Memang Puas Hati Bila Buat Sendiri ‘Giant Bubble’ Ni, Paling Penting Jimat Kos!

Share

Cuti sekolah yang masih berbaki beberapa hari lagi ini, apa kata penuhi aktiviti anak-anak dengan cuba buat sendiri ‘Giant Bubble’ atau buih sabun ni. Biasanya, buih sabun ‘Giant Bubble’ ini dijual ditepi pantai atau di taman-taman rekreasi dengan harga RM5 untuk 1 mangkuk kecil.

Mak ayah tak perlu nak merungut lagi dah bila anak minta belikan giant bubble ni. Buat sendiri lagi senang, puas hati & paling penting jimat kos. Anak-anak pun pasti suka dengan aktiviti ini dan boleh main sepuas hati. Jom cuba, ikut langkah dibawah ni.

Bahan-Bahan:

250 ml pencuci pinggan
4 sudu besar tepung ubi kayu/jagung
1.5 liter air
1 sudu besar serbuk penaik

Cara Membuat (Buih Sabun):

Campurkan kesemua bahan-bahan ini dan kacau sebati.

Bahan-Bahan:

Penyangkut baju jenis dawai
Tali jenis kain
Pita Pelekat

Cara Membuat (Bubble wand/ pemegang):

1.Lenturkan penyangkut baju jenis dawai seperti dalam gambar.
2.Lilitkan dengan tali jenis kain pada sekeliling penyangkut ini.
3.Lilitkan dengan pita pelekat pada bahagian pemegang.

Info Ekstra:

Pastikan pencuci pinggan mempunyai kadar kepekatan yang tinggi.
Penggunaan tali jenis kain membantu penyerapan buih sabun yang lebih banyak dan menghasilkan ‘giant bubble’ yang lebih berkualiti.

 

IKLAN