Ads

Puncak Alam Berduka: Mayat Khairil Izani Ditemukan Selepas Tiga Hari Hilang, Hanyut Dalam 10KM

Khairil Izani
Khairil Izani

Hilang kata-kata, tidak layak menasihati mak ayah kepada adik Khairil Izani untuk bersabar dalam situasi ini. Namun macam mana pahit pun sebuah kenyataan, tetap kena kuat menghadapi dugaan kehilangan anak sulungnya.

Selepas tiga hari operasi mencari, akhirnya adik Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam terungkai apabila mayatnya ditemukan di tebing sungai, Sungai Buloh pada Khamis.

Mayat Khairil Izani Ditemukan Selepas Tiga Hari Hilang

Puncak Alam Berduka: Mayat Khairil Izani Ditemukan Selepas Tiga Hari Hilang, Hanyut Dalam 10KM

Menerusi portal Sinar Harian, mayat mangsa ditemui terapung sebelum disedari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama yang melakukan pencarian di lokasi terbabit.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, mangsa yang dilaporkan hilang pada Selasa ditemukan pada jam 1 tengah hari.

Ads

“Pasukan bomba PPDA bersama PBS Saujana Utama telah menemui mangsa di Sungai Buloh menghala ke Ijok selepas memulakan pencarian dari pusat kawalan bomba (PKB).

“Pencarian bermula dari parit berhampiran Masjid Taman Alam Jaya sebelum bergerak kira-kira lima kilometer sehingga ke sungai berkenaan,” katanya .

Hanyut Dalam 10KM

Puncak Alam Berduka: Mayat Khairil Izani Ditemukan Selepas Tiga Hari Hilang, Hanyut Dalam 10KM

Ads

Beliau berkata, secara keseluruhan, jarak dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dianggarkan sekitar 10 kilometer.

Puncak Alam Berduka: Mayat Khairil Izani Ditemukan Selepas Tiga Hari Hilang, Hanyut Dalam 10KM

“Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, masih berbaju cerah dan memakai seluar hitam,” katanya.

Ads

Beliau berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital UiTM bagi tujuan bedah siasat.

Anda mungkin berminat dengan

“Kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Bukan mudah untuk terima berita ini, namun sekurang-kurangnya jasad ditemui. Apa pun, semoga mak ayah adik Khairil Izani tabah hadapi ujian Allah dan arwah di tempatkan di kalangan orang beriman.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

anzalna nasir

Penyewa Dibantu Anzalna Nasir Tular, Pemilik Rumah Luah Bil Cecah RM3,000...

Anzalna Nasir kembali jadi perhatian apabila kisah penyewa yang pernah dibantunya tular, susulan luahan owner rumah mengenai bil tertunggak dan dilema menghalau penyewa.