Masalah rumah tangga ‘akan datang’ bila ada ‘orang lain’ dalam hidup suami isteri. Kadangkala, hubungan antara suami dan isteri berada dalam keadaan baik, tanpa sebarang masalah. Namun, konflik boleh timbul apabila terdapat “orang lain” yang mencampuri urusan rumah tangga mereka.
Masalah Rumah Tangga ‘Akan Datang’ Bila Ada ‘Orang Lain’ Dalam Hidup Suami Isteri
Kita tak pernah jemput orang lain dalam rumah tangga, tetapi kalau Allah nak bagi ujian tetap kena hadap dan bersabar. Nak-nak pula kalau ‘orang lain’ yang muncul itu memang golongan tersayang dalam keluarga.
Bukan senang nak jaga hubungan suami isteri. Dan lagi berbisa andai orang asing itu adalah PENGACAU RUMAH TANGGA. Jangan cepat melatah, perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.
Siapakah yang boleh dikategorikan sebagai “orang lain” dalam kehidupan suami isteri?
1. Mentua
Mentua berada di tangga pertama sebagai “orang lain” yang mempunyai kuasa besar dalam mencorakkan rumah tangga anak mereka. Ada mentua yang terlalu masuk campur sehingga setiap keputusan anak perlu mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.
Lebih merumitkan keadaan, ada mentua yang ingin mengetahui setiap perkara yang berlaku dalam rumah tangga anak mereka dan turut campur tangan dalam menyelesaikannya. Sikap ini sering kali menyebabkan menantu berasa kurang selesa, malah boleh mencetuskan perselisihan faham antara pasangan suami isteri.
2. Adik-Beradik
Selain mentua, adik-beradik juga boleh menjadi “orang lain” yang mengganggu keharmonian rumah tangga seseorang. Mereka yang terlalu mengambil tahu perihal rumah tangga adik, kakak, atau abang mereka berpotensi untuk campur tangan dengan niat tertentu.
Ada yang bersikap iri hati atau tidak menyukai pasangan adik-beradik mereka, lalu mencari peluang untuk memperbesarkan isu dan menimbulkan ketegangan. Sikap sebegini boleh menyebabkan pasangan kepada adik-beradik mereka berasa tertekan dan tidak selesa.
Ads
Seseorang yang sering mencampuri urusan rumah tangga orang lain kerana cemburu atau iri hati boleh dianggap sebagai individu yang menyedihkan kerana tidak mampu menerima kebahagiaan orang lain.
3. Orang Ketiga
Golongan ketiga ini adalah “orang lain” yang paling berbahaya dalam rumah tangga—iaitu individu luar yang cuba mengganggu hubungan suami isteri dengan menagih kasih dan memadu asmara dengan salah seorang pasangan.
Kehadiran orang ketiga boleh menjauhkan suami atau isteri daripada pasangan mereka dan menyebabkan mereka lupa akan tanggungjawab dalam rumah tangga. Ada pasangan yang berjaya mengatasi cabaran ini, namun ada juga yang tewas dan akhirnya rumah tangga runtuh kerana kehadiran orang ketiga.
Cara Mengatasi Gangguan “Orang Lain”
Tiga jenis “orang lain” ini perlu dielakkan dan ditangani dengan penuh kebijaksanaan. Hal rumah tangga sebaiknya diselesaikan antara suami dan isteri tanpa melibatkan pihak luar. Jika terlalu banyak bercerita kepada orang lain, kita sebenarnya sedang membuka ruang untuk mereka masuk dan meretakkan hubungan rumah tangga kita.
Apabila diuji dalam rumah tangga, baik suami mahupun isteri perlu banyak bersabar dan berusaha mencari jalan penyelesaian bersama. Jangan sesekali mendedahkan masalah rumah tangga kepada pihak luar kerana kita tidak tahu niat sebenar mereka.
Ads
Jika perlu, ambil masa untuk berjauhan seketika bagi meredakan keadaan. Namun, yang paling penting, sentiasa berbincang dengan pasangan untuk mencari titik persefahaman dan memastikan rumah tangga kekal harmoni.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak ramai lelaki yang mampu setia bila muncul orang ketiga, apatah lagi bila yang hadir itu kononnya bekas kekasihnya dulu.
Mulalah diimbas balik zaman bercinta dulu-dulu walau hakikatnya sudah mempunyai zuriat. Sekelip mata pengorbanan isteri dilupakan dan perasaannya diketepikan sampai remuk redam.
Sebelum hubungan pergi lebih jauh, cuba hadam perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini sejenak.
Bila Orang Ketiga Hadir
“Apa yang kita suka, belum tentu terbaik untuk kita..”
Bila dah berumah tangga ni, kadang-kadang Allah nak uji kesetiaan kita, maka Dia duga perasaan kita dengan hadirnya orang ketiga dalam hubungan kita.
Tak ramai yang mampu lepas dari ujian kesetiaan ini, jadi dilayani orang ketiga lebih dari yang pertama. Maka kita dah gagal dengan ujian ini, kita dah tak setia pada yang pertama.
