dihantar ke taska. Menurut laporan Kosmo!, anak tunggalnya Muammar Aidil yang berusia tujuh bulan dikatakan tidak sedarkan diri selepas dihantar ke premis jagaan itu pada pukul 9.20 pagi.
Pemergian bayi lelaki itu sangat mengejutkan memandangkan bayi itu dihantar dalam keadaan sihat dan ceria oleh ibunya, Nur Farihah Meor Mazli, 29 pada hari kejadian.
Mengulas lanjut, Aidil berkata pada hari kejadian bayinya tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom tidak sihat.
Aidil berkata, isterinya menerima panggilan daripada pihak taska yang memaklumkan bayi mereka dalam keadaan seakan-akan pengsan, selain terdapat susu keluar dari hidungnya.
Nur Farihah segera bergegas ke taska berkenaan sebelum membawa bayinya ke Jabatan Kecemasan di sebuah hospital swasta di Setapak.
“Doktor yang melakukan pemeriksaan beritahu bayi kami tidak menunjukkan sebarang respons tetapi pasukan perubatan tetap berusaha memberikan bantuan pernafasan selama 40 minit.
Kes ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap isu keselamatan anak-anak kecil di pusat penjagaan. Kematian Muammar Aidil bukan sekadar satu statistik, tetapi luka mendalam buat kedua ibu bapanya, juga amaran buat semua pihak agar soal pengawasan kanak-kanak tidak pernah dipandang remeh.
Menurut laporan polis sebelum ini, bedah siasat mengesahkan bayi berusia tujuh bulan itu meninggal akibat tersedak susu. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tragedi ini memberi pengajaran bahawa menitipkan anak bukanlah perkara kecil. Berikut beberapa panduan yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa:
Jika anda rasa sesuatu tidak kena dengan suasana taska atau cara pengasuh melayan anak, usah diabaikan.
Nyawa anak adalah amanah paling berharga. Ibu bapa tidak boleh berkompromi soal keselamatan, manakala pengasuh pula perlu sedar bahawa setiap bayi yang dijaga adalah tanggungjawab besar yang menuntut kesabaran, disiplin, dan ilmu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pusat tuisyen yang sinonim dengan kecemerlangan akademik, PTTI, terus melakar sejarah dengan pelancaran cawangan ketiganya di Shah Alam. Langkah ini menandakan komitmen berterusan PTTI dalam memperluas akses pendidikan berkualiti untuk pelajar Malaysia, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bersempena pembukaan baharu ini, PTTI menyasarkan 500 calon SPM 2025 dari Shah Alam untuk menyertai program bimbingan yang ditawarkan. Tidak terhenti di situ, sasaran lebih besar turut digariskan iaitu melibatkan 12,000 pelajar di seluruh negara, melalui gabungan sesi fizikal di tiga cawangan utama dan platform pembelajaran dalam talian.
Sejak ditubuhkan, ia berjaya melahirkan ribuan pelajar cemerlang, termasuk ratusan pelajar yang memperoleh keputusan straight A. Kejayaan ini berpaksikan pendekatan unik modul berfokus peperiksaan, bimbingan konsisten serta pengisian motivasi yang membina keyakinan diri pelajar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa Cikgu Fana, menegaskan bahawa pembukaan cawangan Shah Alam adalah bukti nyata komitmen PTTI.
“Kami mahu setiap anak bangsa merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan tetapi dalam masa sama berkesan. Sasaran ini bukan sekadar angka, tetapi amanah besar yang akan kami laksanakan sebaiknya.”
Majlis pelancaran turut meriah dengan kehadiran MK K-Clique dan Iman Troye selaku duta PTTI. Kehadiran mereka bukan sekadar simbolik, malah turut menyuntik semangat kepada para pelajar.
menurut duta jenama, MK K-Clique, ilmu merupakan kunci masa depan. Dia amat bangga bersama PTTI kerana mereka bukan sekadar mengajar, tetapi membimbing dan memberi semangat. Saya mahu lihat lebih ramai pelajar Malaysia lahir sebagai insan yakin, berdisiplin dan mampu mencipta sejarah.
Sementara itu, Iman Troye yang sudah empat tahun bersama keluarga PTTI turut berkongsi pandangannya.
“Sebagai anak muda, saya faham cabaran belajar sambil mengejar cita-cita. Kehadiran PTTI memberi peluang untuk belajar dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Saya yakin PTTI akan terus melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang.”
Meneruskan misinya membantu pelajar, PTTI bakal menganjurkan Seminar Shortcut Last Minute SPM secara percuma pada 27 hingga 30 Ogos ini. Program ini terbuka kepada semua calon SPM di Malaysia dan boleh diakses melalui pendaftaran di laman web rasmi.
Di sebalik senyum dan tawa seorang anak, tersembunyi harapan besar sebuah keluarga. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata, harapan itu lenyap apabila takdir Allah mendahului segalanya.
Itulah yang dirasai oleh Halim Lewo, 56, apabila anak sulung kesayangannya, Putri Alya Maisara, 19 tahun, menghembuskan nafas terakhir selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di hadapan Masjid Pekan Sri Medan, Batu Pahat.
Hati mana yang tidak luluh apabila melihat sekujur tubuh anak gadis terperosok kaku di bawah kereta? Dengan linangan air mata, hanya lafaz zikir dan doa mampu diungkapkan Halim sebaik tiba di lokasi kejadian.
“Lebih kurang jam 5.40 petang, saya terima panggilan memaklumkan anak saya kemalangan. Bila saya tanya keadaan macam mana, orang itu jawab anak saya tak sedarkan diri.
“Saya baru hendak bersiap bila sekali lagi telefon berdering… kali ini mereka beritahu, Putri Alya sudah tiada. Allah… luluh hati saya ketika itu,” kata Halim sebak.
Putri Alya bukan gadis biasa. Dia adalah anak sulung daripada empat beradik, penyejuk hati ibu bapa dan contoh kepada adik-adiknya.
Arwah merupakan penuntut tahun pertama UiTM Lendu, Melaka dalam bidang Pengurusan Pejabat sepatutnya kembali menyambung pengajian pada Oktober ini untuk tahun kedua. Namun, segalanya terhenti di sini.
“Dia anak harapan keluarga, memandangkan adik-adiknya masih bersekolah. Tapi Allah lebih menyayanginya,” ujar Halim dalam nada yang tersekat-sekat.
Arwah yang sedang bercuti semester selama dua bulan jarang keluar rumah. Kebiasaannya, dia lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga. Malam itu, dia sekadar meminta izin keluar sebentar untuk membeli makanan dan itulah kali terakhir ayahnya melihat senyuman manis Putri Alya.
Menurut saksi, jasad Putri Alya terperosok di bawah kereta selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh. Orang ramai yang berada di lokasi segera mengangkat kenderaan tersebut untuk mengeluarkannya. Namun, nyawa gadis manis ini sudah tertulis sampai di situ.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mengesahkan kejadian berkenaan. Bagi seorang bapa, keperitan ini bukan sedikit. Namun, di sebalik air mata, ada redha yang terpaksa ditelan.