Mayat Bayi Lelaki Berlumuran Darah Ditemui Di Taman Permainan, PPR Gua Musang, Ditanam Sedalam 10sm

Share

Mayat bayi lelaki berlumuran darah ditemui di taman permainan, PPR Gua Musang, ditanam sedalam 10cm. Mayat seorang bayi lelaki yang berlumuran darah ditemui di sebuah taman permainan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang semalam dipercayai telah ditanam secara cetek dengan kedalaman kira-kira 10 sentimeter.

Mayat Bayi Lelaki Berlumuran Darah Ditemui Di Taman Permainan, PPR Gua Musang, Ditanam Sedalam 10sm

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memaklumkan, berdasarkan keterangan saksi, bayi berkenaan dijumpai berhampiran tong sampah di kawasan taman tersebut.

Menurut beliau, mayat bayi itu dibungkus dengan kain putih sebelum ditimbus sedalam lebih kurang 10 sentimeter di tanah.

“Polis masih mengesan suspek terlibat dalam kes pembuangan mayat bayi lelaki tersebut. Mayat bayi berkenaan telah dibawa ke Jabatan Forensik Perubatan Hospital Gua Musang kira-kira pukul 1 pagi tadi untuk proses bedah siasat.

“Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengenal pasti suspek yang terlibat. Usaha menghubungi pihak hospital dan sekolah berdekatan untuk mengesan suspek terlibat juga telah dijalankan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan penemuan bayi lelaki yang dibalut dengan kain lampin dan berlumuran darah di taman permainan PPR Gua Musang.

Sumber: Kosmo online

Baca artikel lain juga: Duda Maut Ditikam Di Hadapan Rumah, Baru Dua Minggu Bertunang

Ibu Syamsul Haris Dedah Wujud Tanda Pada Dada Arwah, Ada Kesan Umpama Ditikam, Terkena Objek Tajam

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Published by
Has