Jika kita memilih untuk setia, Allah permudahkan lagi hidup kita. Allah bagi ganjarannya dan pahala sebab kita jaga hubungan kita, kita jaga ikhtilat kita, kita jaga ‘masjid’ kita.
Isteri Pertama Dah Korbankan Segalanya
Yang pertama itulah yang bersusah payah dengan kita, yang pertama itulah yang ada ketika kita dibawah, ketika kita tiada apa-apa dan ketika kita bukan siapa-siapa. Yang pertama itulah yang dahulunya sumber kekuatan kita tapi bila kita dah nampak yang ketiga, maka yang pertama dah menjadi sejarah.
Apa dibuatnya semua serba tak kena, sengaja diungkit-ungkit kesalahannya, disebut-sebut kekurangannya. Pengorbanannya jadi sia-sia.
Sedangkan dalam kita tak sedar, yang sebenarnya kita dah tewas dan gagal dalam ujian-Nya, kita leka, kita alpa. Kita tewas dengan nafsu kita sendiri, kita gagal mengawal hati kita sendiri.
Eloklah Hargai Sebelum Hilang
Itu baru satu, banyak dan pelbagai lagi ujian yang bakal kita tempuhi, kalau kita tak mampu nak setia pada yang satu, dua, tiga, empat pun masih tidak akan cukup untuk kita.
Hargai apa yang kita dah ada, sebelum ianya tiada.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meriah balik ramai-ramai berkumpul adik beradik musim raya, apatah lagi yang jauh di perantauan pun ada. Mak ayah apatah lagi, mesti bahagia tengok anak cucu depan mata.
Tetapi setiap kali raya, macam mana dengan kos perbelanjaan duit dapur nak ‘main masak-masak’? Itu belum kira soal duit bil api, orang tua saja ke kena tanggung?
Wujudkan Perbelanjaan Dapur
Hah, jangan buat pejam mata kalau dah anak-anak pun berderet. Biasanya yang tadah perut saja ramai, yang keluarkan duit buat tak nampak.
Kalau berlaku situasi seperti ini dalam keluarga, salah seorang adik beradik kena betulkan dan ikut cara yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan kali ini. Bersuara!
Raya ramai-ramai, dapat berkumpul semua adik-beradik memang seronok.
Ianya akan jadi TAK SERONOK kalau balik 5 family, tapi satu family saja yang kena tanggung serba serbi perbelanjaan dapur untuk kesemua yang balik beraya di kampung tu.
Pakat Adik Beradik
Benda ni adalah sesuatu yang susah nak kita cakap pada adik-beradik kita takut diorang terasa, takut jadi bermusuh, tapi kita tetap kena cakap.
“Abang, Kakak, Adik, tolong bagi sorang 100 atau 200 untuk beli ayam, daging, tulang, ikan, sayur dan kelengkapan-kelengkapan dapur dan raya yang lain-lain.”
Bayangkan 5 family, satu family 4 orang, dah hampir 20 orang satu rumah. Campur mak ayah kita, 22 orang. 22 orang sekali makan, bayangkan lauk banyak mana yang kita perlu beli, masak, dan hidangkan.
Modal tu, bukan biasa-biasa, banyak juga tu yang perlu dikeluarkan. Kerja pula biasa-biasa je, gaji tak besar mana. Abang, kakak, adik semua kerja hebat-hebat, balik naik Alphard, naik Honda, naik motor besar tapi nak keluar duit belanja dapur, beli barang raya…
KEMUT.
Kena Suarakan Minta Duit Perbelanjaan
Yang kerja biasa-biasa ini pula kena tanggung diorang. Maka daripada selalu makan hati ulam jantung, suarakan, PM sorang-sorang untuk minta duit barang. Jangan tanggung sorang-sorang.
Kalau awak tu dah berbelanja berhabisan sebab seronok rasa meriahnya duduk beramai-ramai ni, nanti tengah bulan diorang ada nak tanya awak, cukup duit ke tak untuk hidup? Tak, hadap la sorang-sorang… korek lah mana yang ada untuk hidup.
Banyak yang alami benda ni, balik beraya ramai-ramai, end up rasa terbeban sebab serba serbi kena keluar duit poket sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Adik Eusuf Muhammad, 3 tahun disahkan mengalami sindrom Lennox Gestaut (LGS) yang boleh menyebabkan dia diserang sawan kadangkala jumlahnya lebih 40 kali dalam sehari.
Buat masa ini, ibu dan ayahnya gigih mengumpulkan dana untuk pembedahan memasang alat penstabil gelombang otak. Kosnya menelan belanja, RM130 ribu. Allahu..
Tentunya hati lebih sayu sebaik saja anda menghabiskan nukilan Akhtar Syamir yang menceritakan kisah Adik Eusuf ini. Moga impian keluarga ini mahu memenuhkan dana bantuan Adik Eusuf menjadi nyata. Mingguan Wanita panjangkan kisah ini agar anda pembaca sudi membantu.
