Sedapnya makan Nasi Arab, pulak tu letak dalam dulang makan beramai-ramai satu keluarga. Memang meriah. Jika selalu beli je di restoran Arab, mak-mak boleh buat sendiri je Nasi Arab ni di rumah. Lebih jimat dan berbaloi. Paling penting bila nak buat Nasi Arab ni adalah kena pandai buat sup berempahnya. Barulah jadi.
Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Aisya ni. Mudah je guna bahan-bahan yang ada di dapur je. Tak perlu beli rempah atau pes nasi arab.
“Try buat Nasi Arab pakai bahan-bahan kat rumah je. Alhamdullilah menjadi dengan jayanya. Menu berbuka semalam untuk 6 orang makan. Kongsi jugak la mana tau ada yang berkenan”.
Untuk resepi nasi dan ayam ada kat setiap gambar dengan step-stepnya sekali.Ni resepi untuk salatoh dan salsa.
Salsa/Sambal arab
Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam sedikit
(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)
Salatoh
Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan-bahan diatas)
Pudina hiris (saya guna ketumbar gak.. Benda takde)
Gaul semua bahan dalam 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lagi jus lemon. Siap!
Ok part ni paling penting untuk dapatkan rasa Nasi Arab tu
Bahan-Bahan (Sup):
Ayam saya guna 3 whole leg
1 biji Bawang besar (kalau besar guna separuh)
1 biji Tomato
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
1 sk biji ketumbar
Buah pelaga 3 biji
1 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma
2 sudu minyak masak
Sedikit garam
Cara Membuat:
Rebus sampai ayam masak. Air rebusan tadi digunakan untuk masak nasi.Dan selebihnya saya buat sup untuk makan dengan nasi.Sedap. Rasa sup berempah.
1.Panaskan majerin/butter dan kalau nak sedap minyak sapi.Masukkan bahan-bahan hiris dan 3 sekawan tadi.Tumis sampai garing ye.
2.Masukkan beras, gaul bersama bahan tumis.Tumis sehingga garing. Baru nasi sedap.Beras basmathi rendam dulu 30 minit ye.
3.Air rebusan ayam tadi, masukkan dalam periuk.
Ads
4.Beras dah siap macam ni.Kalau beras biasa sukatan macam biasa la ye.Tapi kalau basmathi saya guna 1 cup beras = 2 cup air.
5. Nasi dah pon siap.Bila nasi dah kering.Tuang la pewarna.Minyak carotina ke(ni Mohd Radzi Azizi ajar). Tutup dulu, lepas 10 minit baru boleh kacau nasi dan jangan lupa daun ketumbar. Ni yang buat bau dia sedappp. Minyak carotina tu, minyak masak kalernya merah. Taip je kat search carotino nanti keluar.Saya memang menumis guna minyak tu.
Bahan-Bahan (Perapan Ayam):
Angkat ayam dari air rebusan.. Saya perap guna bahan ni
Serbuk cili
Serbuk kari
Sos tiram
Garam
Perasa
1 sudu Madu/gula
2 sudu Minyak masak
Ads
Cara Membuat:
1. Perap kejap je sambil-sambil siapkan nasi.Lepas tu panggang.
2. Bakar pada suhu 150 api atas sahaja selama 30minit.Nanti dah bakar 15 minit, keluarkan sekejap dan sapu lebihan bahan perap tadi. Bakar semula, nanti ayam kilat dan cantik.
3. Ayam dah siap! Ayam ni boleh je dimasak sekali dalam nasi… Tapi saya lebih suka aroma panggang.
Dah siap. Hidanglah macam mana pun.Asal kenyang. Sup tu saya ambil dari air rebusan ayam tadi.Untuk salsa dan salatoh, resepi kat atas ye.
Mudah rupanya jika nak buat sendiri tepung tortilla ini, malah berbulan tahan lama jika simpan di freezer. Memang lebih menjimatkan berbanding beli di pasaraya.
Bagi mak-mak yang selalu buat wrap, fajitas atau quesadillas, sesuai sangat buat sendiri ‘Flour Tortillas’ ini. Ikut resipi ni satu adunan boleh dapat 12 keping.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Ummu Ashrafini sebagai rujukan.
Flour tortillas home-made untuk buat wrap, fajitas atau quesadillas.Saya suka buat sendiri flour tortillas sebab dengan cara ini saya tahu minyak yang saya gunakan memang dari sumber sayuran. Di luar ni, saya lebih suka berhati-hati.
Resepi untuk 12 flour tortilla
Bahan-Bahan:
3 cawan tepung roti / protein tinggi
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1/3 cawan minyak sayuran (saya guna sunflower oil)
1 cawan air suam.
