Berkawan tak salah, namun berpada-padalah dalam berkawan. Berkawan biarlah ikhlas dan bukannya ada makna yang terselindung. Berkawan kerana Allah yang sentiasa ada di sisi kawan di kala susah dan senang.

Dalam masa yang sama, mak-mak harus berhati-hati dalam berkawan kerana manusia ini mampu bermuka-muka. Di depan baik, di belakang mengata dalam diam. Oleh itu pada mereka yang jadi kawan yang fake, jadilah berani bukan pengecut yang berbunyi di belakang.

Fahami perkongsian Firdaus Shakirin ini:

Berkawan biar ikhlas, jangan jadi FAKE…

Tidak semua yang berada di sekeliling kita ini betul-betul kawan kita… Tak semua yang bergelak ketawa dengan kita ini betul-betul kawan kita… Tak semua yang mendengar cerita kita ini betul-betul kawan kita…

Manusia boleh bermuka-muka…

Walaupun rambut sama hitam, hati tetap lain-lain… Hendak mengesan manusia hipokrit dan munafik ini bukan senang disebabkan bab berpura-pura ini memang kelebihan semulajadi dia…

IKLAN

Cumanya hendak tanya pada mereka yang talam dua muka ini, tak penat ke kumpul dosa?

Depan baik, belakang mengata… Depan supportive, belakang menjaja… Kalau tidak suka kawan dengan dia, kalau dia banyak keburukan, kelemahan dan kekurangan, maka jangan kawan… Dia tak perlukan orang yang macam anda sebagai kawannya…

Artikel Berkaitan:

IKLAN

Tegur Untuk Kebaikan Bersama, Bukan NIAT Isteri Jatuhkan Air Muka SUAMI

Ujian & Musibah Penghapus Dosa, Moga Digantikan Dengan Sesuatu Lebih Baik!

IKLAN

Tiada kebaikan yang akan anda dapat dengan hidup dalam perangai sedemikian… Itu adalah sifat tercela kalau ada pada diri anda… Sifat yang mengundang murka Allah SWT.

Nak berkawan biarlah ikhlas, kalau nak tegur, tegur depan-depan, kalau hendak mengata, katalah depan-depan…

Jadi berani, bukan pengecut yang berbunyi di belakang…

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Jadilah sahabat yang sejati, sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan untuk sahabatnya di dunia dan akhirat. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI