Terkini, Abby Abadi berkongsi lagi perkembangan bayi pramatangnya, Baby Danial yang masih ditahan di wad NICU (neonatal intensive care unit). Kata pelakon drama kepolisian Gerak Khas ini, anaknya dah boleh buka kedua belah mata.
Paling membahagiakan hatinya, Abby akhirnya berpeluang mencium Baby Danial. Memandangkan waktu kelahiran Baby Danial cuma seberat kira-kira 535 gram, demi survival Baby Danial menggunakan mesin untuk bernafas.
Jadinya, agak terhad untuk ayah ibu membelai mahupun mendakap bayi yang tidak cukup bulan ini. Apa pun, kurniaan Baby Danial ini Abby anggap sebagai satu hadiah daripada Allah.
Ads
Kongsi Abby,
Syukur Alhamdullillah,
Terima Kasih @nora_meylana sudi mendoakan dan buat solat hajat untuk baby kami di Rumah ALLAH yang paling indah ini.
Tak putus yang mendoakan Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami. Sangat terharu atas kasih sayang semua khususnya yang sudi mendoakan.
Baby Danial Dah Pandai Buka Kedua Belah Mata
(Ketika catatan ditulis) 10 Oktober 2019, 14 hari dah umur Hero kami Baby Muhammad Danial Firman. Hari-hari Mama Abah datang hantar susu, belai-belai, urut-urut dan sembang-sembang dengan Baby Danial, bacakan ayat Quran.
Setiap kali datang, kami mesti cakap, ‘Assalamualaikum Baby Danial. Sihat hari ni? Baby Danial buka 2/2 belah mata dia.. Macam dah kenal suara Mama Abah.’
(2/3hari ni pandai dah dia buka 2/2 belah mata dia)
Ads
Mama Dapat Cium Kepala Baby Danial
Kita selalu bagitau Mama sayang sangat-sangat Baby Danial. Semua tunggu Baby Danial balik rumah. Baby Danial kena kuat k. Mesti bertahan untuk Mama Abah bawa balik jumpa Abang Kakak semua. Mama tak sabar nak jaga sendiri Baby Danial.. Nampak bergenang airmata dia. Mama pun cembeng lebih beberapa hari ni.. Abah @jaiezzany pun.
Tadi Mama dapat cium kepala Baby Danial yey! Kebetulan staf nurse yang bertugas jaga Baby Danial nak salin lapik tilam Baby Danial, dia angkat Baby Danial keluar dari inkubator tu, jadi Mama dapat cium sekali kepala dia…
Nak lama tak boleh sebab Baby Danial masih bernafas pakai mesin. Jadi staf nurse pun cepat-cepat masukkan semula dan sambung terus wayar pernafasan tu. Takpelah yang penting dapat dah cium walaupun sekejap.
Ads
Dulu Semua Anak-anak Bersalin Normal..
Ujian besar Mama Abah untuk anugerah kali ni… Kalau dulu semua anak-anak bersalin normal, jaga semua tiada kerisauan berganda. Kali ni sebab ALLAH sayang lebih, ALLAH hadiahkan Baby Danial supaya sentiasa beringat ye Mama Abah ye, hidup bukan untuk seronok-seronok saja. Hidup penuh tanggungjawab.
Terima Kasih ALLAH. Semoga hadirnya Baby Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal ini akan membuatkan kami makin dekat denganMU dan hidup mati hanya keranaMU… Aminn
Esha gadis influencer jadi mangsa buli di Tik Tok, polis masih tahan reman pembuli akibatkan kematian. Seorang gadis influncer sosial media dikenali sebagai Esha nekad membunuh diri selepas dibuli di media sosial dua hari lalu.
Gadis Influencer Jadi Mangsa Buli Di Tik Tok
Dirinya menjadi mangsa oleh sekumpulan individu yang menggunakan nama samaran di akaun Tik Tok yang mengejek termasuk menggunakan gambar keluarga atas tujuan buli.
Ekoran kes kematian ini, pihak berkuasa telah menahan individu yang disyaki dan kandungan juga telah dinyah turun oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Polis Masih Tahan Reman Wanita Sebabkan Kematian
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan wanita berusia 35 tahun yang disyaki membuli mangsa telah ditahan di Rawang, Selangor pada jam 1.45 pagi Isnin
“Suspek kini direman tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib),” katanya dalam sidang akhbar di Forum Anak Syurga anjuran Al Kauthar Edukids dengan kerjasama PDRM, IPD Selangor dan PERKEP Selangor.
Keluarga mangsa menuntut pembelaan atas kematian EshaTangisan ibu yang kehilangan anak selepas tidak tahan dengan ugutan dan kata berbaur lucah dilemparkan hingga bertindak membunuh diri
Dalam kes buli di media sosial ini, Esha dikatakan tidak mampu menerima tekanan akibat dibuli berterusan di Tik Tok dan telah membuat laporan polis namun tidak sempat memberi keterangan selepas bertindak membunuh diri.
Dalam siasatan pihak polis, kejadian berlaku pada 30 Jun dan 1 Julai lalu, dirinya difitnah dan diugut di mana gambarnya telah digunakan.Kata-kata kesat dan lucah turut berlaku hingga mangsa nekad membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Suka guna mesin pengisar sebab nak mudahkan kerja tetapi kebanyakan orang suka biarkan blender selepas digunakan tanpa dicuci dulu. Kesannya mesin pengisar akan meninggalkan kesan kuning yang susah untuk dibersihkan, tambah pula kalau anda guna kunyit!
Andai dibiarkan, lama kelamaan warna kuning kunyit ini akan menjadikan bekas pengisar anda menjadi kehitaman dan seakan berdaki.
Untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang boleh anda cuba. Antara bahan yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan cuka
1 cawan air panas
CARA-CARA:
1. Masukkan air panas dan cuka ke dalam bekas pengisar. Biarkan selama 2-3 minit.
2. Kisar air bancuhan cuka tadi beberapa kali sehingga kesan kotoran pada mata pengisar hilang.
3. Bilas sekali lagi dengan air panas dan keringkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tong Gas Meletup, Bakal Pengantin Wanita Cedera Parah Melecur Seluruh Badan! Besar sungguh dugaan yang dihadapi oleh bakal pengantin ini, saat menanti debaran hari bahagia tidak lama lagi namun diuji dengan kecederaan parah apabila gas meletup sewaktu hendak memasak.
Tong Gas Petroleum Cecair (LPG) Meletup
Seorang bakal pengantin melecur hampir keseluruhan badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup ketika wanita itu dikatakan mahu memasak di kediamannya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dilaporkan ingin menggoreng ikan sebelum gas memasak berkenaan tiba-tiba meletup sehingga memusnahkan rumah dua tingkat terbabit.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi berhubung insiden itu.
“Setiba di tempat kejadian, anggota mendapati seorang wanita mengalami kecederaan dan sudah dibawa keluar oleh jiran sebelum pasukan bomba sampai.
“Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB), di sini, untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bakal Mendirikan Rumahtangga Januari Depan
Difahamkan, mangsa bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan dan mendiami rumah terbabit bersama adik lelaki serta isterinya.
Mohamad Hazam memaklumkan, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal yang diparkir di halaman rumah berkenaan mengalami kerosakan.
Seterusnya, beliau berkata, anggota bomba melakukan kerja-kerja pemantauan dan kawalan supaya tiada letupan susulan berlaku.
“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...