Masalah hubungan intim, suami isteri berbincanglah secara terbuka. Hubungan intim adalah salah satu elemen penting dalam perkahwinan. Ia bukan sekadar keperluan fizikal tetapi juga menjadi cara untuk mengeratkan hubungan emosi dan memperkukuhkan kasih sayang antara suami isteri.
Masalah Hubungan Intim, Suami Isteri Berbincanglah Secara Terbuka
Namun, seperti aspek lain dalam perkahwinan, masalah dalam hubungan intim boleh timbul dan memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga jika tidak ditangani dengan baik.
Bagi memastikan masalah ini tidak menjadi punca kepada konflik yang lebih besar, perbincangan secara terbuka dan jujur adalah kunci utama.
Mengapa Perlu Berbincang Tentang Masalah Hubungan Intim?
Meningkatkan Kesefahaman
Keperluan dan kehendak setiap individu adalah berbeza. Dengan berbincang, pasangan dapat memahami keperluan masing-masing dan mencari cara untuk memenuhi keperluan tersebut tanpa rasa terpaksa atau salah faham.
Mencegah Konflik
Masalah yang tidak dibincangkan boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati, tekanan, dan kekecewaan. Dalam jangka panjang, ia boleh menjejaskan hubungan emosi dan menyebabkan pergaduhan.
Membina Kepercayaan
Berkongsi masalah yang berkaitan dengan hubungan intim memerlukan keberanian dan kepercayaan. Apabila pasangan berbincang dengan jujur, ia menunjukkan bahawa mereka saling menghormati dan bersedia untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah.
Meningkatkan Kualiti Hubungan
Perbincangan terbuka membolehkan pasangan mencari jalan untuk memperbaiki hubungan intim mereka, menjadikannya lebih memuaskan dan bermakna.
Cara Membincangkan Masalah Hubungan Intim
Pilih Masa Yang Tepat
Jangan berbincang ketika pasangan sedang marah, tertekan, atau keletihan. Pilih masa yang tenang, di mana kedua-dua pihak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada perbincangan.
Ads
Gunakan Nada Suara Yang Lembut
Elakkan nada yang menyalahkan atau mengkritik. Sebaliknya, gunakan nada suara yang lembut dan penuh kasih sayang untuk menyampaikan perasaan anda.
Gunakan Ayat “Saya” Berbanding “Awak”
Contohnya, katakan, “Saya rasa tidak selesa ketika…” berbanding “Awak selalu buat saya…”. Pendekatan ini mengelakkan pasangan daripada rasa disalahkan.
Jujur Tetapi Hormat
Luahkan perasaan dan keperluan anda dengan jujur, tetapi pastikan anda menghormati perasaan pasangan. Jangan memperkecilkan atau memandang rendah pengalaman mereka.
Dengar Dengan Penuh Perhatian
Berikan pasangan peluang untuk bercakap dan nyatakan perasaan mereka tanpa gangguan. Dengarkan dengan teliti dan cuba memahami pandangan mereka.
Fokus Pada Penyelesaian
Jangan hanya membincangkan masalah, tetapi cari jalan untuk mengatasinya bersama. Contohnya, rancang waktu berkualiti bersama atau cari cara baru untuk menambah keintiman dalam hubungan.
Ads
Bila Perlu Mendapatkan Bantuan Profesional?
Jika perbincangan terbuka tidak dapat menyelesaikan masalah, atau jika masalah tersebut melibatkan isu kesihatan, trauma, atau tekanan emosi yang mendalam, pasangan boleh mendapatkan bantuan daripada:
Doktor Atau Pakar Kesihatan Reproduktif
Untuk menangani masalah seperti kesakitan semasa hubungan intim, disfungsi seksual, atau masalah kesihatan lain.
Kaunselor Perkahwinan Atau Terapis Seksual
Untuk membantu pasangan memahami dan menyelesaikan isu emosi atau psikologi yang mempengaruhi hubungan intim mereka.
Ustaz Atau Kaunselor Islam
Bagi pasangan Muslim, pandangan dan nasihat dari sudut agama juga boleh membantu menguatkan hubungan mereka.
Masalah dalam hubungan intim adalah sesuatu yang normal dalam perkahwinan, tetapi ia tidak boleh diabaikan atau dipendam begitu sahaja. Komunikasi terbuka adalah kunci untuk menyelesaikan masalah ini dan memastikan hubungan suami isteri kekal harmoni.
Dengan berbincang secara jujur dan mencari jalan penyelesaian bersama, pasangan dapat memperbaiki hubungan mereka dan menikmati keintiman yang lebih bermakna. Ingatlah, perkahwinan adalah kerjasama, dan setiap cabaran yang dihadapi bersama akan menjadikan hubungan suami isteri lebih kuat dan penuh kasih sayang.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Bekerja seorang tanggung isteri, empat anak.’ Bila utamakan keluarga, insyallah cukup semua. Paling penting dahulukan yang mana lebih utama.