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan kering. Kacau. Masukkan minyak. Gaul hingga jadi macam serbuk roti.
2. Masukkan air dan uli hingga adunan tidak melekit dan halus bila disentuh.
3.Bahagi pada 12 bebola. Tutup dengan kain basah. Rehatkan sekurangnya 20 minit hingga semalaman.
4.Saya gunakan tortilla press yang saya beli di Shopee, tapi boleh juga dicanai nipis macam capati. Beli Tortilla press yang murah di sini.
5.Masak dalam frying pan tanpa minyak dalam 1 minit untuk belah pertama, terbalik kan dan masak lagi 20-30 saat.
6.Angkat dan tutup dengan kain lembap, biar tortilla panas saling berwap untuk melembutkan satu sama lain.
7.Buat hingga habis adunan. Sejukkan dan boleh simpan dalam freezer.
Berbulan juga tahan kalau dalam freezer. Nak guna, panaskan balik atas frying pan.
Kalau selalu mak-mak beli je Jeruk Mangga Asam Boi, apa kata buat sendiri je di rumah. Almaklumlah boleh tahan juga harga jeruk mangga ni dalam RM10 sebekas kecil. Buat sendiri lebih berbaloi dan puas hati makan. Rupanyan ramuan rahsia untuk jadikan jeruk mangga ini rangup dan lebih sedap, jangan lupa tambahkan air aiskrim soda dan simpan dan peti sejuk semalaman.
Boleh cuba resipi Jeruk Mangga Asam Boi yang dikongsikan oleh Puan Sham Sabri ini.
“Ada tak hantu atau peminat jeruk mangga asam boi.Sis nk share resepi. Sukatan ikut sesedap rasa la ye”
JERUK MANGGA ASAM BOI KRUP KRAP
Bahan-Bahan:
2 biji mangga
5 – 6 biji cili api ( bole dikurang/ ditambah)
3 – 4 sudu makan gula pasir
5 biji asam boi
1/4 cawan air ais krim soda (nak buh lebih pun boleh)
Cara Membuat:
1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang.
2. Kemudian basuh dan toskan.
3. Hiris cili padi. (ikut kepedasan masing-masing).
4. Masukkan ke dalam balang/bekas.
5. Campurkan semua bahan-bahan lain. Gula, cili api, asam boi dan ais krim soda.
Siap!
Simpan dalam peti ais semalaman.Hasilnya jeruk mangga yang rangup gitu.
Selamat Mencuba!
Kredit resepi dari my bff Faridah MY
Bagi yang suka makan pajeri boleh cuba resipi style Utara. Rahsia sedap tu terletak pada teknik masakan selain bahan-bahan yang segar. Ikut ja resipi dan cara masak yang dikongsi oleh Tok Yah. Nenek ni memang masak cara orang lama-lama kat Kedah. Selamat mencuba!
1-Tumis bawang putih, bawang merah dan halia bersama bunga cengkih, bunga lawang serta kulit kayu manis sehingga naik bau. Pastikan bahan-bahan tumis jadi kuning keemasan. Ini rahsia nak bagi pajeri bau wangi sedap.
2-Sementara itu, gaul kerisik bersama rempah siap-siap, tujuan ni nak bagi rempah dan kerisik ‘mesra’. Kemudian, baru masukkan rempah kerisik bersama sedikit pati santan. Kacau sebati, tunggu sampai pecah minyak. Perlahankan api, takut rempah hangit. Pati santan tu Tok Yah boh sebab nak bagi rempah cepat pecah minyak. Ini pun salah satu rahsia pajeri sedap.
3-Lepas tu, masukkan gula & garam. Nak bagi pajeri rasa lemak-lemak manis, Tok Yah letak gula Melaka. Kemudian, baru masukkan terung. Perlahankan api, kacau sebati sebab nak bagi rempah dan terung ‘mesra’. Satu lagi rahsia nak bagi rempah masuk elok dalam terung dengan cara belah sedikit bahagian terung tapi jangan sampai terputus. Ini pun cara nak terung cepat empuk. Lepas tu, masukkan udang kepal. Gaul sebati.
4-Akhir sekali, masukkan lebihan santan tadi. Gaul sebati semua bahan, masak sampai kuah pekat. Sedia dihidangkan bersama nasi putih dan ikan goreng. Confirm makan bertambah-tambah.
5-Selain terung, boleh juga gantikan dengan epal merah, buah gajus, rebung atau nanas. Resipinya sama sahaja.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...