Assalamualaikum Uncle Dan Aunty
Boleh tak adik kenalkan diri? Nama adik, Eusuf Muhammad. Alhamdulillah mama melahirkan adik dengan sempurna pada 24 April 2015 di Bandar Baru Bangi. Adik seronok sangat dilahirkan di dunia. Ada papa, ada mama dan adik beradik yang lain. Diorang semua sayang kat adik. Adik tak sabar nak membesar dan bermain. Nanti adik nak pergi sekolah jumpa kawan – kawan baru.
Tapi… Masa adik nak sambut hari lahir yang pertama, kepala adik rasa sakit sangat. Mama kata adik diserang Enchepalitis. Adik tak tau ape tu. Nak sebut pun adik tak pandai. Tapi mama kata ada jangkitan kuman kat tisu otak adik. Mama kata lagi, jangkitan tu dah rosakkan otak kiri depan adik. Adik takut sangat bila mama cakap macam tu.
Maafkan adik, mama. Adik tak dapat nak berseronok dan bermanja dengan mama macam dulu. Adik cuba untuk senyum, adik cuba untuk gelak tapi adik tak larat. Kepala adik sakit sangat. Adik tak dapat nak berjalan dengan stabil macam orang lain.
Adik Selalu Diserang Sawan.. Bermacam-macam Jenisnya
Adik kesian tengok mama dengan papa terpaksa tengok adik je sepanjang masa. Selalu adik tak sedar, tapi mama kata adik selalu diserang bermacam – macam jenis sawan. Sampaikan beberapa kali kepala adik benjol sebab adik tak boleh kawal otot adik sampai adik terjatuh. Adik jadi lembik. Mama kata adik kena Head Drop Seizure.
Haritu Doktor bagitau mama, adik disahkan menghidapi Sindrom Lennox Gestaut (LGS). Mama kata sawan adik ade banyak jenis sampaikan satu hari boleh 40 kali adik kena sawan. Adik akan menggeletar satu badan tau.
Adik cuba kawal diri tapi tak boleh. Bila adik demam ke selesema ke lagi banyak sawan tu datang. Kesian kat adik kan? Kalau Aunty dengan Uncle nampak adik macam tu, jangan salah faham tau. Kesian kat mama dengan papa. Bukan adik sengaja.
Tapi mama dengan papa ade bagi adik topi. Cantik sangat, adik suka. Macam pemain ragbi. Pernah sekali tu adik jatuh, nasib baik adik pakai topi. Tak sakit sangat. Terima kasih mama dan papa.
Mama Cakap Kena Pakai Alat Di Kepala Tapi Harganya RM130 Ribu
Setiap bulan adik kena jumpa pakar Neuro kat PPUM. 2 tahun dah mama dengan papa bawa jumpa Doktor. Sekarang adik dah 3 tahun. Macam – macam ubat adik makan untuk kawal sawan adik.
Doktor Pakar ada nasihatkan mama dengan papa pasang satu alat kat kepala adik. Doktor kata ini untuk masa depan adik. Mudah sikit mama dengan papa jaga adik. Doktor cakap lagi, alat ni dapat bantu adik walaupun bila mama dengan papa takde nanti.
Mama cakap, Doktor cadangkan adik pakai alat penstabilan gelombang otak iaitu Vagal Nerve Stimulator (VNS).
Tapi… alat ni mahal sangat. Harga dia RM100,000. Nak implan kat kepala adik pun kos dia RM30,000. Semua sekali kos dia RM130,000 tau. Adik kecik lagi. Adik tak mampu nak tolong mama dengan papa.
Kesian kat mama dengan papa setiap hari berusaha untuk cukupkan duit. Papa ada jual t- shirt untuk bantu adik. Kalau Aunty dengan Uncle nak beli t-shirt, boleh pm papa ye. Nak tengok pun boleh kat wall papa.
Doktor Pakar dah tetapkan 20 September 2018 ni untuk pembedahan implan alat tu.
Adik Cuma Nak Happy, Dapat Senyum Untuk Mama & Papa
Adik mintak tolong sangat Aunty dengan Uncle yang baca kisah adik ni tolong mama dengan papa. Adik nak jadi macam kawan – kawan adik yang lain. Adik nak happy, nak senyum untuk mama dengan papa. Adik tak nak susahkan mereka lagi. Tolong adik ye. Adik hargai semua bantuan Aunty dan Uncle.
Ni nombor akaun mama dengan adik. Boleh pm mama atau email papa di idzfanidris@gmail.com kalau nak tanya apa – apa.
Maybank : 5123 5205 4134 Djasriza Binti Jasin
Bank Muamalat : 1601 0009 3777 28 Eusuf Muhammad Bin Idzfan
Terima kasih Aunty dan Uncle. Adik sayang semua yang sudi bantu dan kongsi post adik ni.
Eusuf Muhammad Bin Idzfan
Nota :
Penulisan ini adalah olahan saya sendiri. Saya terpanggil untuk membantu adik Eusuf. Marilah sama – sama kita bantu adik Eusuf, Puan Djasriza Jasin dan Tuan Idzfan Idris. Mereka berhak menjalani kehidupan bahagia seperti kita.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.