Seorang suami jika dia mengutamakan isteri dan anak-anak daripada kepentingan sendiri insyallah berkat dan murah rezekinya. Ikuti perkongsian Puan Siti Suryani Yaakob ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Bekerja Seorang
Di tempat kerja saya ini ada seorang ‘abang’. Abang tak abang juga pasal lagi berapa tahun nak pencen sudah dia.
Abang ini seorang saja yang bekerja. Isteri dia suri rumah. Ada anak 4 orang. Dari dulu sampai sekarang memang dia seorang saja yang bekerja cari rezeki untuk keluarga.
Kadang saya teruja nak belajar dari orang-orang macam ni. Macam mana dengan bekerja seorang diri dapat tanggung keluarga. Dan cukup semua. Siap ada dua buah rumah pula lagi. Kisah begini lebih dekat dengan realiti. Kisah kebanyakan kita sehari-hari.
Isteri dan keluarganya adalah paling atas buat dia lebih dari semuanya.
Di office, dia makan biasa-biasa. Kadang beli nasi dengan kuah kari saja. Ada masa nak sedap sikit letak ayam satu. Banyak masa dia makan apa yang ada. Janji perut kenyang dia kata.
Tapi setiap hari Isnin dia akan bercerita. Semalam makan udang celup tepung di Kuala Selangor. Ada masa pagi-pagi datang kerja dia bagitahu ada kedai Western yang sedap. Semalam dia ke sana dengan anak isteri. Sebab isteri ajak pergi.
Bila Utamakan Keluarga
Rupanya dia tak makan sedap di office sebab dia nak makan sedap dengan keluarga dia. Untuk dia tak apalah yang biasa-biasa. Supaya dia boleh bagi untuk keluarga yang extravaganza.
Kalau buat makan-makan di luar yang tak mampu dia bawa semua, dia rela tak pergi. Dia kata tak sampai hati nak makan sedap tanpa ada anak isteri. Lepak-lepak lepas kerja tu memang tidak ada. Nak balik cepat. Nak tengok di rumah ada apa kena buat.
Kalau isteri sakit dia cuti. Biar demam biasa pun. Katanya macam mana nak tinggal. Nanti siapa yang nak masak. Tak akan isteri yang sakit itu pula nak masak. Takkan dibiar dia seorang hendak urus anak.
Saya ceritakan kisah ini supaya kita perhati. Dalam saat ramai berkisahkan suami kena sediakan emas. Suami kena sediakan duit sebanyaknya. Suami kena bagi harta benda.
Di TikTok dan media sosial merata-rata orang tunjuk hadiah dan mewah yang suami bagi pada isteri. Lalu kadang mengusik kentalnya hati kita yang rasa sudah cukup serba-serbi.
Kadang suami kita usaha bekerja bagi rezeki buat semua. Buat kita. Dan ada juga keluarga dia. Kadang sudah buat berbagai cara. Tapi rezeki dia cukup seperti itu sahaja. Secukup rasa. Tak mewah tapi ada semua.
Tapi dia ada banyak nilai baik. Yang kecil-kecil. Yang kadang masa dia tiada baru kita terasa betapa besarnya nilai kecil yang dia buat pada kita. Benda yang kadang tak nampak. Sebab dia bukan bentuk material.
Dan dia atas semuanya…
Yang mencari rezeki adalah kita. Tapi yang memberi kecukupan adalah Dia. Yang beri bahagia itu bukanlah pada banyaknya. Tapi yang beri bahagia itu adalah pada berkatnya. Berkat pada dua-dua hati yang saling berusaha bahagia membahagia.
Konon belikan anak main mekap sendiri sebab tak nak anak kacau barang mekap mak punya tetapi sebenarnya ini boleh mengundang bahaya kepada anak kecil.
Nah, nak apa sebabnya jemput baca perkongsian daripada saudara Najmi Nawawi ini, mesti mak ayah boleh hentikan sikap ‘biarkan anak dengan duniannya’ sekejap dan bertindak apa yang patut!
Bagi Anak Main Mekap
Anak kecil bermain makeup mungkin dilihat comel oleh ibu bapa. Habis muka sendiri diconteng, bahkan ada juga seluruh badan.
Bahkan ada ibu bapa sampai beli makeup versi kanak-kanak punya kerana percaya kepada label yang terdapat pada produk yang sentiasa menyatakan ianya produk yang selamat.
Benarkah ianya ‘safe for kids’? Kerana ketahuilah mana ada syarikat mahu mengaku bahawa produk mereka tidak selamat. Sebab itu sudah banyak kes alahan melampau berlaku, bibir anak bengkak, susah untuk bernafas, kemerahan dan banyak lagi dilaporkan media.
7 bahan yang kita perlu tahu bahayanya jika terdapat dalam makeup.
1. Lead
Kebiasaanya terdapat dalam face paints dan juga lipsticks. Lebih banyak lead, lebih bahaya kesannya kepada anak-anak. Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Centres for Disease Control and Prevention (CDC), keracunan bahan lead terhadap anak-anak boleh membawa kepada kesan bahaya kepada otak dan saraf anak. Juga, mengundang masalah perkembangan perlahan dan pembelajaran anak.
2. Arsenic
Ini pun banyak terdapat dalam face paints, dan kada bahaya mengikut kadar dari 1.1 sehingga 1.9 ppm. Ianya sangat dikenali sebagai bahan penyebab cancer dan juga boleh menyumbang kepada muntah, cirit-birit, pening kepala dan dehidrasi.
3. Cadmium
Kebiasaanya terdapat pada face paints yang berwarna gelap atau lebih dikenali sebagai ‘Holloween face paints’. Terdapat beberapa jenis lipstick turut mengandungi bahan ini. Berdasarkan kajian CDC juga, kesan terhadap anak kecil sama seperti terhadap ibu bapa, iaitu rosak buah pinggang dan paru-paru. Juga terhadap tumbuhbesaran dan seterusnya mempengaruhi sikap anak.
4. Parabens
Aku fikir ini ialah bahan yang paling popular. Sepatutnya ibu bapa semua menang wajib tahu bahaya parabens. Ia mampu menyebabkan ketidakstabilan hormon, dan imuniti badan anak.
5. Talc
Satu bahan mineral yang sangat biasa dan mudah dijumpai dalam alat kosmestik. Ianya akan jadi lebih bahaya jika turut tercemar dengan bahan lain yang dikenali sebagai asbestos (bahan penyebab cancer). Bahkan jika mineral ini masuk malalui sistem pernafasan pun sudah cukup untuk menyumbang kepada masalah pernafasan yang bahaya dan inflamasi melampau.
6. Fragrance
Hampir separuh daripada produk kecantikan di dunia terkandung bahan ini. Lebih-lebih lagi jika ianya pewangi tiruan yang kebiasaanya mengandungi bahan-bahan penyebab cancer seperti acetaldehyde, benzophenone, styrene, dichloromethane, dan juga titanium dioxide. Bahan-bahan inilah yang akan menyebabkan iritasi pada kulit anak dan lebih teruk lagi boleh membawa kepada kerosakan organ dalaman.
7. Silica
Ini pula ialah antara bahan yang sangat senang dijumpai di dalam produk kecantikan. Kerana ianya penyerap kelembapan yang baik, dan mampu membuatkan produk nampak lebih tebal dan mahal. Namun sepertimana bahan-bahan di atas, silica juga amat bahaya kepada paru-paru, hati dan juga sistem pernafasan.
Nota:
Jadi ibu bapa, lepas ini jika mahu beli make up untuk diri sendiri atau anak, tolong semak 7 bahan di atas. Kalau ada, tolong jangan ambil.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ketika berdepan dengan ujian kereta rosak secara tiba-tiba di lebuh raya, isteri ini buntu dan bimbang. Suaminya sudah minta bantuan dari polis bantuan, dia yang diam-diam dalam kereta cuma mampu membantu suami dengan iringan doa.
Lalu, ibu minta sama anak-anak berdoa kerana dalam doa yang mereka baca itu ada permohonan yang hebat maksudnya. Tak sampai setengah jam, enjin kereta yang rosak tadi dapat dihidupkan kembali.
Kereta Rosak Di Highway, Ikhtiar Baca Al Fatihah, Al Ghafir
Fuhhhh!!!
Ngeri betul bila tiba-tiba kereta meragam tadi petang kat lebuh raya. Tengah jem boleh pulak dia nak tersenggut mati. Husband berhenti ke tepi. Kebetulan ada kon orang buat jalan kat situ.
Sedang suami berusaha tengok apa masalah kat bahagian bonet enjin, sampai polis bantuan. Sementara tu aku yang dalam kereta ni baca doa dari surah Al Ghafir ayat 44 banyak-banyak.
Doa dari surah Al Ghafir ayat 44.
Anak-anak pulak aku suruh baca Al-Fatihah tanpa henti. Sebab dalam surah Al Fatihah ayat 5 yang bermaksud: “Hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan!“ Power makna ayat ni.
surah Al Fatihah ayat 5
Baca doa tu dengan sepenuh hati dan bergantung harap dengan Allah. Alhamdulillah! Pukul 4.19 tersadai tepi lebuh raya, 4.45 kereta hidup.
Thanks Airah Nazirah Eira ajar acik doa ni dikala tengah buntu tadi. Nak bantu betulkan kereta tak reti. Kita mintak dari Allah je yang mampu.
Alhamdulillah now dah selamat sampai rumah
Moga beri manfaat kat korang doa ini!
MW : Memang berdebar bila kereta tiba-tiba ‘sangkut’ dekat highway. Yang penting, bertenang.. minta bantuan daripada pihak lebuhraya. Dan sementara menunggu bantuan tiba, boleh ikhtiarkan membaca doa yang dikongsikan ini. Semoga Allah permudahkan urusan anda.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...